CHERITERA KAMI...: SSF :Tempat shopping barang rumah menarik

Nov 20, 2017

SSF :Tempat shopping barang rumah menarik

Salah satu masalah bile dah stay di Perlis ni kekurangan sangat tempat shopping yang best untuk barang-barang rumah. Contoh macam cari perabot yang in trend ala scandinavian ke yang cantik di mata dan affordable dan banyak pilihan. Merata cari memang tak jumpa. Kedai perabot tu ada la tapi tak banyak pilihan. Boleh kalau nak beli online tapi kalau sofa/kerusi tu lebih afdhal kirenye kite dapat rasa sendiri keselesaan sofa atau kerusi tersebut sebelum membeli kan. Yang melibatkan duit yang memang kita guna memang perlu cerewet. Walau kite tak berapa gemar orang cerewet nau.Hahaha

Nasib baik ada SSF dekat Alor Setar. Nasi baik dekat la juge kalau tak mau stress mak. Stress weh sebab sejak menjak memegang tittle 'suriram' ni die jadi amik kisah particular sangat pasal hias deco rumah. Lagi lagi sekarang ramai yang share idea deco superb. Paling tak sikitttt tu kite mesti terasa nak juga deco rumah kan walau rumah sewa sajo walau pun deconye simple je janji sejuk mata memandang.

Satu lagi tabiat kalau mula tangan gatal nak alih-alih perabot dalam rumah confirm lepastu ade je la nak membeli sesuatu buat tambahan. Nampak kosong la nampak tak kena la. Hahaha nasib la laki kite jenis melayan. Lagipun sejak duduk rumah yang sekarang ni boleh kata ramai juga la orang datang menziarah so kite pun nak bagi tetamu selesa juga. BIG POINT!;)

Awal bulan haritu kami pergi lagi ke SSF ni dah masuk kali ke3 kot setakat dok Perlis ni. Bahaya pergi selalu sebab harga di SSF ni boleh tahan juge. Setiap kali pergi lupa nak ambil gambar sebab ralit tengok barang.Dia tak macam IKEA ada harga yang ekonomikal sikit ade promo certain barang ade "As Is" la kan. Time birthday month dapat 50% diskaun tapi masa birthday tu tak rasa nak membeli. Memang pasrah je pergi kali ni dengan harapan barang yang berkenan tu harga mampu milik.

Berderet pilihan kerusi. Rambang mata!

Geram je tengok. Nasib la tak sesuai untuk rumah sewa comel kami. Plus laki den pun tak kenan hat ni.Huhuhu..

Ni kene la tema scandi kan tengah trend. Tapi tengok la harga tu. Itu harga Member Price. Normal price tambah la lagi RM70++

Kalau tema rustic ni nice juga. Seketul side table ni pun dah harga kelip kelip mata.

Yang bestnye SSF ni tema die bercampur, nak classic moden exclusive scandi memacam ade dalam 1 tempat. Ni baru hat kedai besar ni kalau yang besar punya lot lagi la pening berpinau mata. Dekat utagha ni cawangan paling besar di Anson Road Penang. Kalau di Malaysia ni dekat KL la.



Selain perabot ada juga artifical flower, pasu,lampu, barang hiasan, pingan mangkuk, storage, langsir semua la in one stop ni. N tanya ritu kalau beli banyak dan barang besar nak delivery cas dalam RM180  ( Alor Setar - Arau) . Kalau pembelian RM5000 ke atas, Free delivery. Masa dekat kL, N p sekali je sebab time tu takde keperluan dan keinginan la ni dah duduk sendiri macam macam la keinginan jadi keperluan tu kan.Kihkihkih

Rezeki kebetulan tengah on Season of Celebration diskaun sampai 60% sampai 30hb ni. Dapat lah bernafas sikit masa bayar tu. So, siapa yang tengah set up rumah tu mungkin korang boleh try cuci mata dekat SSF pula. Mana lah tahu ade yang berkenan. Servis pun bagus staff sentiasa membantu. 

Kalau tak segan, nanti kite share hasil deconye. Haha. Bunyi macam yo yo je deco;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah