CHERITERA KAMI...: M Boutique Hotel Ipoh

Apr 12, 2018

M Boutique Hotel Ipoh

Lepas turun dari GPO, kami menuju ke Ipoh pula. Ipoh lagi. Hari punya trip pun tak update lagi. Caca marba la labu ikut mana dan ikut mood tukang cerita.Huhu..Actually macam 50/50 nak singgah ke tak Ipoh ni tapi kebetulan pula cik B kene jumpa somebody dekat Ipoh atas urusan kerja. Jadinye, memang kene la jugak stay 1 night dekat situ.

Sampai Ipoh dalam Asar macamtu kami p pre-dinner tu nanti kite buat 1 entry pasal cari makan di Ipoh. Lepas dah makan terus lah check-in di M Boutique Hotel. Kalau perasan,  dekat Ipoh ni ade 3 M Hotel. 3-3 ni dalam 1 rangkaian company yang sama , M Boutique Family Hotel & Residence. Kalau tengok konsep ketiga-tiga M Hotel ni lebih kurag sama ja. Kira signature konsep diorang lah.
So jangan confius pulak  korang stay dekat yg mana.

M Boutique Hotel ialah yang paling awal sekali antara tiga tu. So, kami pilih yg ni plus dia macam middle antara M Station 18 dengan M Roof Residences. Kedudukan hotel ni dekat deretan kedai yang diubah suai. Menarik untuk yang malas nak keluar makan jauh-jauh. Bersambung dengan Hotel ni ada Grand Old Town White Coffee dan juga western cafe untuk korang makan-makan sambil lepak santai.

Bila sampai je depan M Boutique Hotel ni korang terus ke tempat parking di belakang hotel. Di sediakan parking space berserta cctv so jangan risau, insyaAllah selamat walaupun parking tu belakang shop lot pastu macam takde orang jaga je.hohoh.


Pintu masuk belah kiri belakang tu cahaya2 putih tu di situ la pintu masuk dari parking belakang.

Lepastu akan dihidangkan dengan deco yang unik dan classic macam eh nampak exclusive la deco and konsep korang ni. Sama macam tengok dalam gambar. Berdepan dengan N berdiri tu ada mini shop jual beg, aksesori.

Inilah rupa lobbynye.kecik  je tapi deco die very the vass tak ke meroyan nak ambil gambar kite yang giler bergambar ni tapi sebab tengah tak berapa mood, gambar kire ada ada je la kali ni.

Keluar lift nak ke bilik. Banyak port nak bergambar dekat hotel ni.


Selamat datang ke Superior Room M Boutique Hotel


Semua bilik di M Boutique Hotel ni ada window / tingkap kecuali Standard Room. N kalau boleh memang pilih bilik ada window sebab kalau takda window rasa macam terperuap dok bilik takda cahaya luar. Lepastu kite suka main selak-selak langsir kadang tu walau view die takde ape pun. Saja suka!Hehehe. Rasa mata tu fresh dan pandang jauh sikit. Korang sama macam N xxxx?

Suka la konsep straits electic ni ala2 hipster kan tengah in sekarang

Tilam empuk, bantal sorang 3, aircond just nice, cermin besaqqq!Senang bersiap, nak buh 1 la kat umah camtu;)

Terasa garang dan seksi pun ada juga. heheh Banyak pula motif harimau bintang nye.

Bilik air pula konsep colonial. Water pressure laju, sis sukaaa!


Di level 1, ada meeting space and gym. Dah nak check out baru perasan.

Breakfast di Grand Old town White Coffee. Sebab apa Grand? Tengok lah konsep dia up lagi dari restoran  Old Town White Coffee biase.

Dekat sini, kene pilih nak breakfast asian ke western cuisine. Sebab 2 tempat ni berbeza. kalau nak asian macam kami ni pepagi kene melantak nasi, tempatnya die GOTW ni lah. kalau western, ada tempat lagi 1. Masih lagi buffet breakfast cumanya tak banyak macam dekat hotel biasa. Nasib sambal nasi lemak oldtown sedap, bertambah la makan.Hehehe

Hasben N cakap next time datang Ipoh, nak stay sini lagi. N cakap, kite kene try M Hotel yang lain pula. Baru dapat beza kan mana yang paling best! Kan?Kan? Tapi kalau laki den kata nak mai lagi tu maksudnye die suka lah. Kalau nak banding cerewet, die paling banyak cekadak dari N. Hahahah.

Harga 1 malam di M Boutique Hotel Ipoh RM186.02 inc breakfast (via Agoda apps).


M Boutique Hotel 
Hala Datuk 5, Ipoh
06-255 5566



Koridor bilik 


2 comments:

mama tisya said...

byk port utk posing...cantik deconya

MrsEnoxis said...

Menarik Hotel ni. Deco pun cantik2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah