CHERITERA KAMI...: February 2017

Feb 7, 2017

Restoran Mee Rebus Azmi Perlis

Lama tak story pasal jalan-jalan cari makan. Sepanjang dok dekat Perlis ni banyak jugak kot tempat makan yang kami dah terjah. Tapi ada banyakkkk lagi yang belum terjah. So far pergi mostly sedap-sedap belaka. Yea.. Perlis kaya dengan makanan yang sedapppp dan murah. Jadinya silalah risau sebab berat badan anda mesti akan bertambah dengan jayanya. Hahaha.

Tempat yang kami pergi ni jumpa hasil google. Selalu je lalu jalan tu tapi tak pernah terperasan pun restoran ni. Kalau dari Kangar ke Restoran Mee Rebus Azmi ni adalah dalam 15minit.

nasib baik pergi restoran ni sebab N mencari Wahyuni Spa tu dari awal pindah tak jumpa. Sekarang dah tahu kat mana, cuma pergi je belum lagi. Dah lama tak rasa badan dimanja2kan dah rasa lenguh-lenguh jugak ni. Lepas berSpa, sebelum balik singgah makan pula. Sesuai sangat kan!:)

Mee Rebus ni sedappp tapi manis sikit tapi sedap kene la tekak kami. Nampak tu ada paru kesukaan kita. N agak kurang dengan Mee Rebus tapi kita boleh habis kalau makan yang ni.

Nasi Arab Cikgu Mi terpaling WIN! Wajib cuba kalau mai sini. Nasi Arab Melayu kiranya sebab rempah tak kuat tak cepat muak kene dengan sambal +bawang kobis tu adodoiiii terliur plak kita sambil menaip ni. Jujur kata kalau time lapar ni laju je habiskan sorang. Nasi tu pakai beras Basmathi kan lagi la die sebutir-butir sedap je kunyah takdak bau rempah kuat.

Ada lagi menu-menu lain tapi yang ni kami selalu order kalau mai sini. Kalau datang tu konon nak try lain tapi balik-balik order menu yang sama sebab sedap. Nanti dah pindah rumah baru ni lagi dekat dengan Restoran Mee Rebus Azmi ni ahaaiiiii siap sedia la.

Cikgu Mi ni juga ada buat kelas masak memasak tau. Tengok je sempoi orangnya tapi ilmu masakan penuh di dada. Ada waktu-waktu kelas nya. Kadang-kadang tu die mengajar je dekat restoran tu macam mana nak buat mee kuning sendiri. Yea..mee kuning tu die buat sendiri. Jadi sihat wwalafiat la kita makan takde asid pengawet tu. Tu yang tambah selera jadinya kan.

Ni ada no contact Cikgu Mi dengan alamat sekali Type je dkt waze tu insyaAllah selamat jumpa nnti.


Restoran Mee Rebus Azmi
1-G, Jalan Arau-Kodiang, Taman Utara Fasa 11
012-514 5788

Feb 1, 2017

Misi baru

Dekat sebulan krik krik dalam ni, jenguk tu selalu tahu ada yg silent reader yg dtg singgah tu terima kasih byk2 tau. Kita garu kepala tengok byk nak cerita tapi wa fening tak tau mana mau stat maaa..haiyaaa...gong xi fa chai!!Heheh..banyak ke korang dpt angpau?

Selamat hari Wilayah utk orang Wilayah...seronok no hampa pakat sambung cuti seminggu 2 teruih. Syok tengok jalan-jalan jem highway nun. Kami dok ontok-ontok je dekat Perlis ni. Takdak jalan mana tengah ada misi sekarang ni. Misi ape?Bukan misi kemanusiaan. Bukan juga misi untuk kurus. Misi ni lama dah buat tapi tahu bila nak nampakkan keberhasilan. Hahha. Misi a.k.a projek masuk rumah baru. Rumah tu je yang baru, kami tetap menyewa. Kihkih. Tak boleh nak beli rumah lagi la ni sebab ada rumah yg asalnya beli utk duduk masih dalam pembinaan tak sabar tunggu siap tapi bukan di Perlis la. Masa beli mana tahu rezeki kami la ni kt Perlis. Tu pun pening jugak nnti apa nak buat dengan rumah tu - mungkin boleh disewakan dapat extra money tapi tapi tapii ada tapiiiinya, mungkin boleh buat homestay/airbnb ka tapii tapi tapiinyaaa..banyak nau tapinyaaaa. mana tak pening.Jadinya, biar rumah tu siap dulu baru kita fikir kendian. La ni fikir hat sekarang ni nak masuk rumah sewa baru.

Ini kira rumah sewa ke3 kami dalam masa 2 tahun. Rumah di Shah Alam dan yg sekarang ni kami masuk orang kata 'cuci kaki' je sebab dah fully furnished. Barang/perabot besar yang basic dan penting semua dah complete. Tak payah pening pikir nak beli nak buat itu ini. Tapi rumah yg ke3 ni special kes. Dia mintak dimanja lebih. Rumah di kawasan perumahan baru siap. Bila baru siap memang kosong lah dalam tu. Nasib dapat mintak kurang sewa dkt Uncle owner. Mencari owner Melayu tak jumpa. Ini pun first time deal dengan owner Cina. Of course la cara mereka agak berbeza dgn owner Melayu. Harapnya boleh ngam la sama itu Uncle owner. Insyallah kali ni mungkin duduk lama sikit la dekat rumah tu. So rumah dan Uncle kene good k sama kami together. Hehhehe.

Rumah yang baru ni jenis SemiD. Sama macam rumah sekarang. Tingkap pulak boleh tahan byk.Kerja kita la nak pikir langsir ni. Last sekali beli langsir untuk living hall rumah mak which dah berapa tahunnn lepas tu senang je.ukur pjg labuh kasi dekat akak Tewah tu beli kain suruh die jahit sekali Settle tunggu siap! Seriusly memang blur la laki bini. Nak beli hat siap payah cari.

Misi langsir pun bermula.3 tempat kami survey kain langsir - Nagoya Jitra, Jakel Alor Star dan Kamdar Alor Star. Memang dari dulu kureng sikit Nagoya ni sebab corak dan kain die xbest.Saja la masuk tengok. Tapi bagus budak laki yang intertain kami tu. Kami cakap la tak tau camna nak ukur bagai, die ajar la pastu die kata nak senang pasang rail dulu. Baru nampak nak lebar labuh mana. Kami pun ooooooo camtu ek. So, kami pun panggil orang pasang rail. Sekaki RM6 dia cas. Pagi datang ukur, tengahari mai pasang sejam dah siap. Lepas tu mintak tlg die ajar macam mana nak amik ukuran betul.Hehehe..Siap!

Kain langsir Jakel Alor Star

Kain langsir dekat Jakel memang cantik  tapi yang hat murah ni tak banyak pilihan. Kalau buat langsir dekat rumah sendiri takpa la amik yg mahal kan ni rumah sewa ja selagi murah kalau boleh. Ditahankan nafsu!Hahah

Lastt p Kamdar Alor Star. Rambang mata sebab banyak yang murah dan cantik dan banyak la juga pilihan. Kejap kang pegang yg sana kejap pegang yg sini. Ada yang RM4.80 semeter kain elok la cantik juga simple. Rambang mata 1 hal, nak imagine kan rumah tu kalau pasang langsir yg camni elok tak kena tak ok tak..hahahhaii...ok la ni prektis ada rumah sendiri nnti dah tahu dah macam mana rasa:p

Nampak tak gumpalan-gumpalan ni. Day curtain tu RM6.80 semeter. Ada yang murah RM5 tak silap tapi kualiti kureng sikit.Dah selamat membayar total kite tengok resit sekali pandang je.Takuttt!Hahaha.Belum upah jahit pula ni.Dah siap baru kite reveal macam mana hasilnya k. 

Tak sabar pulak nak tengok hasilnya.




*boleh hubungi kami di cantik_menawan25@yahoo.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah