CHERITERA KAMI...: The Ocean Residence Langkawi - Part 1

Jan 11, 2018

The Ocean Residence Langkawi - Part 1

Langkawi lagi!!Kali ni pergi berenam dengan mak ayah dan anak-anak buah. Dulu family trip 2013 pergi 18orang tak puas sebab kejap je tapi banyak aktiviti yang penting-penting tu dapat cover masa tu. So, kali ni pergi just relax. 

Nak mencari hotel pun 1 masalah jugak. Ciri-ciri yang mak bagi, tepi pantai. Agak last minute survey hotel sebab macam confirm tak confirm nak pergi berapa orang nak ikut bagai. So, bila hujung-hujung nak mencari tempat menginap dalam bajet dan mengikut citarasa memang pening. Serious pening! Cuti sekolah dekat nak Christmas pulak tarikhnya boleh imagine camne `pack`nye lagi lagi kalau stay dekat are Cenang. Memang Cenang tu dah di keluarkan dalam list awal-awal sebab mostly hotel susah nak parking kan. Pergi dengan family dengan orang tua ni kalau boleh kita nak selesa lebih. Lagipun ayah cakap, die nak belanja. Lagi la anakanda nervous kot tak puas hati ke. Pilih punya pilih last2, kami decide book di The Ocean Residence. Tukang belanja kate on, laju la semua on yea dak rezeki jangan ditolak:)

Book thru agoda asalnya tapi last minute tu ade problem. Nasib baik double check dan pihak hotel memang dah block kami punya booking sesiap kalau tak mau ada tidur dalam kereta je. Tapi memang bagus pun servis mereka ni dari memula N call tanya rate sampai la kami check out semua puas hati. Layanan terbaik!

Kami sampai pukul 10pagi di Langkawi. Settlekan kereta sewa gedebak gedebuk bawa jalan sana sini lunch siap solat Jumaat baru check in.Next next entry N cerita kami p jalan mana ja untuk 2H1M ni. 

Selamat datang ke The Ocean Residence Langkawi. Terasa seperti masuk ke 1 dunia lain pulak


Lobby house kot nak panggil reception macam tak sesuai sebab tempat ni dalam 1 rumah kecil ala english style yang bila masuk terus N terus macam woww!biase la minah ni kalau tak over tak sah;p

Dah settle , staff hotel akan bawa korang naik buggy untuk di bawa ke bilik. Jommmm!

Corridor menuju ke bilik masing-masing. Simple je. Konsep rumah sangat guna pintu sliding. So, kene make sure langsir tu sentiasa bertutup kang ter'opssss'.Kihkihkih.

1st view bila buka sliding door a.k.a pintu masuk bilik. Bilik ni memang pengcahayaan dia kurang. Very the deam malap romantik.

      Ini pula view menghadap pintu masuk atau sliding door tadi. Dalam laci tu ade iron dan hair dryer. Just nice saiz bilik ni tak besar dan tak kecil sangat. Ruang bawah atas karpet tu anak buah 2 orang tidur situ, selesa ja tengok.

Simple wardrobe complete with safety box, iron board.Ada mini fridge and tea coffee making fasilities.

Simple toilet juga. Towel siap ada 4 sebab ade pool sekali kan.

Part shower tu je la kene hati-hati sikit sebab lantai die sama level dan jenis licin sikit. Bila mandi tu air mercik kan so kene careful sikit na.

Boleh pula lupa awal-awal tu nak ambil gambar view camni, esok pagi baru teringat. tu yang view kelam je sebab hujan di pagi hari. Kalau bukak sliding door dekat balkoni tu inilah viewnye.Nampak laut sikit jadilah macam tepi laut jugak kan.

Depa dah stat dahhhh.Hahha. Wajib la uols posing2. Dah la tak nampak bayang quest lain pun walaupun bilik semua fully booked. Sangat terasa privacy tu makin syok amik gambar.

Serius tak tipu sangat mendamaikan suasana sini. Macam rasa dekat villa sendiri pun ada jugak. In total ada 14 unit bilik yang pool view tapi hanya bilik no1-11 sahaja yang direct access to pool. 

Dalam renyai-renyai hujan ni kami terjun je rugi la tak mandi.

Nampak tak dekat balkoni tu ada set coffee table siap wall fan , suis untuk charge. Memang tempat baik punya untuk lepak tepi pool. Ni depan bilik parents N dan anak2 buah, sebelah tu bilik kami.

😍😍😍


Macam tak muat nak habiskan 1 entry gambar banyak lagi, ade lagi nak share pasal The Ocean Residence Langkawi ni. So, tunggu next entry ok.



1 comment:

mama tisya said...

pernh tgk gk tmpt ni ..cantik..view buka sliding door tu mmg cantik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah