CHERITERA KAMI...: 2018

Apr 12, 2018

M Boutique Hotel Ipoh

Lepas turun dari GPO, kami menuju ke Ipoh pula. Ipoh lagi. Hari punya trip pun tak update lagi. Caca marba la labu ikut mana dan ikut mood tukang cerita.Huhu..Actually macam 50/50 nak singgah ke tak Ipoh ni tapi kebetulan pula cik B kene jumpa somebody dekat Ipoh atas urusan kerja. Jadinye, memang kene la jugak stay 1 night dekat situ.

Sampai Ipoh dalam Asar macamtu kami p pre-dinner tu nanti kite buat 1 entry pasal cari makan di Ipoh. Lepas dah makan terus lah check-in di M Boutique Hotel. Kalau perasan,  dekat Ipoh ni ade 3 M Hotel. 3-3 ni dalam 1 rangkaian company yang sama , M Boutique Family Hotel & Residence. Kalau tengok konsep ketiga-tiga M Hotel ni lebih kurag sama ja. Kira signature konsep diorang lah.
So jangan confius pulak  korang stay dekat yg mana.

M Boutique Hotel ialah yang paling awal sekali antara tiga tu. So, kami pilih yg ni plus dia macam middle antara M Station 18 dengan M Roof Residences. Kedudukan hotel ni dekat deretan kedai yang diubah suai. Menarik untuk yang malas nak keluar makan jauh-jauh. Bersambung dengan Hotel ni ada Grand Old Town White Coffee dan juga western cafe untuk korang makan-makan sambil lepak santai.

Bila sampai je depan M Boutique Hotel ni korang terus ke tempat parking di belakang hotel. Di sediakan parking space berserta cctv so jangan risau, insyaAllah selamat walaupun parking tu belakang shop lot pastu macam takde orang jaga je.hohoh.


Pintu masuk belah kiri belakang tu cahaya2 putih tu di situ la pintu masuk dari parking belakang.

Lepastu akan dihidangkan dengan deco yang unik dan classic macam eh nampak exclusive la deco and konsep korang ni. Sama macam tengok dalam gambar. Berdepan dengan N berdiri tu ada mini shop jual beg, aksesori.

Inilah rupa lobbynye.kecik  je tapi deco die very the vass tak ke meroyan nak ambil gambar kite yang giler bergambar ni tapi sebab tengah tak berapa mood, gambar kire ada ada je la kali ni.

Keluar lift nak ke bilik. Banyak port nak bergambar dekat hotel ni.


Selamat datang ke Superior Room M Boutique Hotel


Semua bilik di M Boutique Hotel ni ada window / tingkap kecuali Standard Room. N kalau boleh memang pilih bilik ada window sebab kalau takda window rasa macam terperuap dok bilik takda cahaya luar. Lepastu kite suka main selak-selak langsir kadang tu walau view die takde ape pun. Saja suka!Hehehe. Rasa mata tu fresh dan pandang jauh sikit. Korang sama macam N xxxx?

Suka la konsep straits electic ni ala2 hipster kan tengah in sekarang

Tilam empuk, bantal sorang 3, aircond just nice, cermin besaqqq!Senang bersiap, nak buh 1 la kat umah camtu;)

Terasa garang dan seksi pun ada juga. heheh Banyak pula motif harimau bintang nye.

Bilik air pula konsep colonial. Water pressure laju, sis sukaaa!


Di level 1, ada meeting space and gym. Dah nak check out baru perasan.

Breakfast di Grand Old town White Coffee. Sebab apa Grand? Tengok lah konsep dia up lagi dari restoran  Old Town White Coffee biase.

Dekat sini, kene pilih nak breakfast asian ke western cuisine. Sebab 2 tempat ni berbeza. kalau nak asian macam kami ni pepagi kene melantak nasi, tempatnya die GOTW ni lah. kalau western, ada tempat lagi 1. Masih lagi buffet breakfast cumanya tak banyak macam dekat hotel biasa. Nasib sambal nasi lemak oldtown sedap, bertambah la makan.Hehehe

Hasben N cakap next time datang Ipoh, nak stay sini lagi. N cakap, kite kene try M Hotel yang lain pula. Baru dapat beza kan mana yang paling best! Kan?Kan? Tapi kalau laki den kata nak mai lagi tu maksudnye die suka lah. Kalau nak banding cerewet, die paling banyak cekadak dari N. Hahahah.

Harga 1 malam di M Boutique Hotel Ipoh RM186.02 inc breakfast (via Agoda apps).


M Boutique Hotel 
Hala Datuk 5, Ipoh
06-255 5566



Koridor bilik 


Apr 11, 2018

Reward Diri Sendiri

4hari cuti dekat KL, one of tempat yang masuk dalam list nak pergi ialah Genting Premium Outlet (GPO). Memula bukak lepastu orang sibuk share pergi sana macam takde keinginan sangat nak pergi. Dah la Genting tu memang lama giler tak jejak kaki. Macam kalau tak pergi pun, xpe lah. Lain lah kalau Cameron Highlands. Ni memang hari2 sis zikir dekat telinga orang sebelah. Harap-harap dapatlah lepas kempunan naik Cameron sebelum puasa. Kemain kempunan! Bila last pergi Cameron, ada 4 5 tahun lepas kot.Huhuh.

Eh..berbalik pasal GPO tadi. Yang jadi teringin benau nak pergi tu sebab sejak menjak beberapa bulan ni dok la survey handbag. Kalau tengok gallery hp ni banyak juga yg N dah screenshot handbag ala2 berkenan di hati. Lagi2 kalau tengok IG tu, yg seller dari oversea, geram je kite nengoknye. Haritu hampir-hampir dah nak bayar deposit dekat 1 seller ni kire dah kenan, partner kite pun kata on tapi hati kata tahan dulu. Pusing2 mall cuci mata pun tak jumpa yg kenan. Kalini kononnye nak beli yang up sikit la macam nak reward diri sendiri. So, bila nak keluarkan duit lebih ni kene fikir lebih juga kan. Lebih afdhal kalau kite boleh try dulu handbag tu sesuai tu pakai camtu camni sesuai kene dengan kite. Kang dah bayar beratus bila dapat tak berkenan pulak. Kuciwa!

Tu yang sampai la juga ke puncak GPO tu. Nasib la laki den layankan. Kite cakap ke dia, kali ni kite nak bayar sendiri guna duit sendiri. Duit simpan dari zaman keje dulu ada la lebih-lebih tu. Konon nak reward diri sendiri la setelah meninggalkan zaman kerja office. Gituu! Bunyi macam sedapkan hati je padahal takut laki cancel nak belanja handbag. Kahkah..



Pergi hari Isnin weekdays time kerja memang heaven la tak sesak. Tenang dengan angin sejuk dingin tu. Terubat la kejap kempunan nak pergi Cameron Highlands. Heheh. Dari pengamatan N, beza dari JPO, MPO, Design Village Penang dan mitsui, GPO ni lagi menarik banyak pilihan besar dan padan la ramai orang. Tempat makan banyak, best pun yea shopping sejuk2 feeling oversea. 

Tapi kami ni bukan reti sangat pun nak shopping premium ni. Saja je nak cuci mata. Tapi dekat premium outlet ni la berani nak masuk kedai-kedai designer bag ni. Kalau dekat Pavillion ke KLCC, i is segan. Hohoh. Eh..tapi bagus la servis staff dekat mostly kedai yang kite masuk. Sangat welcoming customer, friendly. Kita pun takde la rasa segan walaupun sekadar hanya cuci mata.

Actually, masa survey2 dekat IG tu kite terbekanan handbag either COACH or FOSSIL. Tapi pilihan yg ada dekat GPO utk FOSSIL tak berapa menarik. Utk COACH pula macam mmm..buat sis terpaksa fikir banyak kali. Sebelum tu N dah masuk kedai Kate Spade. Kate Spade ada promo BUY any item get FREE 1 item. Atau kalau tak nak promo tu korang dapat seasonal discount base on ape item yang korang berkenan tu lah. Bagi N promo depa lagi menarik berbanding yang lain.

Yealah kalau ikutkan, harga 1 handbag tu kalau dekat oversea boleh dapat 3 handbag tapi cons die kite tak boleh nak try. nak posing2 dulu depan cermin. Dekat sejam juga kami dalam tu nak membuat pilihan takut jangan ada menyesal di kemudian hari. Kuikui..

Ni dah settle pilih tunggu bayar je. Hasben N cakap, puasa 5 tahun tak payah beli bag. 😋

Tengok cable car dari bawah je, tak sempat naik sebab lepas ni terus ke Ipoh pula sebelum balik Perlis.


Paparazzi di mana-mana

Dah..dah lepas ni tak payah scroll IG tengok handbag dah. Kite cuci mata tengok lain pulak;p

Tips : N perasan kedai-kedai diorang tak tulis/ letak banner promo diorang. Korang kene masuk dulu atau tanya baru la tau ade promo-promo best. Kalau tengok dari luar, kadang depa memang tak buh pun promo nye ape.

Mar 26, 2018

Ke-lan-tan House di Penang

Bercuti di Penang tapi menginap di Kelantan berkonsepkan Baba dan Nyonya. Haaaa..camna tu.
Disebabkan bercuti musim Chinese New Year, kami pilih tempat menginap yang berkonsepkan chinese atau ala2 baba dan nyonya gitu. Baru la feel raya gitu kan. heheh

Kedudukan rumah ni tersorok sedikit dari kesibukan kota  dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Tapi takdelah jauh pun dari kawasan tempat makan yang menarik. yang ni kami share next entry okeyh.

Selamat datang ke Ke-lan-tan House Penang

View gambar di atas di ambil dari pintu utama masuk ke rumah ini. Tapi kanan adalah ruang receptionist yang simple dan pintu kayu hujung tu adalah bilik kami.hahah. Yeaa..bilik kami sebelah je dengan reception. Terasa sangat di sayangi dan dijaga di situ. Masa memula dia cakap bilik di situ. N terus rasa macam erk..biar betui sebelah kaunter je. Tak selesanya. Tapi itu pandangan pertama je.
Jom masuk tengok bilik dulu.

View dari pintu masuk. 2 katil single tanpa sebarang bantahan. Hihih. Dah bilik ni je yang tinggal pun masa booking tu. Tapi feeling die masa memula masuk ni macam wowww nice juga. Not bad!

Simple tapi selesa. Dari bantal, tilam, kipas aircond, tv yang basic semua ada. Bersih dan kemas. Mostly perabot semua dari kayu yang kukuh. Bilik tengok tingkap dengan pintu tu memang rasa macam dekat kampung. Rindu Melaka aih!

Ok. pasal bilik air ni masa dalam train baca review baru perasan toilet die terletak di luar bilik tidur. Tapi jangan risau bilik air tu tak berkongsi dengan orang lain. Diberi sekali kunci bilik air berserta dengan kunci bilik tidur. Jadi, jangan takut la kalau orang lain masuk bilik air kita tu.

Begini lah rupa di dalam bilik air. Nama bilik air tu sama dengan nama bilik tidur masing-masing. Sedang elok je la size bilik airnya. Water pressure memang best cuma ada bau yang kurang senang sikit. Bau longkang dari belakang rasanye. yealah kawasan rumah kedai lama kan. 
Sebaik baunye kadang-kadang je. 

Amoi tunggu tetamu nak mai raya nak bagi angpow sama limau. Heheh. Rumah ini tidak menyediakan sarapan pagi. Ruang terbuka belakang tu macam mini pantry untuk korang nak buat air panas ke nak lepak2 santai makan biskut cicah kopi o kaw pun boleh.

Kalau tak silap, tak sampai 10unit bilik pun di dalam rumah ini. 2 di bawah dan selebihnya di tingkat atas. 

In love sangat dengan interior rumah ni. Port feveret guest untuk ambil gambar. Port feveret kami juga;)

Kalau korang inginkan pengalaman yang berlainan , pengalaman menginap di rumah baba dan Nyonya, part bilik air di luar tu teringat zaman dok asrama dulu,. So, boleh la try stay dekat sini.
Harga 1 malam RM146.71 via agoda.


Thanks Ke-lan-tan House memberi kami 1 pengalaman baru. Semestinya kami suka:) 


Ke-lan-tan House
Jalan Kelantan, Georgetown
04-229 5993


Feb 19, 2018

Jalan-jalan Penang dengan public transport

Jumaat lepas ialah hari semua orang cuti kan. Cuti sempena Gong Xi Fa Chai. Partner kite pun memang selalunya Jumaat ialah hari cuti beliau dan kebetulan pula Sabtu the next day tu kerja petang. So, ada lebih kurang sehari setengah cuti without apa-apa plan in advance. 

Pagi Jumaat tu kami kemas-kemas rumah. Sorang mengemas meracun rumput rumpai dekat luar, sorang lagi menyental bilik air dan vacum ape yang patut. By 11pagi tu macam dah tugas masing-masing lepak tengok tv. Tiba-tiba orang tu cakap, " Cuba tengok hotel dekat Langkawi". Dia tak tahu yang bini die ni dari awal dah godeh-godeh dah Agoda, Traveloka, Booking.com bagai tu.Mostly hotel dekat Langkawi fully book. Penang adalah pilihan seterusnya. Tak Langkawi , Penang la pun pilihan yang ada.

Sambil partner kite survey hotel, N pun stat la packing barang. Nengok gayanya memang sungguh nak p cuti-cuti tu. Sementara mood die ada, baik kita layankan. hahah. Dah siap semua, kami parking kereta dekat KTM Arau. Luckily ada satu parking kosong berdekatan dengan stesen. Kami naik train pukul 12.45tenghari. Perjalanan train mengambil masa dalam sejam setengah. Orang tu teringin nak naik feri. Last kami naik feri tahun 2011 kot. Ok, kite layankan je lah. Biasenya kami turun dekat stesen KTM Bukit Tengah tapi sebab nak naik feri, kami turun dekat KTM Butterworth. Tambang tiket RM.950 seorang sehala.

Sampai di KTM Butterworth pukul 2.15petang. Kita follow je crowd yang ada tu. Rupanya ada FREE shuttle bus ke terminal feri. Sedang elok pulak bas memang tengah standby nak gerak. Fuh.padat aih dalam bus!Bas akan berhenti kan kita di bahagian bawah terminal dan korang kene berjalan naik ke bahagian atas untuk beli tiket dan tunggu feri. 

Turun je di KTM Butterworth korang jalan menghala ke bus stop depan stesen. Ada sign tulis "FERI"

Agak memusing jalan dari bus dekat bawah nak ke kaunter tiket feri tu. Lepas beli tiket, korang tunggu dekat kerusi tepi tu sampai staff buka laluan untuk masuk ke feri.

Harga tambang feri - Dewasa RM1.20, kanak-kanak RM0.60

Alhamdulillah lepas je beli tiket tu, dah terus boleh masuk feri.

Welcome to Penang!Excited hakak tudung putih tu kan:p

Happy us!Lets explore Penang lagi dan lagi:)

Sampai di seberang, amik Grab Car pula ke next destination, perut berbunyi dah.

Nanti kami sambung cerita mana tempat kami pergi sepanjang short trip ni k. 


Feb 8, 2018

Kisah mencari perabot bajet

Cerita pasal ' Projek rumah paksa rela untuk di sewa'. Hahaha. Tengah menaip ni ting keluar nama projek ni sempena tengah hangat drama kul7petang wajib congok depan tv melayan Abang Am yang sibuk kawin 2 pastu pening sana sini. Yang si shiqin tu pula eeee mintak jauh la ada kawan2 penghasut pemusnah macamtu. Gerammmm je kite nengokkan. Lari pulak topik kejap heh!

Last month 5 hari balik KL nak settlekan pasal rumah. Rumah yang asalnya memang plan untuk duduk sendiri tapi DIA sebaik-baik perancangkan,la ni rezeki dkt Perlis pula. So sementara tak tahu bila mungkin pindah KLnye tu, ktorg decide nak buat sewa dulu rumah tu as in fully furnished. Huhu. Sayanggg! Tapi fikir bulan2 nak bayar kt bank kot gaji 400k sebulan tak pe. Biar rumah kosong bila balik KL buat rumah persinggahan ek. Hahaha. Belum sampai ke tahap tu lagi. Jadinye janganlah berangan sangat.

Yang 5hari tu memang padat la jadual dengan nak settlekan langsir, lampu kipas, perabot macam-macam lah. Oleh kerana macam macam tu, kalini nak share dulu pasal perabot.kami estimate kan sehari untuk survey dan settlekan hal perabot. Muntah! Sehari pergi 5 6 kedai dari puchong - oug - ampang - kl - shah alam membawa ke hari kedua. Dah kalau buat rumah sewa tu kite letak bajet ciput je la. Cari perabot yg xpayah nak gah sangat. Sesambil mencari tu cuci cuci mata la sama memang ade la yg berkenan nau di hati. Ikea memang dielakkan untuk beli barang-barang besar sebab transport problem pula nak mengangkut lagipun takde yang berkenan.  Few kedai yang kami pergi ni antara recommended by kawan-kawan.

Misi mencari sofa dan set bilik tidur!

Aduhaiiii..turqoise dengan ktorg memang berpisah tiada. Dari jauh nampak terus datang usap-usap. Mampu takat tue je lah. Ni kedai dekat OUG.


Nice kan warna  sofa ni. Theme scandi!Melting hampir hampir nak pujuk oang sebelah tapi ku tahan. Ni kedai dekat MajuHome Concept. N pergi yang cawangan Genting Klang. Kedai ni dari biase-biase terus jadi besar macam-macam jual memang rambang mata. Antara kedai lama bertahan dari zaman N belajar dulu memang mak kalau cari perabot mesti tengok sini juga.


Kedai ni pun antara kedai lama juga. Banyakkkk pilihan sofa dekat sini. Geram juga! Kedai Perabot Cempaka di Pandan, Ampang.


Kalau korang area berdekatan, boleh lah p sini survey. Tapi ktorg tak beli pun dekat sini sebab set bilik tidur depa tak banyak pilihan dan takde dalam bajet. Sofa pula ada 1 tu beza harga mahal RM100++ dari kedai lain yang N pergi.Hohoh.


Ni kedai pertama kami survey. Antara kedai yang direkemenkan oleh kawan. Memula ingat kedai besar rupanye kedai 2tingkat biase je dekat Puchong. Tapi dekat kedai ni juga lah kami akhirnya beli sofa dan set bilik tidur itu.Free delivery dan harga boleh kurang. Perabot pun dah selamat sampai di rumah. Alhamdulillah~

Kalau survey di kedai-kedai perabot besar, memang banyak pilihan dan barang-barang boleh tengok depan mata in real. Test duduk baring semua kan. Cuma harga kebanyakkan nett atau diskaun pun tak banyak. Kalau di kedai-kedai perabot kecil pula, pilihan mungkin kurang atau kene belek katalog untuk tengok pilihan-pilihan lain so rasa tak puas kan tak dapat nak belek barang dulu tapi harga diorang senang nak kurangkan. Jadinye pokok pangkal bergantungnya pada bajet masing-masing.

Dekat area Sg. Buloh pun macam murah-murah juga ek katenye perabot di sana. Tapi haritu tak dan nak pergi. masa mencemburui. Korang share la kot ade tempat perabot best untuk di kongsi boleh kami p next time cuci mata:)


Jan 29, 2018

Short trip ke Langkawi

Pasal penginapan dah settle cerita, link link INI , entry harini nak share pasal mane tempat yang kami pergi sepanjang 2H1M di Langkawi. Disebabkan trip kali ni masa musim cuti sekolah dah beberapa hari sebelum Krismas, memang dah dijangka macam mana sesaknye jeti. So, kami beli tiket feri pukul 8pagi supaya senang nak dapat parking kereta berdekatan jeti Kuala Perlis.

Beginilah rupa jeti Kuala Perlis seawal pagi masa cuti sekolah

Pukul 9pagi sampai di jeti Kuah terus ambil kereta sewa. Kami sewa avanza sebab 6orang kan, bagi selesa sikit nak jalan-jalan. Total sewa RM200, boleh contact 013-277 5773 ( Shukri).

Sebelum meneruskan aktivti, kenelah isi perut dulu memasing tak breakfast lagi. Rupanye hari Jumaat dekat Langkawi banyak juga kedai makan tutup. Jenuh pusing-pusing area pekan tu jumpa 1 kedai ni ha dekat dengan area Maybank Kuah.
Nampak perkataan Bangla tu teragak-agak juga nak masuk.Hahahah~

Bersih kedainya, yang tukang canai dan pekerja semua perempuan.

Sedap woo roti canai ni tak garing tak lembut sangat nice je. Kuah pun letop, campur sambal die pedas. Kalau korang tengah baca ni tengah mencari tempat makan dekat Kuah, boleh try sini keyh

Disebabkan tak dapat memenuhi keinginan mak nak stay tepi pantai Cenang, kami bawa la jalan-jalan Cenang. Masa tahun 2013 datang dulu pun tak sempat jejak kaki pantai Cenang. Mak kata, next time ade rezeki datang Langkawi, nak duduk Cenang jugak. Ok mem!

Sesampai hujan pula, nasib baik kejap je. So cuaca tak hangat, redup dingin
 

Next destinasi ke Pantai Tanjung Rhu pula. Tempat favourite forever:)

Lepas solat Jumaat, singgah lunch di Kedai Kak Yan Nasi Campur. Banyak lauk banyak dah habis. Yealah dah petang orang boleh tahan ramai juga. Komen dari yang lain cakap sedap makanannye. So, kami tak tipu yea bagi review. Memang sedap makanan di situ:)

Dari kedai Kak Yan ke hotel lalu Makan Mahsuri. Dah alang-alang lalu, singgah lah terus. Tiket RM12 (dewasa), RM6 (kanak-kanak).

Yang seronok dalam ni Mak dengan Ayah je lah. Siap tunggu nak tengok persembahan dalam rumah traditional tu. Selain ade cerita sejarah, makan, telaga , rumah-rumah kampung ada juga kedai-kedai kecil menjual kuih-kuih tradisi. Ok la tapi macam tak berapa maintain sangat tempatnye.

Masa yang ditunggu-tunggu, check in time!Boleh baca previous entry pasal hotelnya. Untuk dinner, memang takde plan. Ada kawan suggest Bamboo Restaurant dekat Kuah. Ok, terus set dekat waze.

Sampailah kami di sini. yang sebenarnye bukan di sini terletaknya Bamboo Restaurant tu bertentangan dengan kawasan ni, tapi tengok sini lagi meriah, jom la kite dinner dekat sini je.

Ni je gambar makanan yang sempat ambil. Ada tomyam, siakap sweet sour, sayur, satay, ape lagi ntah. Memasing kelaparan. Servis kedai akak ni lambat sikit tapi nasib baik sedap. So, tak sia-sia tunggu dalam kelaparan. Licin habis semua!

Esoknya lepas check out, dah janji nak bawa makan laksa ikan sekoq. lets kite!

Laksa Ikan Sekoq @ Laksa Pulau..sedap sedap. Banyak kan pilihan foodtruk tepi airport ni dan mostly memang offer laksa ikan sekoq. Cuma tak tahu yang mana betul2 sedap dan menepati citarasa.

Pasembur pun sedap, kuah panas panas

Sempat singgah kedai ikan bilis dekat Kuah, harga ikan bilis lebih kurang kot jumpa yang elok dan murah ke kan. Mmm..tapi ikan sepat situ cantik-cantik dan nampak fresh. 2 ekor RM4.Hohoh.Udang kering pun cantik juga. Boleh la kalau korang nak singgah kedainya otw nak ke BellaVista Resort Kuah.

Terus pergi jeti Kuah. Ingatkan nak singgah dataran Helang nak ambil gambar tapi jem giler jalan nak ke jeti tu, cancel ke dataran. turun terus masuk tunggu feri.

Begitulah kisahnya 2H1M short trip ke Langkawi. memang tak puas lah kan. Takpe, ade rezeki, mai lagi no familia:)

Jan 16, 2018

The Ocean Residence Langkawi - Part 2

Entry sebelum ni dah kongsi pasal bilik, kali ni nak bawa korang tour sekitar The Ocean Residence pula. Menjadi kebiasaan dan kesukaan N sebelum pergi sesuatu tempat, N mesti akan stalk dekat instagram gambar-gambar dekat tempat tu. Tengok macam mana previous guest ambil gambar. Dari situ, N dapat tahu yang dekat The Ocean Residence ni sangat cantik view sunrise and sunset nampak la langit jingga tu nice je. 

Tapi bukan rezeki, cuaca sepanjang menginap tu tidak mengizinkan. Hujan, langit kelam dan suram. Nasib baik petang masa hari check in dah tak hujan, dapatlah jalan-jalan kejap sekitar hotel ni.

 SubhanaAllah..Alhamdulillah

Laut dekat dah cuma tak boleh nak terjun je. Rumah belakang tu bukan untuk guest tapi owner punya sendiri. Bestnya rumah tepi laut:)

The Ocean Residence ini dimiliki oleh Mr.Paul Penders ( tak ingat dari negara mana) yang berkahwin dengan orang Malaysia, Perlis kot tak silap. Kelupaan pulak, masa check in sempat la interview budak receptionist tu ha.Heheh. Mr.Paul Penders juga ada jual produk-produk kecantikan berasaskan organik. Dekat mini shop hotel tu, ada di jual produk-produk tersebut. Sabun dan shampu dalam bilik pun dari jenama beliau. Nice juga bau dia. Kalau korang perasan, konsep dekat sini ala-ala English kan sebab dah tentu ikut selera owner. Lain dari kebiasaan konsep hotel di Malaysia ni.

Selain dari pool yang access dari bilik tu, ade juga public pool. Guest yang stay dekat bilik selain macam kami tu, boleh la mandi dekat sini. Bersambung pool dewasa dan kanak-kanak.

Nice kan view dekat sini😘 Sesambil teman orang tu berenang-renang ketepian.

Nanti boleh la kita datang lagi sini ek, orang di sanunn;p

Cafe yang comel dan cozy. Suka sangat konsep open air garden macam ni.Seat nampak limited tapi tak sesak pun sebab guest datang sikit sikit. Selesa!

  Pilihan buffet breakfast yang just nice. tak banyak sangat dan tak sikit sangat. Cukup semua ada nak nasi lemak ke goreng2 ke western atau soup.

Dalam bilik comel ni ade lagi makanan untuk keep it cold. Salad, buah-buahan dan juice.

Kite pun nak juga post wajib dekat sini. Breakfast overlooking the sea+coconut tree dan sambal nasi lemak itu adalah sedap. Menambah-nambah kite makan. Bile ntah makan tak bertambahnye;p

Family time! ni pula overlooking pool dekat bilik.Nampak tak sipi-sipi belah kanan gambar. Room rate kami termasuk 2pax breakfast. Kalau nak add on breakfast kene tambah RM25 seorang.  Pesan kat anak-anak buah tu, nak beakfast kalu kene bangun awal, makan banyak2 kalau tak rugi makcik angpa bayar. Tu gigih bangun awal, kalau tak maunye nak bangun pepagi hujan pulak tu.

Cafe ni hanya buka waktu breakfast sahaja. Waktu lain kalau guest perlukan in room servis, boleh contact diorang akan bagi menu dan delivery to your room. Kalau nak jimat dan rajin kene keluar dari kawasan ni untuk makan. Tak jauh pun dari pekan Kuah 6minit je.
Dah kenyang, balik bilik sambung berendam. Siap-siap check out pukul 12 tengahari.

Macam ni la rupa kawasan dalam The Ocean Residence Langkawi. Ada Spa juga. Kalau mai 1 family boleh book yang The Villa tu memang macam rumah la ade 2bilik 3bilik besar.

Kami booking via Agoda apps RM382 (Superior Long House Room) inc breakfast. Actually ntah macam mana hari Agoda nak deduct card, tu ada problem so booking kami jadi status cancel. Terus husband contact pihak hotel. Nasib baik diorang memang dah block booking tu untuk kami dan kami booking semula direct to them dengan harga sama macam Agoda. Weehuu!

Dari 1st time masuk kawasan ni sampai lah ke chek out, semuanya puas hati. Mungkin la ada sikit-sikit komen itu ini tapi minor sangat. Yang penting, rasa jatuh cinta:)

Thank you ayahanda belanja anak menantu cucu-cucu dekat sini. Semoga dimurahkan rezeki lagiiii dan lagiii dan sihat selalu. We love u , atok!

The Ocean Residence Langkawi
1 Ocean Front Estate Kuah
04-966 3210 / 013-489 1210


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah