CHERITERA KAMI...: Jalan-jalan Sungai Petani

May 23, 2017

Jalan-jalan Sungai Petani

Masa minggu cuti Hari Pekerja haritu kami plan nak p melawat kawan dekat Sungai Petani. Cuti tapi nak jalan tapi malas nak check in memana sebab peak season kan. Tu yg plan pergi rumah bff sorang ni tdo 1 malam. Alang-alang tu nak lajak sekali pergi jalan ke Pantai Merdeka.

Dari Perlis ke Sungai Petani dalam 1 jam setengah Dari Sungai Petani pula nak ke Pantai Merdeka lebih kurang 40minit. Asalnya plan nak bawak bff ni dgn anak2 die p skali tapi dah yg anak tu pulak tak sihat. So, kami pun lajak terus la ke Pantai Merdeka dulu sebelum p rumah die. Dalam waktu Asar camtu kami sampai di Pantai Merdeka. Cuaca tengah panas tapi nasib baik angin laut tu ada. Dinasihatkan kalau nak mai sini datang pukul 6petang camtu baru redup sikit budak2 pun main syok. Ada plyground, orang jual memacam la mainan kereta control sabun tiup-tiup tu. Ada yang piknik juga. Tempat makan pun banyak cumanya dekat sini tak boleh mandi lautnya sebab die takde pantai. Cuma boleh menghayati keindahan dan kenikmatan bayu laut. Dari sini pun boleh naik bot ke Tanjung Dawai  dekat seberang tu memang boleh nampak dari Pantai Merdeka.tapi haritu kami tak p pun. Takut pula kes yang dulu penumpang Cina tu lemas kan. 

Kami just dok makan minum lepak santai je di situ.

Medan Selera Pantai Merdeka. Ada 16 buah kedai. Yang meriah ada ABC popular ABC Gunung Jerai, ABC Cornetto tu semua belah sana yg ramai orang tu kedai no 14, 15 dan 16. 

Dah sampai, mestilah nak merasa jugakkan. ABC Cornetto dan cendol. Sedappp! Laju jugak menghabiskan mungkin sebab panas dahaga. Aiskrim tu semua licin ok. 

Nasi Goreng Udang. ada 2 ekor udang besar tu. Not bad rasa. Kiranye dekat sini makanan memenuhi citarasa la.

Dah kenyang perut bergumbira, kami lepak tepi tembok tu. Hati-hati bila di sini keselamatan atas tanggungjawab sendiri. So, tengok2 la anak-anak tu jangan kang ada tergelincir jatuh ke laut pula. 

 Ku ukirnamamu di awang Gunung Jerai..Di situ Tanjung Dawai..Cinta Kita di Pantai Merdeka

Esoknya lunch , tuan rumah bawa makan tempat best. Restoran Bawal Padang Tenusu. Suka tempatnya sebab selesa, besar dan bersih. Servis pun bagus.

Asam Pedas Ikan Sembilang. First time makan, sedap dan pedas. Dihidangkan dalam claypot so makanan keep hot sampai habis makan jadinya selera tu menjadi-jadi terpaksa minta nasi tambah.Hoho.

Ikan bawal goreng garing , ayam goreng berempah dan paku pakis goreng belacan. Semua is SEDAP!

 Lokasi restoran otw dr SP ke Pantai Merdeka tepi kiri jalan besar  dan sebelah kedai jual kereta.

Sempat pulak tu pergi singgah beli lemang Pak Teh depan je sikit dari Restoran Bawal tadi. Memang lemak dan fresh lemang die tak berkerak pun. Makan dengan durian udang merah dan serunding. Perghhhh!

maveles sangat ni:)

So, korang mai Sungai Petani kene try makan dekat tempat-tempat ni tau. Tapi kalau tak kene selera jangan marahhhh;p

2 comments:

idzwa kamaruddin said...

Amboiiii makanan diaaaa....aaaa...terliur nyerrr !!!

Ida Puanstoberi said...

semua nampak sedappppp...huwaaa....
nanti nak pi utagha plak lah.. bawak dak rizq jalan2 pi sana :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah