CHERITERA KAMI...: Sentosa Villa Taiping

Aug 21, 2017

Sentosa Villa Taiping

Another last minute trip juga. Short stay je. Pukul 630petang check in, esoknya pukul 11 pagi checkout.Actually dah ada la dalam plan macam nanti otw dari KL balik Perlis nak stop by dekat Taiping la kononnye incas gerak dari KL tu petang2. Tapi macam tak sure gitu kan so takde la buat early booking.

Awal August marin lepas settle hantar mak ayah pergi menunaikan haji pagi tu pukul 6pagi. Sampai rumah rehat then packing sebab next day Rabu petang baru hasben keje. Takde la rush sangat nak balik cumanye larat ke tak je sebab masing-masing tingtong lagi dengan dari hari Sabtu sesampai dari Perlis terus g kenduri kawin pastue dekat rumah orang keep datang melawat mak ayah. Hari Ahad tu kenduri.Isnin uruskan itu ini then tengah malam dah ade di Kelana Jaya hantar mak ayah.Fuhhh...jarang kite lelap dalam kereta tapi hari tu memang terlelap dah tak menahan.

So,kami decide la nak pause kejap dekat Taiping. at least esok pagi tu sambung lagi 3jam journey je dari 6jam punya perjalanan kan. Nak recharge energy. Orang sebelah pun dok sebut2 Yong Tau Fu Bomba tu je. Terus kita call Sentosa Villa untuk buat booking. No deposit needed. Senang la kan kalau incase tak jadi ke ape tak rugi. Dats why booking terus je dengan diorang. Tapi kalau lambat check in, sila maklumkan pada mereka kalau tak nti depa open bilik korang ke orang lain pula.Gigit jari;p

Dalam 630 petang sampai di resort. Kali kedua kami menjejakkan kaki di Taiping dan di Sentosa Villa ni. First time pergi marin, banyak gambar xdan save, so kali ni bersedialah dengan gambar-gambarnya yea.Hehhe.

Wooden Villa bilik A3 view dari pintu masuk

View dari balkoni

Kami memang tahu bilik jenis Wooden Villa ni adalah 2 single bed dan bed die tak boleh dirapatkan.
Tu hal kecil je janji view die menarik.

Sebelum tunjuk view, kita tengok lagi apa ade dalam bilik ni.Konsep open wardrobe. Nampak pintu sebelah dressing table tu?Pintu tu adalah pintu keluar juga dekat dengan tangga untuk ke bilik atas. Misal kata datang 1 family besar. Amik 2 bilik atas bawah, bukak la pintu tu senang nak keluar masuk kejap naik turun exercise.Heheh.

Bilik adalah luas. Nak sumbat 4 5 orang pun boleh ni. Tapi bawa la toto tebal sikit sebab lantai tu mai sejuk mencengkam tulang tido dikelilingi hijau ni.

    Bathroom pun luassss nak mandi berjemaah buat party buih pun boleh ni cumanye takdak bath tub 

Fefeeling mandi dekat kampung 

Ini lah balkoninya. Kipas pun ada dekat luar ni. Sekali sekala kita kene sedut udara fresh.

Kan B kan  kan kan .. ni kire rangkum skali la alang-alang tu birthday kita due punya treat. Haha.nak jugek.Kata tahun ni tahun jimat cermat amalan mulia:)

View dari balkoni luar pintu masuk. Sebelah tu wooden villa tu view die superb sikit yg tu sebab nampak la air2 mengalir tu tapi dak reception tu kata saya bagi akak villa sebelah lah sebab yang check in villa tu 1 family reramai, nanti tkt akak tergnggu bising. Oh, tq very much la dik sbb we really need that ketenangan:)

Bilik A3 Wooden Villa belah bawah tu. Hai lah..tenang!

Disebabkan muka sembab giler pagi tu dan malas nak keluar breakfast luar nti dah nak check out so, N kate kat cik B..meh kite dengan baik hatinye nak belanje suami brekfast di balik kehijauan.

No buffet breakfast.Ada beberapa pilihan set breakfast dan sekali dengan cereal kalau nak. 1 set RM15. Alhamdulillah kenyang dan gembira perut. Cafe start from 830am.

Close to nature. nak mandi boleh tapi on your own risk yea. Sungai die macam best je nak celop tapi banyak batu-batuan. Jadinye kita ambil gambar je. Tahun lepas datang, belum ada lagi tangga hat gini.

belakang tu is Honeymoon Villa. Memula masuk juge dalam kire2 nak book yang ni ke tak sebab memikirkan hanya short trip, rugi la pulak. So, kite amik gambo depan die je la.Kalau taknak stay dekat chalet boleh juge stay di hotel dekat bangunan belakang tu.Boleh refer gambar last sekali dalam entry ni for detail.

Haritu kami stay dekat Deluxe Villa yang belakang nun tingkat atas. Nice jugak stay situ cuma tak dak balkoni face the hutan dan sungai lah. Kolam hat ni selamat sikit nak buat mandi manda celop-celop. Mesti sejuk airnya kan. Fresh dari Bukit Larut. 

Of course lah, kami totally in love again and again dengan Sentosa Villa Taiping!
Greeennn...Tenang...Freshhh..SubhanaAllah..

Setakat kami ada di sini, tak pernah lagi lah kene gigit serangga ke nyamuk je elok je. Macam lupa plak duduk dalam kawasan hutan comel ni. So, it save!

Segala detail dan room rate dah sesiap ni ha untuk korang. Kalau berkenan, zasss buat booking tau.
Kalau nak tahu rupa bentuk setiap villa tu boleh ke  www.sentosa-villa.com.

Selamat bercutiiiiiiiii~


Klik sini untuk cerita Taiping Tour.

2 comments:

MrsEnoxis said...

InsyaAllah nak ke Taiping nanti. Villa ni salah satu option kitaorang. X sabarnye..cantik sangat tempat dia..

Azhafizah Md Nor said...

bestnya dok villa dengan view macam ni. Rasa nak pacak rumah dok sini hari-hari kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah