CHERITERA KAMI...: Aktiviti 2 hari di JB

Oct 9, 2017

Aktiviti 2 hari di JB

Godeh-godeh folder gambar ada lagi rupanye cerita cuti-cuti yang belum share. Kisah bulan 3 2016. Setahun lebih sudah. Kalau tak share, rugi pula mana la tahu kot ade yg tetibe singgah sini nak cari info pasal JB ke kan.

Actually kami ke JB sebab ada undangan perkahwinan dari kawan sekolah N. Sejak hasben pindah semula kerja di KL dari JB , ada la dalam setahun 2 juga tak jejak kaki di sana. Dalam macam rasa bosan kononnye dengan JB (hahaha), tetap rindu juge sbab banyakkk sangat kenangan di sana.

Kami stay 1 malam dekat one of apartment 1 bilik, baru siap di Danga Bay.Booking melalui Airbnb. Keadaan dalam rumah ok je la. Dah banyak naik apartment dekat JB kan, so korang kalau datang JB instead of booking hotel, boleh juga try stay dekat apartment. Kalau in group ambil yang 2 3 bilik apartment pun jimat juge yea tak.

View dari balcony mengadap Selat. Penampakan banyak aktiviti penambakan tanah di selat ni. Dah tak macam dulu. Lama-lama laut pun dah tak nampak dari jalan besar tu.huhuh..

Malam pula singgah perkarangan Istana Bukit Serene ni meriah pula tengok orang lepak anak beranak ada air pancut tapi depan istana tu memang dikawal la ada polis dan guard. Boleh ambil gambar sampai dekat crown tu je.

Rasa macam puteri raja bermain di taman bunga istana pula

Dinner, kami jumpa dengan kawan-kawan lama cik B dekat Kilang Bateri. Gambar nan hado. First time la tu sampai Kilang Bateri yang digembar gemburkan. Kilang tu asalnya kilang eveready tak silap dulu masa cik B kerja area Kempas tu selalu la lalu lalang situ tapi tak sangka dah jadi tempat lepak lepak makan. Bagus la idea tu, ada macam-macam lagi dalam tu. 

Masa untuk check out.Ini area pool dekat apartment yang kami stay 1 malam tu. So, nampak tak kenapa iols setuju stay dekat sini. hahaha. Sebab ada port ambil gambar la;)

Next destination ialah Forest City

Masa ni baru-baru viral pasal Forest City. Memula ingat tempat ni dekat Danga Bay sebab orang komen kata dekat2 area Danga, rupenya tidak. Ada la dalam 40minit juga nak ke sini. 

Kawasan baru nak develop. Dekat dalam tu pelabur-pelabur China tengah bz nak membeli unit masing-masing sebab kawasan macam diorg tambak jadi ala2 pulau kecik so nanti naik la villa, condo untuk depa beli buat investment.Sape yg makin kaya? Huhu. So sad!

Macam Hawaii pula rasa tapi jangan berani pergi sampai ke hujung ni. Ni ialah tanah yang ditambak, kalau terbabas ke laut itu masuk selat terus la anda.Hohoho. Tapi ade security jaga, nampak je orang dekat-dekat ke hujung , die tiup wisel. Yang bawa, anak-anak sila watch out ok takut dah excited tu kang tak perasan plak.

Jinak-jinak belaka ni;p

Antara yang menariknya adalah swmming pool ni. Cantk landskap dekat Forest City memang macam Hawaii ade pokok2 kelapa tu tepi laut kolam mandi besar. Ceh..macam pernah pula pergi Hawaii ceritanye. Sebab tak pernah la kite rasa macam Hawaii.Hahaha. Tak pasti status kolam ni dibuka untuk public macam mana dan kene bayar ke idak.

Lepas dari Forest City ni terus gerak ke rumah abg ipar stay satu malam dekat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Home@11 yang cantik itu:)

1 comment:

Azhafizah Md Nor said...

Ann orang jauh dah datang sini. Fiza orang johor tak sampai-sampai lagi. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah