CHERITERA KAMI...: Restoran Mee Rebus Azmi Perlis

Feb 7, 2017

Restoran Mee Rebus Azmi Perlis

Lama tak story pasal jalan-jalan cari makan. Sepanjang dok dekat Perlis ni banyak jugak kot tempat makan yang kami dah terjah. Tapi ada banyakkkk lagi yang belum terjah. So far pergi mostly sedap-sedap belaka. Yea.. Perlis kaya dengan makanan yang sedapppp dan murah. Jadinya silalah risau sebab berat badan anda mesti akan bertambah dengan jayanya. Hahaha.

Tempat yang kami pergi ni jumpa hasil google. Selalu je lalu jalan tu tapi tak pernah terperasan pun restoran ni. Kalau dari Kangar ke Restoran Mee Rebus Azmi ni adalah dalam 15minit.

nasib baik pergi restoran ni sebab N mencari Wahyuni Spa tu dari awal pindah tak jumpa. Sekarang dah tahu kat mana, cuma pergi je belum lagi. Dah lama tak rasa badan dimanja2kan dah rasa lenguh-lenguh jugak ni. Lepas berSpa, sebelum balik singgah makan pula. Sesuai sangat kan!:)

Mee Rebus ni sedappp tapi manis sikit tapi sedap kene la tekak kami. Nampak tu ada paru kesukaan kita. N agak kurang dengan Mee Rebus tapi kita boleh habis kalau makan yang ni.

Nasi Arab Cikgu Mi terpaling WIN! Wajib cuba kalau mai sini. Nasi Arab Melayu kiranya sebab rempah tak kuat tak cepat muak kene dengan sambal +bawang kobis tu adodoiiii terliur plak kita sambil menaip ni. Jujur kata kalau time lapar ni laju je habiskan sorang. Nasi tu pakai beras Basmathi kan lagi la die sebutir-butir sedap je kunyah takdak bau rempah kuat.

Ada lagi menu-menu lain tapi yang ni kami selalu order kalau mai sini. Kalau datang tu konon nak try lain tapi balik-balik order menu yang sama sebab sedap. Nanti dah pindah rumah baru ni lagi dekat dengan Restoran Mee Rebus Azmi ni ahaaiiiii siap sedia la.

Cikgu Mi ni juga ada buat kelas masak memasak tau. Tengok je sempoi orangnya tapi ilmu masakan penuh di dada. Ada waktu-waktu kelas nya. Kadang-kadang tu die mengajar je dekat restoran tu macam mana nak buat mee kuning sendiri. Yea..mee kuning tu die buat sendiri. Jadi sihat wwalafiat la kita makan takde asid pengawet tu. Tu yang tambah selera jadinya kan.

Ni ada no contact Cikgu Mi dengan alamat sekali Type je dkt waze tu insyaAllah selamat jumpa nnti.


Restoran Mee Rebus Azmi
1-G, Jalan Arau-Kodiang, Taman Utara Fasa 11
012-514 5788

1 comment:

idzwa kamaruddin said...

Aduhaiii jauh nyer nak kene pegi try ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah