CHERITERA KAMI...: wedding
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

May 23, 2014

Doorgift kahwin yang unik

Weekend lepas attend kenduri di Ulu Tiram, Johor. Pengantin ada 2 pasang, adik bradik lelaki perempuan buat majlis sekali jalan. Pernah tapi boleh kira la berapa kali je attend wedding yang ada 2 pengantin ni.

Suka tengok pelamin ni. Very the exclusive look kan tapi simple. Kerusi pengantin yang macam sofa tu sesuai la sebab pengantin kecil molek.

Seronok pergi kenduri kahwin sebab tu kalau orang jemput kami insyaAllah kalau takde aral kami pasti datang. Suka suasana, suka tengok detail majlis itu.

Ni nak cerita pasal doorgift atau berkat ( kata orang jawa).

1 untuk U 1 untuk I..Persoalannya apa yang ada dalam ini??



Ada senduk ok. Ni bagi dari pandangan Ann yang first time dapat doorgif SENDUK ni. Tu yang Ann rasa unik sangat. Siap ber'ribbon' lagi senduk tu. Klasik sangat.

Selain senduk , ada 1 plastik coklat Apollo dan 1 air kotak. Doorgift kenduri kt kampung macam ni lagi meriah kan. Setuju? Boleh makan dan guna.


Ini doorgift masa kenduri kami 4 tahun yang lepas. Sibuk jugak nak share yea. Dalam tu kek bahulu yang warna warni yang sedap. Ni pakcik Ann sponsor - nasib baik la ada orang nak sponsor. Penuh rumah dengan kek ni. Ada lagi 1 bakul kami buat bunga telur tapi gambar takde. Rasa banyak yang Ann miss jugak masa kenduri dulu. Almaklumlah time kenduri haritu memang blur sungguh. Tak sabar nak kahwin katenye. Hahahaha;p


Feb 6, 2014

Wedding di Lembah Pangsun


Teman mak dan ayah pergi wedding anak jiran lama masa diorg duduk kat Selayang dulu.Masa ni Ann tak lahir lagi.Memang tak kenal la tuan rumah. First time jalan sampai ke Lembah Pangsun ni. Ada ternampak 2 3 lokasi yang dijadikan sebagai tempat untuk buat majlis perkahwinan atau any event. Seronok lalu kawasan sini macam lalu kawasan kampung, tepi sungai, pokok teduh.

Dan kami jatuh cinta sangat dengan tempat wedding ini dijalankan.Walaupun terpaksa menapak jauh ke dalam sikit tapi buat pencinta alam, korang memang akan jatuh cinta punya la dengan tempat yang macam ni.

N berdiri di beranda rumah tempat wedding diadakan.Betul-betul tepi sungai rumah ni.

Lepak santai nak terus terjun sungai tu pun boleh;p

Halaman rumah yang super besar.Ada pokok buah-buahan.Ramai yang datang enjoy the scenery much. Bagi Ann, ni pengalaman pertama pergi tempat wedding sebegini. Kalau yang grand pun dekat hotel atau dewan kan.

Big house. Rumah ni rupanya rumah persinggahan keluarga ni. Baru je siap. Hujung minggu ke nak buat family day ke datang sini la.Tapi ada pekerja-pekerja tolong jagakan.Seronok weh kalau dapat rumah sendiri camni. Dah confius sekarang ni nak rumah tepi laut ke ngadap gunung ke tepi sungai??Haaa...fikir fikir kate cik b;p

Ni tanah sebelah belakangnye..ada kolam renang hujung sane tu nampak budak-budak tengah mandi.Yang abang pkai tshirt putih ni tengah menjala.Hadoiiiii...rasa tak nak balik pulak...

Ok..ini pengantin yang dirai.Simple & sweet.Kawasan luas memang selesa sangat la tempatnya cuma jauh ke dalam je.

Nice deco & guest booth.

Selamat Pengantin Baru untuk pengantin H&H.Moga perkahwinan disirami kebahgiaan hingga jannah. Thanks for the invitation:)

May 13, 2013

Selamat Pengantin Baru Siti & Wan



Sehari sebelum hari mengundi yg lepas, sepupu N telah selamat bergelar isteri. Alhamdulillah, muda lagi pengantin kite, baru 20tahun. Seronok bile kenduri ni sebab macam telatah ada, enjoice sangat!Walaupun penat, dengan panas terik dan sekejap hujan sebaik hujannye sekejap je. Dapat la pengantin berarak.

Hari nikah dan sanding di baut pada hari yang sama. Ok la. Sekali harung, rasenye banyak trend camtu skrg kan. Sekali penat gitu.Huhuh.





Ni la kejenye, pengantin xde kita conquer pelamin. Tapi gambar ngn pengantin boleh lupe nak amik same2, boleh?Haishhhh...Cik b pulak xde masa kenduri ni, semangat blk ngundi kt perak gitu. N jadi bujang la hari tersebut;)


Bunga telur cucuk batang pisang & tol memang xkan miss la dlm kenduri kawin ktorg. Time N dl pun ade jugak. Saja suke2 sebenarnye ni, nak teruskan tradisi;)


Mar 28, 2013

Apo kono eh jang



Awal bulan ritu N, mak and 3 orang anak buah telah menghadiri 1 majlis perkahwinan adik SIL @ biras N di Kuala Pilah.Cik B tak balik minggu tu, so kami pergi ber4 je. Tak pernah menjejakkan kaki ke bumi kuala pilah. 1st time jugak lalu highway LEKAS tu. Bila semuanye 1st time, perjalanan tu rs macam jauh je kan??

Berbunga2 gitu;)

Wedding ari Sabtu malam di Majlis Dewan Kuala Pilah.

Arch, Pelamin, Pengntin, Guest corner & Goodie bag;)


Keesokkan harinye kami join skali rombongan bertandang ke rumah Pengantin lelaki di Paroi. Dah alang2 nak balik KL tu, join la skali. Thanks to Along yg jadi pemandu arah kami.Hihih.

Setiap kali tgk pengantin berarak, seronok jek tgk. Rasa macam nak repeat balik la turn kami dl2 tu;p

~Love~

Red Velvet in a Jar..1st time jugak rasa ni ade dlm goodies bag.Sedap!Berebut2 makan ngan ank buah.Heheh...

To biras..SELAMAT PENGANTIN BARU..Moga bahagia till Jannah.

Next will share mana kami stay 1nite at Kuala Pilah;)

Feb 19, 2013

Selamat Pengantin Baru


Boleh dikatakan every week or selang seminggu ade jemputan cuma sempat or boleh pergi ke tidak je.


Dr.Lotfi & Dr.Sol kenduri di Perak

Classmate cik B masa di Ukraine dulu.Saya je seorang bukan doktor di situ.Huhuh.

Diorang pun PJJ jugak sekarang sebab sorang kt KK Pantai Remis sorang dekat Hosp.Kulim.



Wedding at Dewan Felda Merak Kayangan

Actually ni wedding adik kepada schoolmate N tapi kami berjiran.Wedding paling awal N pernah pergi kul 11lebih dah sampai sebab nak kejar masa. Memang xdan tunggu pengantin.

 Amik gambar dengan kakak pengantin je.N meet Anne:)


Wedding at Hotel Royal Chulan 

Wedding yg glem, banyak pak2 arab.Hihih.Ni majlis kawin anak pada manager N.

Tak berjnji pun sama pulak kaler anak beranak. Ni pun xdan tunggu pengantin.Makan2 terus chow.


Kepada semua, terima kasih atas jemputan.Tahniah!Tahniah!!Selamat Pengantin Baru.Moga bahagia till jannah.Amin...

Jan 23, 2013

Selamat Pengantin Baru


Banyak jugak jemputan kawin dari awal bulan ritu sampai bulan depan..every weekend ada, mana yang dekat insyaAllah kami datang.


Selamat Pengantin Baru Hajar and hasben. Last kami jumpa masa kt matrik. Hajar ialah roomate Ann masa kt matrik dulu. Life matrik sgt best dan menenangkan.Rindunyeeee...Almost 9 years, kami jumpa semula on her wedding day.


Selamat Pengantin baru Julia dan Paan. Ni coursemate UTM dulu. Seronok sangat dapat jumpa kawan2 masa kenduri aritu.Meriah!walaupun ada yang dah kawin dan beranak tapi perangai masing2 masih gila jugak macam dulu.Hahahha..



Selamat Pengantin Baru Marzuki dan wife. Yang ni pulak kawan masa form 1-3.Kalau dikenang2kan time sekolah takde la rapat mana pun sebab xpernah kelas sama ke ape. Tapi ntah camne bile masing2 dah bekerja ni, rajin pulak bertegur sapa kt FB.Suka pelamin die luas dan sweet.

Kepada sahabat2, semoga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke Syurga. Amin..

Nov 21, 2012

Tahniah Cousin!


Lagi sorang cousin dh selamat menjadi suami orang..Alhamdulillah.Sebulan ok kenduri.Tiap2 minggu ade jek kendurinye dari nikah, reception belah perempuan, pastue kt belah cousin ni dh 3 tempat. Meriah gitu kan.

Ann hanya pergi 2 dari sebulan pny kenduri tu.Hihih.

Reception at Dewan Perdana Felda..Tema biru.Nasib baik baju polkadot turqoise kte dah siap.Motip?Nak gtau baju baru la ni;p

Meja belakang2 senang nak makan comot2 pun org xperasan..Kih3..

The pelamin..Pengantin p salam2 guest, kte p amik gmbr kt pelamin ikut hati nk jek duduk terus atas tu tp kang hover pulakkkkkkkk

Flower girl pun ok pe??Love Turqoise giler2:)

Ni la pengantinnye..COmey kan ktorg!!

Ni masa nikah(kredit pic to fb abg pengantin..Hihihi)


Ni kenduri di Shah Alam weekend baru ni..

Anyway..SELAMAT PENGANTIN BARU COUSIN, Dr.Iqbal & wifey.Semoga bahagia hingga ke Jannah:)

Nov 19, 2012

Tahniah opismate


Lagi seorang sahabat opis sudah selamat mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah.Arini pengantin datang opis senggeh memanjang jek.Sonot kan kawin!!:)


Pengantin dh sampai..


Cantikkan combination kaler baju diorang...Pengantin jahit sendiri lace and manik2 tu tau.Hand bouquet pun buat sendiri.Boleh kate most of detail dalam majlis ni semua pengantin DIY la.Nampak simple tapi cantik dan sweet yg peting pengantin sendiri puas hati kan?Jeles dgn org yg creative. Selalo berangan nnti nak DIY utk event sendiri?Kawin dh sudah(time kawin dulu sungguh blur)tunggu la birthday ke turn anak2 punye event ke kan.Hihihih:)

The deco..


Takde pelamin ade tempat macam photobooth ni atas pentas


Good job Puteri Gaban!!Cantik DIY awak..Sape2 B2B yg tgh mencari idea DIY utk wedding tu sila la lawat blog Puteri Gaban.

Selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke syuga..amin~

Nov 16, 2012

Tahniah Sahabat!


Alhamdulillah..1 of sahabat baik telah selamat mendirikan rumah tangga. Sebab dijemput utk ke3-3 majlis die, alhamdulillah la dpt pergi jugak 3-3nye.

Tengok org nikah macam kite pulak nak menikahnye..Neves dan gembira!

Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah..Semoga hubungan ini kekal bahagia hingga ke Syurga..Aminn~



Comel:)







Majlis resepsi belah perempuan



Kredit to fb pengantin;p

Majlis sebelah lelaki

Macam Hang tuah dah ko amrul;p



Majlis yg meriah memang ramai sgt orang khemah ade 15 kot..penuh sepanjang2nye.Makanan pun sedap, cendol terbaik!

Weeeeeeeee~~


Happy for both of u..Selamat pengantin baru!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah