CHERITERA KAMI...: The Ocean Residence Langkawi - Part 2

Jan 16, 2018

The Ocean Residence Langkawi - Part 2

Entry sebelum ni dah kongsi pasal bilik, kali ni nak bawa korang tour sekitar The Ocean Residence pula. Menjadi kebiasaan dan kesukaan N sebelum pergi sesuatu tempat, N mesti akan stalk dekat instagram gambar-gambar dekat tempat tu. Tengok macam mana previous guest ambil gambar. Dari situ, N dapat tahu yang dekat The Ocean Residence ni sangat cantik view sunrise and sunset nampak la langit jingga tu nice je. 

Tapi bukan rezeki, cuaca sepanjang menginap tu tidak mengizinkan. Hujan, langit kelam dan suram. Nasib baik petang masa hari check in dah tak hujan, dapatlah jalan-jalan kejap sekitar hotel ni.

 SubhanaAllah..Alhamdulillah

Laut dekat dah cuma tak boleh nak terjun je. Rumah belakang tu bukan untuk guest tapi owner punya sendiri. Bestnya rumah tepi laut:)

The Ocean Residence ini dimiliki oleh Mr.Paul Penders ( tak ingat dari negara mana) yang berkahwin dengan orang Malaysia, Perlis kot tak silap. Kelupaan pulak, masa check in sempat la interview budak receptionist tu ha.Heheh. Mr.Paul Penders juga ada jual produk-produk kecantikan berasaskan organik. Dekat mini shop hotel tu, ada di jual produk-produk tersebut. Sabun dan shampu dalam bilik pun dari jenama beliau. Nice juga bau dia. Kalau korang perasan, konsep dekat sini ala-ala English kan sebab dah tentu ikut selera owner. Lain dari kebiasaan konsep hotel di Malaysia ni.

Selain dari pool yang access dari bilik tu, ade juga public pool. Guest yang stay dekat bilik selain macam kami tu, boleh la mandi dekat sini. Bersambung pool dewasa dan kanak-kanak.

Nice kan view dekat sini😘 Sesambil teman orang tu berenang-renang ketepian.

Nanti boleh la kita datang lagi sini ek, orang di sanunn;p

Cafe yang comel dan cozy. Suka sangat konsep open air garden macam ni.Seat nampak limited tapi tak sesak pun sebab guest datang sikit sikit. Selesa!

  Pilihan buffet breakfast yang just nice. tak banyak sangat dan tak sikit sangat. Cukup semua ada nak nasi lemak ke goreng2 ke western atau soup.

Dalam bilik comel ni ade lagi makanan untuk keep it cold. Salad, buah-buahan dan juice.

Kite pun nak juga post wajib dekat sini. Breakfast overlooking the sea+coconut tree dan sambal nasi lemak itu adalah sedap. Menambah-nambah kite makan. Bile ntah makan tak bertambahnye;p

Family time! ni pula overlooking pool dekat bilik.Nampak tak sipi-sipi belah kanan gambar. Room rate kami termasuk 2pax breakfast. Kalau nak add on breakfast kene tambah RM25 seorang.  Pesan kat anak-anak buah tu, nak beakfast kalu kene bangun awal, makan banyak2 kalau tak rugi makcik angpa bayar. Tu gigih bangun awal, kalau tak maunye nak bangun pepagi hujan pulak tu.

Cafe ni hanya buka waktu breakfast sahaja. Waktu lain kalau guest perlukan in room servis, boleh contact diorang akan bagi menu dan delivery to your room. Kalau nak jimat dan rajin kene keluar dari kawasan ni untuk makan. Tak jauh pun dari pekan Kuah 6minit je.
Dah kenyang, balik bilik sambung berendam. Siap-siap check out pukul 12 tengahari.

Macam ni la rupa kawasan dalam The Ocean Residence Langkawi. Ada Spa juga. Kalau mai 1 family boleh book yang The Villa tu memang macam rumah la ade 2bilik 3bilik besar.

Kami booking via Agoda apps RM382 (Superior Long House Room) inc breakfast. Actually ntah macam mana hari Agoda nak deduct card, tu ada problem so booking kami jadi status cancel. Terus husband contact pihak hotel. Nasib baik diorang memang dah block booking tu untuk kami dan kami booking semula direct to them dengan harga sama macam Agoda. Weehuu!

Dari 1st time masuk kawasan ni sampai lah ke chek out, semuanya puas hati. Mungkin la ada sikit-sikit komen itu ini tapi minor sangat. Yang penting, rasa jatuh cinta:)

Thank you ayahanda belanja anak menantu cucu-cucu dekat sini. Semoga dimurahkan rezeki lagiiii dan lagiii dan sihat selalu. We love u , atok!

The Ocean Residence Langkawi
1 Ocean Front Estate Kuah
04-966 3210 / 013-489 1210


2 comments:

mama tisya said...

cantik la gmbr 1st tgk pokok kelapa...laut tu

Azhafizah Md Nor said...

cantik semua view dalam gambar. terbaiklah photographer ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah