CHERITERA KAMI...: Short trip ke Langkawi

Jan 29, 2018

Short trip ke Langkawi

Pasal penginapan dah settle cerita, link link INI , entry harini nak share pasal mane tempat yang kami pergi sepanjang 2H1M di Langkawi. Disebabkan trip kali ni masa musim cuti sekolah dah beberapa hari sebelum Krismas, memang dah dijangka macam mana sesaknye jeti. So, kami beli tiket feri pukul 8pagi supaya senang nak dapat parking kereta berdekatan jeti Kuala Perlis.

Beginilah rupa jeti Kuala Perlis seawal pagi masa cuti sekolah

Pukul 9pagi sampai di jeti Kuah terus ambil kereta sewa. Kami sewa avanza sebab 6orang kan, bagi selesa sikit nak jalan-jalan. Total sewa RM200, boleh contact 013-277 5773 ( Shukri).

Sebelum meneruskan aktivti, kenelah isi perut dulu memasing tak breakfast lagi. Rupanye hari Jumaat dekat Langkawi banyak juga kedai makan tutup. Jenuh pusing-pusing area pekan tu jumpa 1 kedai ni ha dekat dengan area Maybank Kuah.
Nampak perkataan Bangla tu teragak-agak juga nak masuk.Hahahah~

Bersih kedainya, yang tukang canai dan pekerja semua perempuan.

Sedap woo roti canai ni tak garing tak lembut sangat nice je. Kuah pun letop, campur sambal die pedas. Kalau korang tengah baca ni tengah mencari tempat makan dekat Kuah, boleh try sini keyh

Disebabkan tak dapat memenuhi keinginan mak nak stay tepi pantai Cenang, kami bawa la jalan-jalan Cenang. Masa tahun 2013 datang dulu pun tak sempat jejak kaki pantai Cenang. Mak kata, next time ade rezeki datang Langkawi, nak duduk Cenang jugak. Ok mem!

Sesampai hujan pula, nasib baik kejap je. So cuaca tak hangat, redup dingin
 

Next destinasi ke Pantai Tanjung Rhu pula. Tempat favourite forever:)

Lepas solat Jumaat, singgah lunch di Kedai Kak Yan Nasi Campur. Banyak lauk banyak dah habis. Yealah dah petang orang boleh tahan ramai juga. Komen dari yang lain cakap sedap makanannye. So, kami tak tipu yea bagi review. Memang sedap makanan di situ:)

Dari kedai Kak Yan ke hotel lalu Makan Mahsuri. Dah alang-alang lalu, singgah lah terus. Tiket RM12 (dewasa), RM6 (kanak-kanak).

Yang seronok dalam ni Mak dengan Ayah je lah. Siap tunggu nak tengok persembahan dalam rumah traditional tu. Selain ade cerita sejarah, makan, telaga , rumah-rumah kampung ada juga kedai-kedai kecil menjual kuih-kuih tradisi. Ok la tapi macam tak berapa maintain sangat tempatnye.

Masa yang ditunggu-tunggu, check in time!Boleh baca previous entry pasal hotelnya. Untuk dinner, memang takde plan. Ada kawan suggest Bamboo Restaurant dekat Kuah. Ok, terus set dekat waze.

Sampailah kami di sini. yang sebenarnye bukan di sini terletaknya Bamboo Restaurant tu bertentangan dengan kawasan ni, tapi tengok sini lagi meriah, jom la kite dinner dekat sini je.

Ni je gambar makanan yang sempat ambil. Ada tomyam, siakap sweet sour, sayur, satay, ape lagi ntah. Memasing kelaparan. Servis kedai akak ni lambat sikit tapi nasib baik sedap. So, tak sia-sia tunggu dalam kelaparan. Licin habis semua!

Esoknya lepas check out, dah janji nak bawa makan laksa ikan sekoq. lets kite!

Laksa Ikan Sekoq @ Laksa Pulau..sedap sedap. Banyak kan pilihan foodtruk tepi airport ni dan mostly memang offer laksa ikan sekoq. Cuma tak tahu yang mana betul2 sedap dan menepati citarasa.

Pasembur pun sedap, kuah panas panas

Sempat singgah kedai ikan bilis dekat Kuah, harga ikan bilis lebih kurang kot jumpa yang elok dan murah ke kan. Mmm..tapi ikan sepat situ cantik-cantik dan nampak fresh. 2 ekor RM4.Hohoh.Udang kering pun cantik juga. Boleh la kalau korang nak singgah kedainya otw nak ke BellaVista Resort Kuah.

Terus pergi jeti Kuah. Ingatkan nak singgah dataran Helang nak ambil gambar tapi jem giler jalan nak ke jeti tu, cancel ke dataran. turun terus masuk tunggu feri.

Begitulah kisahnya 2H1M short trip ke Langkawi. memang tak puas lah kan. Takpe, ade rezeki, mai lagi no familia:)

3 comments:

mama tisya said...

laksa ikan sekoq..yummm...syok tgk lauttt

idzwa kamaruddin said...

seronok tgk mak ayah senyum kan..

Azhafizah Md Nor said...

tak puas jalan-jalan langkawi kalau short trip. but dapat rasa makanan sedap pun dah mmencukupi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah