CHERITERA KAMI...: Taiping Tour

Jan 2, 2017

Taiping Tour

Taiping tour ni masa New Year 2016. Sayangnya sebab byk gambar gone handphone rosak nasib baik ade yg sempat masuk dropbox ada yg dh post kt fb.. jadi la buat kenang-kenangan. Tu yg nak pos mcm xnak tapi mcm syg la klu xpost sebab taiping is awesome!

So, jadinya sempena new year 2017 ni mengabdikan kisah new year 2016 setahun yg lepas. Hahaha..

Bila sebut pasal Taiping je dah terbayang Tasik Taiping yang popular dan cantik itu tu main point nya nak pegi Taiping xtahan tengok nature cantik dekat sana plus aktiviti wajib jalan-jalan cari makan.
Jom cek ape yang kami buat 3H2M di Taiping.

Sesampai je di Taiping ktorg nampak signboard besar dan banyak pasal Spritzer EcoPark. Terus masing-masing macam eh jom la singgah tengok ape yg menarik sebab awal lagi pun nak check in.
Sprtizer Ecopark terletak berdepan dengan kilang Spritzer. Korang follow je sign dia memang kawasan die ke dalam.

Sprtizer Ecopark Taiping (gambar dari FB Spritzer Ecopark). Masuk adalah percuma kalau korang just nak jalan-jalan dalam tu. Kalau nak main mini-golf tu kene la bayar. Ada juga cafe nak lepak santai dan kedai Sprizer juga. Selain tu boleh join tour dalam kilang Sprtizer. Ada waktu-waktu nya boleh check di kaunter keyh.

Ala-ala sweet romantik korean tempat nya utk photoshoot. Ada heart lock corner tepi tu. Memang ktorang just amik gambar je la dekat sini.Operating Hour : 9am-9pm daily

Konon nak p lunch steambot bomba tapi petang baru bukak. So, kami mkn je nasi campur dekat foodcourt tu. Lepastu terus p check in. Dkt mana??

Sentosa Villa Taiping

Sangattt tenang aman damai nyaman dekat sini lagi-lagi belakang tu je dah Bukit Larut sejuk angin die tu bygkan lah macam mana dengan ade pulak sungai, kolam itik, kura-kura. Ape ntah lagi byk la naturenya.

Dari jendela bilik..mendamaikan! Gambar dalam bilik gone. Cari2 xjumpa. Korang boleh tengok dekat website die. Ada banyak pilihan bilik. Yg kami duduk ni Deluxe Room RM248 per nite xde breakfast.Bilik sangat luas dan selesa.

Sekeliling hijauu hijau dan hijau. Ada tempat BBQ..ada mini playground ni. Kalau musim durian boleh makan durian. Sebab xde breakfast kami g sarapan dekat foodcourt di kaki Bukit Larut. Hajatnya nak naik Bukit Larut tu tapi masa pergi tu tutup la pulak. Kita pekena Roti Jantan kaw gitu.

Malam kedua kami stay dekat Flemington Hotel betul-betul mengadap Tasik Taiping. Amik bilik yang biase je tu pun dah nak full new year kan.
view dari rooftop Flemington Hotel. Cantik kan! Dekat rooftop ni ada swimming pool.

Lepas breakfast excersice pusing tasik

Percaya ke dpt pusing habis?Setengah pun tak sampai ni. Besar sangat dan cantik. Sesuai la org photoshoot, piknik dan aktiviti sihat. Sentiasa ada je la orang beraktiviti dekat sini. Malam pun ada lampu-lampu kedai-kedai kecik jual tepi tu. Memang main attraction tasik ni.

Kan awal tadi cari yong tau foo bomba..mlm tu pergi cari jugak.alhamdulillah..memang sedap la kuah dia superb!nama kedai yong tau foo seri kenangan. Yang bomba tu sebab foodcourt ni belakang bomba Taiping. ha..dah tau kan landmark;)

Must try jugak ni makan atas sungai beralun-alun sambil tunggu makanan. Order ketam lembut popular dish. Memang sedap!Restoran JS Muara Kuala Gula

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang dilupakan jangan. Gigih pergi lagi sekali sebab hari pertama pergi tutup. Makan kt kedai dekat situ tak sedap. Alhamdulillah makan dekat Mak Jah ni kene tekak sedap! Nampak udang tu berekor2. Dekat sini pun ada banyak lagi makanan lain.

Ada juga try Doli Kuetiau Goreng tu, bagi kami biasa-biasa je. Cendol pun popular jugak dekat Taiping ni ada banyak Cendol Ansari dengan Cendol Bismillah. Try la nnti k.

Haritu kami lajak sikit ke Ban Pecah,Tanjung Piandang. Lalu antara laut dan sawah padi. 

Kalau tak pernah datang Taiping, silalah masukkan dalam list tahun ni. Bandar warisan yang banyakkkk tempat menarik dan cantik dan utk food lover jugak:)

4 comments:

mama tisya said...

damai and tenang je tgk view kehijauan tu..pernah mkn mee udang makjah yg dkt area wangsa maju tp xsedap...dh tutup pn restoran tu..tp org ckp kalo mkn yg ori punya kt kuala sepetang sedap

idzwa kamaruddin said...

Adik..awak tahu tak..akak dah niat 2017 ni nak jejak taiping..kekeke..so akak buat entry awak ni rujukan lah ye...akak nak pegi kamalodge tu..

Zie Azi said...

mee udang tu nampak sedap,

Ida said...

Ok masuk list hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah