CHERITERA KAMI...: Resepi Homemade ShellOut Sedap Pedas

Aug 25, 2017

Resepi Homemade ShellOut Sedap Pedas

Kemain lagi tajuk tang sedap tu. Yakin ke sedap tu??Hahaha.Ni nak share dulu resepi ni bagi korang cuba lepastu try sendiri sedap ke idak. Resepi asal kite follow dari akak blogger pakar masak2 kite , Kak Ita. Selalu kalau tengok resepi Kak Ita ni macam nak cuba tapi bile tengok bahan dan step2 nye terus macam...mmm..mmmm. Haha.Rajin ke idakk je kan. Semalam pun masa sesi menggoogle cari resepi ShellOut ni pun memula memang jumpa la resepi Kak Ita ni. Pastu macam cari lain la. Dekat FB dgn IG kite dok godeh2 cari. Nak yang bahan tak payah nak pelik2 sangat dengan step paling mudah. Tapi lepas tu..mm..sedap ke tak eh kalau yg buat ikut cara ni.Hahah.

Walaupun yang nak makan tu laki bini je pun. Tapi sebab atas permintaan sang suami la ni, kite neves la takut tak sedap dah la nak buat lauk berbuka. Kang sedihh hati sang isteri misal kata tak sedap tak menjadi ShellOutnye kan. Jenuh nak  kasi perabih.

Last2 tengok balik resepi Kak Ita ni, bahan-bahan dia takde la susah pun ada je la banyak kt rumah tinggal beli bahan basah, daun kari, sayur sikit. Ok la..kita try la resepi Kak Ita ni tapi kite tak ikut sebijik sejibun sangat.

Seafood jangan di lupa. Ni total N beli dekat Kuala Perlis RM17 (Mentarang, Kerang & adik bradik Lala). Lepas tu tambah Udang sikit ada beli semalam dengan sayur-sayuran Carrot & Brocoli. Jagung takdak pula dekat market. Kita guna apa ada je lah. Semua bahan-bahan utama ni direbus/dicelor separa masak sebab nanti nak kacau sekali dengan kuah.


Cili kering tiada dalam gambar sebab tengah rebus. Guna la dalam 20biji cili kering atau lebih kalau nak pedas. Memula N guna 15biji je lepastu masa tumis N tambah lagi 3 sudu besar stok cili kering yang memang dah siap blend. Dalam gambar ni - Udang kering, halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih dan belacan. Blend semua sekali dengan air dan sedikit minyak.


Serai dititik. Daun kari tu buangla dari tangkainya.Bawang merah, bawang putih, halia dengan cili padi dihiris. 


1 1/2 sudu sos tiram, 1 1/2 sudu sos ikan, 2 sudu rempah kari ikan, sedikit lada hitam dan kiub ayam, garam dan gula


Cara-cara memasak (takda gambar, takdan nak ambil) :

1. Tumis sedikit butter dan minyak bersama bahan tumis sampai naik bau
2. Masukkan bahan kisar sampai garing. Kalau pekat, tambah air
3. Masukkan bahan perasa
4. Perasa kan kuah mana garam takyah buh banyak sebab dah ada sos ikan dgn sos tiram tadi, gula kalau pedas sangat.
5. Gaul dengan bahan-bahan utama yang telah siap direbus/dicelor.
6. Siap untuk di hidang!


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senyum sampai telinga.haha~


Selamat mencuba uols:)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah