CHERITERA KAMI...: Jadi Orang Perlis

Jan 4, 2017

Jadi Orang Perlis

Dah habis godeh gambar, kira cincai habis la kot hutang nk cerita kisah-kisah throwbackkk. Jadinya, N rasa dah sampai masanya untuk share dekat sini kisah kini dan akan datang. Akan datang tu tak tahu lagi la ape kisahnya tapi boleh agak tahun ni kami banyak berhibernasi je dekat sini , aktiviti cuti-cuti Malaysia yang selalu tu mungkin kene freeze la buat sementara waktu sampai diberitahu sebab orang sebelah bzios tahun ni.Dah hint-hint dah tu sesiap kt kita, jadinya kita pun al pasrah wal redha je lah. Nak komen byk pun tak boleh, kang kata nak cuti situ la nak pergi sini nak beli itu ini so kenelah kerja keras katanya.Baikkkk...moga murah rezeki selalu.Amin~

Makanya, untuk mengelakkan blog ini sepi dan sunyi diam membisu takut nanti korang konpius la lepas-lepas ni N asyik cerita pasal Perlis je. Mai la nak habaq yang kami dah hampir 8bulan dah jadi orang Perlis.8 bulan dah eh, kejap btl masa berlalu. Rasa mcam baru je sibuk nak pindah kemas angkat barang bagai.Huhuh.

Gambar pertama di rumah baru kami. Bukan rumah sendiri pun, rumah sewa je.Hehhe

Kenapa Perlis?Itu soklan glemer setahun ni.Siap dengan muka terkejut dan macam tak percaya nak pindah Perlis. Kami pun sampai sekarang kalau di ingat-ingatkan masih tak percaya. Tapi percayalah setiap kehidupan kita adalah aturan terbaik dariNya. Memang tak terjangkau dek akal nak pindah jauh sampai ke Perlis tapi alhamdulillah lah nasib baik Perlis masih semenanjung lagi buat nya ke Sabah Sarawak atau luar negara ka.Jenuh!So jawapan pada soklan tadi kenapa Perlis?Anggaplah ini sebagai rezeki dariNya untuk berbakti pada orang Perlis😍

Best x Perlis?Kalau rindukan ketenangan nak lari dari kesesakan kereta dan lalulintas tu memang sinilah antara tempatnya.

Nampak ni siap berdiri tengah jalan amik gambar.Heheh.

Jaranggg sangat jem dekat Perlis ni. Kalau pun jem kadang2 hari Jumaat ke time ada pasar or cuti sekolah. Macam cuti sekolah baru ni memang perasan la tetbe banyakk je kereta dekat Perlis ni.Huhu. Ramai jugak orang sini yang bawa motorsikal.Disebabkan mostly penduduk sini kerja sendiri so memang takde ape nak dikerjakan kalau macam dkt KL tu masing-masing nak cepat. Traffic lite tu baru kelip hijau kereta depan lambat jalan sikit dah kene hon kan. Di sini semuanya slow and steady. Kdg2 tak steady jugak sbb mmg menguji kesabaran.Hahha.Motor tu dah la slow tgh jalan pulak. Haa..awal-awal ritu la emosi terganggu sikit. Sekarang ni ok dah. Kadang-kadang tu kita follow je die malas nak potong.Bila xde jem, jimat minyak. Isi full tank kereta tu seminggu kdg tak habis kalau setakat jalan sini je.

Nat pertama yang kami pergi. Nat ialah pasar pagi orang sini panggil. Hari-hari ada nat dan pasar malam dekat Perlis ni. N dah save sesiap jadual die, Hari ni pergi sini sok pergi situ pulak. Kadang malas pergi jauh, pergi pasar basah je.

Heavennya dekat sini barang basah murah dan fresh. Rambang mata kite nengoknya sampai tak tahu nak beli yang mana. Ikan kembung kecik-kecik tu berlambak jual RM6 sotong sepinggan RM10 udang besar2 tu RM20.Memang jimat la duduk sini. Lagi-lagi kami berdua ja. Malas masak kdg tak tahu nak masak apa, p makan kedai pun sama murah jugak harga. Dah beberapa orang luar la mai cuti sini kami borak2 kata makanan sini murah. Memang murah tak tipu.

Ni jalan nak pergi Giant. Giant dok sebelah kiri. Nak g Giant pun melalui ketenangan.Giant ni lah satu-satunya hypermarket dekat Perlis. Baru je bukak awal tahun lepas.Sini popular dengan CMart. 

Di Perlis takdak shopping mall. Padang Besar tu lah kira shopping mall.Ada The Store tapi biasa je lah. Dekat The Store tu ada Perlis Bowl kot nak main bowling tapi tak pernah pergi. Kalau nak tengok wayang kene p Aman Sentral dekat Alor Star nun. Heheh.Dekat situ boleh main bowling, shopping dekat Parkson Uniqlo bagai nak makan yang up up skit. Kalau tak, dok rumah diam diam jimat duit takda shopping. 

Sini KFC ada beberapa, McD ada 1 je, pizza banyak juge dominos, ayamas. Kira takdak la kuno sangat. Boleh lah kalau tetbe teringin nak makan fast food tu ada la. So, untuk yang kaki shopping tiap weekend kene ukur mall lepak Starbuck ke Dip n Dip ke bye2 la jawabnya. Starbuck paling dekat di Aman Sentral juge.:)

Bila orang tanya apa tempat best nak jalan-jalan kt Perlis memang susah nak jawap sebab sini tempat makan lagi banyak dari tempat jalan. Ada Gua Kelam, Padang Besar, Empangan Timah Tasoh tu je la kot yang glemer dengan p Kuala Perlis.N perasan selalu orang mai Perlis ni sebagai transit je la nak g Langkawi ke Thailand ke kan alang-alang berkampung la sehari dua dekat sini.

View sunset dari dapur rumah.SubhanaAllah~

Rasa macam dah panjang juga entry ni. Kalau cerita semua habis la idea. nnti sambung lg keyh:) 


4 comments:

Warisan Petani said...

Seronok duduk Perlis sebab barang2 keperluan harian masih murah.

idzwa kamaruddin said...

akak tak pernah sampai perlis!

Zie Azi said...

nmpak tenang & damai di perlis, jln pun tak jem, tak kejar2 nak pergi keje, tak spoil mood pagi2 elak jem, jimat pun jimat kan, xde tempat yg menyumbang habis duit..Allah dah aturkan yg terbaik utk kita, ada hikmah di sebaliknya duduk perlis tu..

FiZ aka Miss Pija said...

Welcome to Perlis. Walau dah 8 bulan menjadi Perlisian. Hehe. Perlis best kalau bab xda jem and alam sekitar. Bab shopping, memang kena kelaur Perlis la jawabnya. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah