CHERITERA KAMI...: Cawangan Mira Cake House di Kuala Lumpur

Nov 6, 2017

Cawangan Mira Cake House di Kuala Lumpur

Lepas ni tak payah susah-susah cari atau p sampai Sarawak nun nak beli Kek Lapis Sarawak original dan sedap. Orang semenanjung dah boleh mai Kuala Lumpur dah nak shopping kek lapis Mira Cake House ni. Satu-satunya cawangan di luar Sarawak. Siapa yang biasa, memang tahu la kan kepopularan kek lapis Mira Cake House ni. N pun pernah sekali je beli masa p Kuching dulu. Nak baca pasal cuti-cuti Kuching, klik Sini

Selain dari kek lapis, ada juga dijual belacan Sarawak, biskut dan lain-lain. 

Ini yang dikerumuni lepastu pening nak pilih mana lepastu test lagi rasa tanya lagi dekat staff tu, yang ni nama ape eh.Hahaha.Mau dekat 4 5 kali tanya untuk kek yang sama. Surprisingly harga dekat sini sama je harga dengan beli di Sarawak. Minimum RM10 tengok jenis dan size. So, korang boleh feeling shopping kek lapis Sarawak tapi di Kuala Lumpur la gitu.  Cumanye, pilihan tester tak banyak macam di Kuching. Yang tu lagi berderet panjang makan tester je dah kenyang.

Ada dalam 30pilihan kek yang tersedap diorang jual di cawangan Kuala Lumpur ni. Maknanye, tak semuaaa jenis kek yang dekat Sarawak tu dijual di sini. Yealah, mungkin faktor kekangan tempat dan staff. Banyak kot kek ada berapa ratus jenis kalau semua sekali tu.Yang 30 ni pun pening dan tak semua 30jenis ni depa letak dekat tester. Diorang tukar-tukar la sat buh yang ni, sat buh yang tu pulak. Terngiang-ngiang pula rasa ke'moist'an kek ini.


Dari KL nak balik Perlis ritu, saja la bukak order, tak sangka ade yang nak pesan sama. Ada la dalam 13bekas juge beli. Dapat FREE 1 sebab pembelian 10bekas percuma 1.Hehe. Tapi lupa nak extrakan untuk diri sendiri. Hahaha. Nasib baik dah kenyang makan tester. Takpe nanti balik KL, terasa nak makan, zass je p beli. Kot ade orang Perlis yang baca entry ni, kalau nak order ke kami, boleh la email. Bebila kami balik KL, boleh belikan:)

Senang je nak cari tempatnye. Dah ada dalam google maps. Korang search je. Rumah lot tepi jalan utama dari Bengkel Mara/ Datum menghala ke AU2

Mira Cake House
No.9, Jalan Enggang, Taman Keramat, KL
016-858 6364



1 comment:

Zie Azi said...

mmg biasa dgn keramat ni.. tapi tak perasan la kedai kek lapis ni.. lain kali kena bukak mata beso2 hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah