CHERITERA KAMI...: February 2018

Feb 19, 2018

Jalan-jalan Penang dengan public transport

Jumaat lepas ialah hari semua orang cuti kan. Cuti sempena Gong Xi Fa Chai. Partner kite pun memang selalunya Jumaat ialah hari cuti beliau dan kebetulan pula Sabtu the next day tu kerja petang. So, ada lebih kurang sehari setengah cuti without apa-apa plan in advance. 

Pagi Jumaat tu kami kemas-kemas rumah. Sorang mengemas meracun rumput rumpai dekat luar, sorang lagi menyental bilik air dan vacum ape yang patut. By 11pagi tu macam dah tugas masing-masing lepak tengok tv. Tiba-tiba orang tu cakap, " Cuba tengok hotel dekat Langkawi". Dia tak tahu yang bini die ni dari awal dah godeh-godeh dah Agoda, Traveloka, Booking.com bagai tu.Mostly hotel dekat Langkawi fully book. Penang adalah pilihan seterusnya. Tak Langkawi , Penang la pun pilihan yang ada.

Sambil partner kite survey hotel, N pun stat la packing barang. Nengok gayanya memang sungguh nak p cuti-cuti tu. Sementara mood die ada, baik kita layankan. hahah. Dah siap semua, kami parking kereta dekat KTM Arau. Luckily ada satu parking kosong berdekatan dengan stesen. Kami naik train pukul 12.45tenghari. Perjalanan train mengambil masa dalam sejam setengah. Orang tu teringin nak naik feri. Last kami naik feri tahun 2011 kot. Ok, kite layankan je lah. Biasenya kami turun dekat stesen KTM Bukit Tengah tapi sebab nak naik feri, kami turun dekat KTM Butterworth. Tambang tiket RM.950 seorang sehala.

Sampai di KTM Butterworth pukul 2.15petang. Kita follow je crowd yang ada tu. Rupanya ada FREE shuttle bus ke terminal feri. Sedang elok pulak bas memang tengah standby nak gerak. Fuh.padat aih dalam bus!Bas akan berhenti kan kita di bahagian bawah terminal dan korang kene berjalan naik ke bahagian atas untuk beli tiket dan tunggu feri. 

Turun je di KTM Butterworth korang jalan menghala ke bus stop depan stesen. Ada sign tulis "FERI"

Agak memusing jalan dari bus dekat bawah nak ke kaunter tiket feri tu. Lepas beli tiket, korang tunggu dekat kerusi tepi tu sampai staff buka laluan untuk masuk ke feri.

Harga tambang feri - Dewasa RM1.20, kanak-kanak RM0.60

Alhamdulillah lepas je beli tiket tu, dah terus boleh masuk feri.

Welcome to Penang!Excited hakak tudung putih tu kan:p

Happy us!Lets explore Penang lagi dan lagi:)

Sampai di seberang, amik Grab Car pula ke next destination, perut berbunyi dah.

Nanti kami sambung cerita mana tempat kami pergi sepanjang short trip ni k. 


Feb 8, 2018

Kisah mencari perabot bajet

Cerita pasal ' Projek rumah paksa rela untuk di sewa'. Hahaha. Tengah menaip ni ting keluar nama projek ni sempena tengah hangat drama kul7petang wajib congok depan tv melayan Abang Am yang sibuk kawin 2 pastu pening sana sini. Yang si shiqin tu pula eeee mintak jauh la ada kawan2 penghasut pemusnah macamtu. Gerammmm je kite nengokkan. Lari pulak topik kejap heh!

Last month 5 hari balik KL nak settlekan pasal rumah. Rumah yang asalnya memang plan untuk duduk sendiri tapi DIA sebaik-baik perancangkan,la ni rezeki dkt Perlis pula. So sementara tak tahu bila mungkin pindah KLnye tu, ktorg decide nak buat sewa dulu rumah tu as in fully furnished. Huhu. Sayanggg! Tapi fikir bulan2 nak bayar kt bank kot gaji 400k sebulan tak pe. Biar rumah kosong bila balik KL buat rumah persinggahan ek. Hahaha. Belum sampai ke tahap tu lagi. Jadinye janganlah berangan sangat.

Yang 5hari tu memang padat la jadual dengan nak settlekan langsir, lampu kipas, perabot macam-macam lah. Oleh kerana macam macam tu, kalini nak share dulu pasal perabot.kami estimate kan sehari untuk survey dan settlekan hal perabot. Muntah! Sehari pergi 5 6 kedai dari puchong - oug - ampang - kl - shah alam membawa ke hari kedua. Dah kalau buat rumah sewa tu kite letak bajet ciput je la. Cari perabot yg xpayah nak gah sangat. Sesambil mencari tu cuci cuci mata la sama memang ade la yg berkenan nau di hati. Ikea memang dielakkan untuk beli barang-barang besar sebab transport problem pula nak mengangkut lagipun takde yang berkenan.  Few kedai yang kami pergi ni antara recommended by kawan-kawan.

Misi mencari sofa dan set bilik tidur!

Aduhaiiii..turqoise dengan ktorg memang berpisah tiada. Dari jauh nampak terus datang usap-usap. Mampu takat tue je lah. Ni kedai dekat OUG.


Nice kan warna  sofa ni. Theme scandi!Melting hampir hampir nak pujuk oang sebelah tapi ku tahan. Ni kedai dekat MajuHome Concept. N pergi yang cawangan Genting Klang. Kedai ni dari biase-biase terus jadi besar macam-macam jual memang rambang mata. Antara kedai lama bertahan dari zaman N belajar dulu memang mak kalau cari perabot mesti tengok sini juga.


Kedai ni pun antara kedai lama juga. Banyakkkk pilihan sofa dekat sini. Geram juga! Kedai Perabot Cempaka di Pandan, Ampang.


Kalau korang area berdekatan, boleh lah p sini survey. Tapi ktorg tak beli pun dekat sini sebab set bilik tidur depa tak banyak pilihan dan takde dalam bajet. Sofa pula ada 1 tu beza harga mahal RM100++ dari kedai lain yang N pergi.Hohoh.


Ni kedai pertama kami survey. Antara kedai yang direkemenkan oleh kawan. Memula ingat kedai besar rupanye kedai 2tingkat biase je dekat Puchong. Tapi dekat kedai ni juga lah kami akhirnya beli sofa dan set bilik tidur itu.Free delivery dan harga boleh kurang. Perabot pun dah selamat sampai di rumah. Alhamdulillah~

Kalau survey di kedai-kedai perabot besar, memang banyak pilihan dan barang-barang boleh tengok depan mata in real. Test duduk baring semua kan. Cuma harga kebanyakkan nett atau diskaun pun tak banyak. Kalau di kedai-kedai perabot kecil pula, pilihan mungkin kurang atau kene belek katalog untuk tengok pilihan-pilihan lain so rasa tak puas kan tak dapat nak belek barang dulu tapi harga diorang senang nak kurangkan. Jadinye pokok pangkal bergantungnya pada bajet masing-masing.

Dekat area Sg. Buloh pun macam murah-murah juga ek katenye perabot di sana. Tapi haritu tak dan nak pergi. masa mencemburui. Korang share la kot ade tempat perabot best untuk di kongsi boleh kami p next time cuci mata:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah