CHERITERA KAMI...: Armenian Street Heritage Hotel Penang

Jul 27, 2017

Armenian Street Heritage Hotel Penang

Penang memang banyakkk hotel tapi kene ikut kesesuaian bajet dan plan kita macam mana lah. N jenis yang tak suka habis masa atas jalan dengan jem nak cari parking bagai. Rugi la bayar duit hotel tu. Kalau banyak masa dekat luar kita stay dekat hotel yang bajet janji selesa kan. Kalau banyak masa nak relax santai dekat hotel boleh stay yang mahal sikit.

Disebabkan trip last minute haritu bertemakan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) jadinya kami book hotel yang bajet sahaja. Go thru review sikit tengok ok, terus book. Masa otw dalam train tu baru study pasal nearest attraction dekat dengan hotel itu. Dan Alhamdulillahhhh sangat sebab hotel kami book ini sangat banyak tempat-tempat yang walking distance sahaja. Jimat duit tak perlu bayar uber/grab car.Hehhe.

Reception Area


Lobby Area

Simple sahaja dalaman hotel ni tapi nampak elegant, classic dan heritage. Yang best bahagian lobby ni ada convenient store 24hours senang la rasa lapar je nak beli maggi ke jajan , air, roti. Then sebelah tu ada kedai art and souvenirs.

Ada perkhidmatan sewa basikal juga depan hotel ini. Tapi xstudy pulak macam mana sistem sewanye.

Jom masuk bilik. Tadi berlengas kan dah berjalan makan Ais Kepal dengan Nasi Kandar Ramzan. (klik SINI). 

Superior Double Room..simple je biliknya. Tapi selesa.Cumanya kalau nak iron kene request dekat reception dan takde bantal extra disediakan. So, korang kene request jugak.

Bilik air bersih, toiletries lengkap, air pun laju

Sangat the english kan. Macam rumah agam pun ada. Bawah tu direct nampak reception/lobby. Telefon takde dalam bilik tapi disediakan di koridor. Agak-agak malas dial,korang jerit je ke bawah tu.Hihihi..

Armenian Street Heritage Hotel

Lebuh Carnavon , Georgetown, Penang
04-262 3888

1. 5minit  ke Nasi Kandar Beratur (walking distance)
2. 5-10minit ke Street Art Penang (walking distance)
3. 15minit ke Roti Canai Transfer Road (walking distance) 
4. 5 minit ke Deen Nasi Kandar (by car)
5. 15minit ke Menara Komtar (walking distance)

Banyak jugakkan tempat2 menarik yang berdekatan. Ini antaranye lah tak habis pusing dan study lagi. Next time kalau nak JJCM memang hotel ini akan masuk dalam top list lah. Ada lagi 1 hotel Armenian Suite Hotel , hotel adik bradik la ni. Dah kalau nama Suites tu mahal la sikit jarak dalam 5minit je dengan Armenian Street Heritage ni. 

Oh ya..harga per nite RM104.72 9(xbreakfast) tapi tapii kami  lupa kami beli dekat web mana. Rasanya Traveloka kot. Transaction dekat dalam bank ada tapi cek dekat setiap travel web tu takde pulak jumpa.Huhuh.

Yeahhh..last minute trip JJCM Penang, berjaya!:)


1 comment:

idzwa kamaruddin said...

luar nampak buruk tapi dalam cantik ehhhh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah