CHERITERA KAMI...: 2017

Dec 4, 2017

2 bedroom hotel apartment di Kuala Lumpur

Biase nye setahun sekali N akan plan cuti2 dengan family. Tak p jauh pun, dekat2 je. Tapi tahun ni memang tak berkesempatan. Sebelum cuti sekolah haritu mak dok sibuk la suruh carikan hotel murah2 kalau boleh yang ade 2 3 bilik tu. Sibuk nak bawa cucu2 mandi kolam nak tidur hotel.Hehehe.

Hotel ni mak la yang jumpa cari ntah macam mane ntah tengok iklan ke ape. Sebab hotel ni hotel lama N macam tak rekemen la. Baca review pun macam 50/50 juge. Tapi kebetulan kawan kakak baru je lepas check in hotel tu and die cakap ok. So, family cakap takpe book je la. Tugas book ni memang kite la jawabnye. Walaupun tak pergi, kite jadi tukang book. Hahaha. Call hotel nak book direct, hotel suruh book thru online. So, N book via booking.com pay at hotel. Pesan dekat family nanti amik gambar banyak-banyak jgn lupe. Banyak kali pesan ni sebab biase tukang amik gambar pun kite la jugak. Kuikui. Nasib la ade juge gambar yang family share. Okla juge tengok dari gambar dan family pun cakap ok besar biliknya.

Book 2 bedroom apartment, type ni yang paling besar dekat hotel ni dan specialnye type yang ini sahaja boleh masak. Suka la mak kite sebab die dah prepare macam-macam makanan nak masak nasi lemak la ape la. Tau anak cucu dok hotel memasing lapar sentiasa.

Living hall besar boleh bentang toto tidur berjemaah

Ruang makan. Nenek bz aih;p

Gambar dapur diorang tak amik tapi lebih kurang macam ni la N google je.Hahha. 
Ok kan boleh masak.

Master bedroom - Besar dan bercarpet bentang je alas golek2 atas ni.

Takde pula gambar bilik no 2 tapi kecil sikit la dari masterbedroom  Bilik air ade bathtub. 

Ni yang ditunggu budak2 nak mandi kolam hujan hujan pun mandi juge. Gambar ihsan Google:)

 View dari jendala tingkat 19. Dekat je dengan KLCC.

Hotel ni dalam 15minit je dari rumah. Dokek sangat. Kakak ahad pagi tu die keje sekejap. Sempat la berulang hotel office, mak pun dan balik rumah sat.Hahah. Macam-macam. Eh, tak lupa habaq nama hotel ni The Zone All Suites Residences on the park Kuala Lumpur. Huisshh..panjang nau namanye.

Harga via booking.com RM320 sahaja no breakfast. Jatuh kategori murah lah kan unuk hotel di tengah Kuala Lumpur 2 bilik yang besar dengan dapur yang boleh masak lagi. Hotel hotel lama atau senior je yang provide faciliti macam ni. Hotel baru banyak yang studio type  dan harga pun hurmmm fikir banyak kali nak book.
 

Nov 20, 2017

SSF :Tempat shopping barang rumah menarik

Salah satu masalah bile dah stay di Perlis ni kekurangan sangat tempat shopping yang best untuk barang-barang rumah. Contoh macam cari perabot yang in trend ala scandinavian ke yang cantik di mata dan affordable dan banyak pilihan. Merata cari memang tak jumpa. Kedai perabot tu ada la tapi tak banyak pilihan. Boleh kalau nak beli online tapi kalau sofa/kerusi tu lebih afdhal kirenye kite dapat rasa sendiri keselesaan sofa atau kerusi tersebut sebelum membeli kan. Yang melibatkan duit yang memang kita guna memang perlu cerewet. Walau kite tak berapa gemar orang cerewet nau.Hahaha

Nasib baik ada SSF dekat Alor Setar. Nasi baik dekat la juge kalau tak mau stress mak. Stress weh sebab sejak menjak memegang tittle 'suriram' ni die jadi amik kisah particular sangat pasal hias deco rumah. Lagi lagi sekarang ramai yang share idea deco superb. Paling tak sikitttt tu kite mesti terasa nak juga deco rumah kan walau rumah sewa sajo walau pun deconye simple je janji sejuk mata memandang.

Satu lagi tabiat kalau mula tangan gatal nak alih-alih perabot dalam rumah confirm lepastu ade je la nak membeli sesuatu buat tambahan. Nampak kosong la nampak tak kena la. Hahaha nasib la laki kite jenis melayan. Lagipun sejak duduk rumah yang sekarang ni boleh kata ramai juga la orang datang menziarah so kite pun nak bagi tetamu selesa juga. BIG POINT!;)

Awal bulan haritu kami pergi lagi ke SSF ni dah masuk kali ke3 kot setakat dok Perlis ni. Bahaya pergi selalu sebab harga di SSF ni boleh tahan juge. Setiap kali pergi lupa nak ambil gambar sebab ralit tengok barang.Dia tak macam IKEA ada harga yang ekonomikal sikit ade promo certain barang ade "As Is" la kan. Time birthday month dapat 50% diskaun tapi masa birthday tu tak rasa nak membeli. Memang pasrah je pergi kali ni dengan harapan barang yang berkenan tu harga mampu milik.

Berderet pilihan kerusi. Rambang mata!

Geram je tengok. Nasib la tak sesuai untuk rumah sewa comel kami. Plus laki den pun tak kenan hat ni.Huhuhu..

Ni kene la tema scandi kan tengah trend. Tapi tengok la harga tu. Itu harga Member Price. Normal price tambah la lagi RM70++

Kalau tema rustic ni nice juga. Seketul side table ni pun dah harga kelip kelip mata.

Yang bestnye SSF ni tema die bercampur, nak classic moden exclusive scandi memacam ade dalam 1 tempat. Ni baru hat kedai besar ni kalau yang besar punya lot lagi la pening berpinau mata. Dekat utagha ni cawangan paling besar di Anson Road Penang. Kalau di Malaysia ni dekat KL la.



Selain perabot ada juga artifical flower, pasu,lampu, barang hiasan, pingan mangkuk, storage, langsir semua la in one stop ni. N tanya ritu kalau beli banyak dan barang besar nak delivery cas dalam RM180  ( Alor Setar - Arau) . Kalau pembelian RM5000 ke atas, Free delivery. Masa dekat kL, N p sekali je sebab time tu takde keperluan dan keinginan la ni dah duduk sendiri macam macam la keinginan jadi keperluan tu kan.Kihkihkih

Rezeki kebetulan tengah on Season of Celebration diskaun sampai 60% sampai 30hb ni. Dapat lah bernafas sikit masa bayar tu. So, siapa yang tengah set up rumah tu mungkin korang boleh try cuci mata dekat SSF pula. Mana lah tahu ade yang berkenan. Servis pun bagus staff sentiasa membantu. 

Kalau tak segan, nanti kite share hasil deconye. Haha. Bunyi macam yo yo je deco;p

Nov 6, 2017

Cawangan Mira Cake House di Kuala Lumpur

Lepas ni tak payah susah-susah cari atau p sampai Sarawak nun nak beli Kek Lapis Sarawak original dan sedap. Orang semenanjung dah boleh mai Kuala Lumpur dah nak shopping kek lapis Mira Cake House ni. Satu-satunya cawangan di luar Sarawak. Siapa yang biasa, memang tahu la kan kepopularan kek lapis Mira Cake House ni. N pun pernah sekali je beli masa p Kuching dulu. Nak baca pasal cuti-cuti Kuching, klik Sini

Selain dari kek lapis, ada juga dijual belacan Sarawak, biskut dan lain-lain. 

Ini yang dikerumuni lepastu pening nak pilih mana lepastu test lagi rasa tanya lagi dekat staff tu, yang ni nama ape eh.Hahaha.Mau dekat 4 5 kali tanya untuk kek yang sama. Surprisingly harga dekat sini sama je harga dengan beli di Sarawak. Minimum RM10 tengok jenis dan size. So, korang boleh feeling shopping kek lapis Sarawak tapi di Kuala Lumpur la gitu.  Cumanye, pilihan tester tak banyak macam di Kuching. Yang tu lagi berderet panjang makan tester je dah kenyang.

Ada dalam 30pilihan kek yang tersedap diorang jual di cawangan Kuala Lumpur ni. Maknanye, tak semuaaa jenis kek yang dekat Sarawak tu dijual di sini. Yealah, mungkin faktor kekangan tempat dan staff. Banyak kot kek ada berapa ratus jenis kalau semua sekali tu.Yang 30 ni pun pening dan tak semua 30jenis ni depa letak dekat tester. Diorang tukar-tukar la sat buh yang ni, sat buh yang tu pulak. Terngiang-ngiang pula rasa ke'moist'an kek ini.


Dari KL nak balik Perlis ritu, saja la bukak order, tak sangka ade yang nak pesan sama. Ada la dalam 13bekas juge beli. Dapat FREE 1 sebab pembelian 10bekas percuma 1.Hehe. Tapi lupa nak extrakan untuk diri sendiri. Hahaha. Nasib baik dah kenyang makan tester. Takpe nanti balik KL, terasa nak makan, zass je p beli. Kot ade orang Perlis yang baca entry ni, kalau nak order ke kami, boleh la email. Bebila kami balik KL, boleh belikan:)

Senang je nak cari tempatnye. Dah ada dalam google maps. Korang search je. Rumah lot tepi jalan utama dari Bengkel Mara/ Datum menghala ke AU2

Mira Cake House
No.9, Jalan Enggang, Taman Keramat, KL
016-858 6364



Nov 1, 2017

Tempat makan menarik di Langkawi

Bulan Feb 2017 pergi Langkawi, bulan Mei 2017 repeat lagi sekali stay di tempat yang sama De Balqis Tanjung Rhu . Tak menahan dok teringat je ketenangan di tepi laut, tu yang p lagi. Tu la last sampai la ni, xdak repeat lagi. Kite tunggu tuan boss kata On, zasss kite siap!Kohkokoh (kenyit-kenyit mata sikit)

Disebabkan stay tempat yang sama, so takde la review pasal chalet tu korang boleh baca dekat link atas nun. Jadinya kami cari dan try pula tempat makan lain.Sesampai je dari jeti Kuah , hujan la pula. Tapi alhamdulillah plan nak lunch di Cenang cuaca elok sempat la singgah kejap jejak pantai Cenang. masuk 3 kali p Langkawi tak pernah lagi jejak pasir Pantai Cenang tu. 

Tengahari terik jadila amik gambar kejap

Plan lunch dekat Seashells Restaurant Cenang, tengok dekat FB dia kata pukul 12 Open, kami sampai pukul 1230 depa habaq pukul 1pm baru bukak. Ish ish ish. Tu yang lepak tepi Pantai Cenang dulu. Dah pukul 1pm p balik dekat Seashells Restaurant tu tengok dah start ramai orang. Sabaq je la. Dah sampai sini kene la feeling makan dalam pondok ala-ala tepi sawah. Nasib baik ada 1 pondok kosong lagi.

Seashells Restaurant Cenang

Tengahari memang panas la kan. Setiap pondok tu ada disediakan kipas takda la makan sambil kesat peluh. Pondok-pondok ni ada la dalam 7 unit macam tu so siapa cepat, dia dapat. kalau pondok penuh, korang boleh je makan dekat restaurant cumanye feeling tu kurang la yea dak.

Kami pilih set yang ini. Ada ikan, daging, ayam dan tak ingat lagi pilihan atau side dish lain. Semestinye kami pilih ayam!:)

Set Ayam Rendang. Memang banyak untuk 2 orang ni. Nasi tu macam nasi minyak sikit.Takda la umphh sangat sebab pakej sekali dengan sawah padi tepi pondok jadila macam sekali je la datang ni rasa cukup dah.

Itu main buildingnya. tak dapat makan dekat pondok, makan dalam tu. Ada persembahan tarian traditional lagi, terasa persis tourist.

Overall makanan ok ok je la. Actually pondok yang kami makan ni tak berkemas lagi, kami kene tunggu staff tu kemas. Die dok cakap la, staff yang keje malam tadi tak kemas sebelum tutup kedai tu yang rushing haritu. Kesian juge dekat adik tu tengok die yang kemas amik order kehulur kehilir. So, pengurusan kene amik serius lah tempat dah viral, kene la jaga elok.

Restaurant ni sebelah je dengan Muzium Laman Padi tapi kami tak pergi pun. Datang makan , dah kenyang terus ke Tanjung Rhu check in.Panasss!

Malam pula cari tempat makan malam yang lain dari haritu dekat Tanjung Rhu. Pusing-pusing akhirnya kami decide makan dekat area bulatan Tanjung Rhu. Kawasan situ ada beberapa kedai.

Kalau dari Tanjung Rhu amik nombor 2 tengok belah kiri, nampak kedai ni. 
Betul dah tu.Kedai tiada signboard.

Tomyam itu adalah sedappp!

Esoknya pula lepas check out mestilah mencari tempat lunch. Masa datang dah aim dah kedai makan ni sebab ramai dah orang review kebetulan memang lalu pun kedai ni.

Restoran Kak Yan Nasi Campur

Terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong kedai tepi jalan besar, senang nak parking. Memang ramaiii sangat orang stop lunch dekat sini orang luar mahupun orang tempatan.

Pilihan lauk yang banyak, ada juga bakar bakar. 


Inilah yang istimewa di sini, Kerabu Bronok.


Bronok ialah makanan eksotik di Langkawi tak semua kedai ada. Nak tahu macam mana rasa bronok ni, kene datang Restoran Kak Yan. Bronok adik bradik gamat dan cara masak tak boleh  dikenakan haba. So, menu dia ialah kerabu je la. Potong kecil-kecil campur sayur mayur. Hahah. Kami boleh menambah siap tapau lagi Kerabu Bronok ni. Kene la dengan citarasa. Tapi nak explain rasa macam mana tu susah. Korang kene try sendiri.


Oct 9, 2017

Aktiviti 2 hari di JB

Godeh-godeh folder gambar ada lagi rupanye cerita cuti-cuti yang belum share. Kisah bulan 3 2016. Setahun lebih sudah. Kalau tak share, rugi pula mana la tahu kot ade yg tetibe singgah sini nak cari info pasal JB ke kan.

Actually kami ke JB sebab ada undangan perkahwinan dari kawan sekolah N. Sejak hasben pindah semula kerja di KL dari JB , ada la dalam setahun 2 juga tak jejak kaki di sana. Dalam macam rasa bosan kononnye dengan JB (hahaha), tetap rindu juge sbab banyakkk sangat kenangan di sana.

Kami stay 1 malam dekat one of apartment 1 bilik, baru siap di Danga Bay.Booking melalui Airbnb. Keadaan dalam rumah ok je la. Dah banyak naik apartment dekat JB kan, so korang kalau datang JB instead of booking hotel, boleh juga try stay dekat apartment. Kalau in group ambil yang 2 3 bilik apartment pun jimat juge yea tak.

View dari balcony mengadap Selat. Penampakan banyak aktiviti penambakan tanah di selat ni. Dah tak macam dulu. Lama-lama laut pun dah tak nampak dari jalan besar tu.huhuh..

Malam pula singgah perkarangan Istana Bukit Serene ni meriah pula tengok orang lepak anak beranak ada air pancut tapi depan istana tu memang dikawal la ada polis dan guard. Boleh ambil gambar sampai dekat crown tu je.

Rasa macam puteri raja bermain di taman bunga istana pula

Dinner, kami jumpa dengan kawan-kawan lama cik B dekat Kilang Bateri. Gambar nan hado. First time la tu sampai Kilang Bateri yang digembar gemburkan. Kilang tu asalnya kilang eveready tak silap dulu masa cik B kerja area Kempas tu selalu la lalu lalang situ tapi tak sangka dah jadi tempat lepak lepak makan. Bagus la idea tu, ada macam-macam lagi dalam tu. 

Masa untuk check out.Ini area pool dekat apartment yang kami stay 1 malam tu. So, nampak tak kenapa iols setuju stay dekat sini. hahaha. Sebab ada port ambil gambar la;)

Next destination ialah Forest City

Masa ni baru-baru viral pasal Forest City. Memula ingat tempat ni dekat Danga Bay sebab orang komen kata dekat2 area Danga, rupenya tidak. Ada la dalam 40minit juga nak ke sini. 

Kawasan baru nak develop. Dekat dalam tu pelabur-pelabur China tengah bz nak membeli unit masing-masing sebab kawasan macam diorg tambak jadi ala2 pulau kecik so nanti naik la villa, condo untuk depa beli buat investment.Sape yg makin kaya? Huhu. So sad!

Macam Hawaii pula rasa tapi jangan berani pergi sampai ke hujung ni. Ni ialah tanah yang ditambak, kalau terbabas ke laut itu masuk selat terus la anda.Hohoho. Tapi ade security jaga, nampak je orang dekat-dekat ke hujung , die tiup wisel. Yang bawa, anak-anak sila watch out ok takut dah excited tu kang tak perasan plak.

Jinak-jinak belaka ni;p

Antara yang menariknya adalah swmming pool ni. Cantk landskap dekat Forest City memang macam Hawaii ade pokok2 kelapa tu tepi laut kolam mandi besar. Ceh..macam pernah pula pergi Hawaii ceritanye. Sebab tak pernah la kite rasa macam Hawaii.Hahaha. Tak pasti status kolam ni dibuka untuk public macam mana dan kene bayar ke idak.

Lepas dari Forest City ni terus gerak ke rumah abg ipar stay satu malam dekat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Home@11 yang cantik itu:)

Oct 5, 2017

Kejutan dari suami

Alkisahnya nak cerita kejutan masa birthday bulan 7 ritu. Hhaha. Dah masuk bulan 10 dah kan. Please jangan boring please.Teruskan pembacaan anda:)

Kita ingat suprise kek dan card tu dah cukup la kan. Yeala dah tua-tua ni xde la mengharap yang fancy mancy. Asal orang ingat, orang wish, kek sepotong ok dah la. hahah.nak jugek kek sepotong tu.
Dari cerita cik B, die pun plan last minute. Sebab hari Jumaat biasenye die habis keje awai before 7. So petang tu die pesan nanti malam tak payah masak kite makan luar special sikit. Bila die kate special sikit tu hint la tu. Yang isterinye pulak mula la dok tanya nak dinner mana?Tempat tu macam mana rupenye?Lampu malam ke terang ke outdoor ke indoor ke?Hahahha. Stress je laki kite.

Lepas Maghrib keluar la. Kali ni memang tak boleh agak dekat mana. Bile tiap kali masuk simpang ke corner ke kite jadi tertanya-tanya la dalam hati sesambil tu borak je macam biase dalam kereta. Pastu cik B kate, kene pusing-pusing dulu ni sebab macam awal pula dari waktu reservation. Haha. Saje la eh tak tahu ke kite nervous ni. Tempat tu takda la jauh pun dari Arau ke Kangar je pun tapi bila dah pusing pusing tu pasrah je la kite.

Bile dah sampai selekoh nampak bagi signal tu baru la kite tahu di manakah lokasinya. Turun-turun kereta sempat cakap lagi tu, kite buat biasa-biasa je tau.Hahha.Dia takut isteri die over expectation la tuuu. Kalau la dia tahu yang surprise ni pun dah lebih dari cukup.

Dah lama dah tak romantik dinner ni, segan pula kite orang tengok tengok.Ihihih..

Simple je deco die buh LOVE tu pastu tabur kelopak bunga bunga plastik. Tapi tetap nampak sweet sebab lighting dekat situ pun kebetulan malap malap mood romantika sangat

Birthday girl pilih Spagheti Carbonara. Tukang belanja order chicken xtau ape nama menu tu lupa dah la 2bulan kan dengan mushroom soup. Lepas tu lupa sedap ke tak sedap ntah sebab birthday girl ralit tengok orang depan sebab buat surprise untuk birthday girl

Requested by birthday girl la sape lagi. Waffle+Icecream. Tapi waffle tu macam biskut liat2 camtu jadi muak tapi habis la jugak. Dah lama tak men'dessert'. 

Yaa...surprise birthday dinner ni dekat Blackwood Coffe & Chocolate Kangar.Blackwood antara rangkaian restoran western yang agak terkenal juga la di belah utara ni. Di Perlis je ada dua. Tapi di Kangar ni paling cantik dan cossy setakat yang N pernah p dan tengok la. Yang di Kangar ni ali kedua kami mai sini. Kali pertama tahun lepas. Sebab harga agak pricey jadinya hanya bile rasa betul2 ngidam baru mai makan.Hahaha.

The awesome moment when someone is making an effort to make you smile an happy

Of course senyum sampai telinga dan happy tak sudah.Tqq kandaaa!! Saranghae~

Total makan dan cas deko tu tidak diketahui. Harap maap tak dapat nak kongsi. Tapi orang Perlis ke Kedah kot kalau mencari idea nak buat suprise ka nak buat special occasion ke boleh consider Blackwood Kangar ni dalam list korang. Parking senang, makanan boleh tahan, servis bagus,tempat nice owhh ada outdoor juge dekat rooftop. Cik B kata kalau tak ,nak buat dekat atas tapi sebab petang haritu hujan, so tak jadi. Takpe next time datang, kite makan dekat atas no.Hehehe.

Blackwood Coffee & Chocolate Kangar
Gallery 28 6/8, Persiaran Jubli Emas Perlis
019-630 7579

Oct 2, 2017

Restoran Authentic Thai di Alor Setar

Sejak duduk Perlis ni dah tak terkira berapa kali datang Alor Setar. Yealah Perlis setakat ni takdak shopping mall, so kalau boring ka nak tengok wayang nak ubah selera memang Alor Setar atau Aman Central Mall la jadi pilihan sebab itu yang terdekat kurang sejam dari Perlis.

Tapi bila dah selalu p Alor Setar, masalahnya tak tahu nak makan dekat mana. So, ada kawan la suggest 1 tempat makan authentic thai ni. Sedap katenye tapi harga agak pricey. N memang dah baca lah review die lama dah cuma tak berkesempatan nak ajak cik B try sini. Sempena menyambut ulang tahun ke7 kami, N ajak la cik B ke restoran ni. Sekali sekala makan malam yang exclusive la sikit kan.

Tak jauh pun restoran ni dengan Royal Signature Hotel yang kami stay tu. Dalam 5minit sahaja. Dekat sangat kan??

Medina Thai Palace (ihsan Google)

Bila masuk dalam restoran ni memang feel berada di Thailand tu terus merasap. Dengan dekonye, muzik background macam dekat spa, bunyi air kolam ikan tu lagi. Ha..sangat mendamaikan untuk korang makan bersama yang tercinta seisi keluarga.Hiperbola pula bunyinye meresap siap.Tapi betul tau, jujur tak tipu feeling tu memang ada.

Menu utama dah kalau restoran thai apa la maknanya kalau tak order tomyam. Dari warna tomyam tu pun dah menunjukkan tomyam itu kawwwww!

Sotong goreng tepung. Sorry,kureng!Orang Perlis lagi hebat belaka masak sotong tepung ni. Nak makan sotong tepung sedap, jemputlah ke Perlis;)


Masa dapat menu ni terkejut .Terkejut sebab macam salah je order.Hahah. Ayam Pad Phet ni ada satu sayur ape ntah dalam tu buat rasa die lain macam sikit. Sebab dekat Padang Besar pernah order sekali. Tapi tuela masa order dekat sini, lupe. Bile dah dapat tu baru teringat. Jenuh juge la nak menghabiskan. Tapi takdak la tak sedap, tekak masih boleh terima. Cuma kene makan slowww sikit.

Bagus servis di sini. Tanya je la ape pasal menu tu depa jawab , kita paham. Pastu die advice kan la banyak mana untuk kami 2orang. Makanan tak tunggu lama. Portion ada size Small, Medium, Big. Semua kami order Small tapi still banyak macam makan 4-5orang. 

Percaya takkk??banyakkkkk kan!Meletop perut dibuatnye. Nasib baik tak order ikan.Hahaha

Memang tak dapat la nak habis semua weh. Terpaksa take away. Nasi tu ade sikit, depa toupkan kasi tapau sebekas. Terharu perut kita.Hehehe. Sesambil makan tu kite toleh2 juga meja berdekatan, ramai juge yang order dessert. Macam sedap la pula tengok. Tapi mampu tengok je la. Gila nak tambah order. Ini semua nafsu semata.Hahaha. So, kene la datang lagi nanti nak try dessert pula;p

Pelanggan datang setiap masa, tak penuh tapi ada je yang keluar masuk. Maksudnye menepati citarasa ramai la kan.Restoran ni pun besar. Ada ruang private kalau nak buat event. Parking pun senang tu antara plus pointnye juga.

Berapa total semua menu di atas??RM92.00 tunai.bayar pejam mata je la. sekali sekala dibenarkan. kalau selalu, belum tengah bulan dah minum air kosong.cepat sikit kurus.Hahha


Medina Thai Palace
Taman Tunku Majid, Alor Setar
04-730 4071

Sep 29, 2017

Royale Signature Hotel, Hotel baru di Alor Setar

Setiap kali September , kalau scroll FB tu memang ramaiii sangat yang sambut Anniversary. #bulancinta sama la dengan kami. Ade ke reader kami yang geng??Seppp skit!hehehe. Kalau dah biase follow blog ni mesti dah tau dah confirm ade plan mana ni. Haha. Uols tahun ni kami bersederhana je. Bersederhana tapi tarikh2 istimewa macam ni wajibla disambut. Sambut la macam mana pun janji have something beautiful to remembering. Setuju?

So, plan kali ni agak last minute. Sebab asalnya nak ke lain tapi dengan keadaan cuaca tak mengizinkan dan banjir, so cancel. Survey dan booking hotel ni pun lagi 2 3 hari sebelum. Nasib la ada hotel baru buka dekat Alor Setar dan tengok macam mengujakan. Kalau tak , pening juge hakak nak pikir ke mana kite kali ni sebab cik B die bab camni memang serah ke kite. Dia tukang filter bajet je.Kikiki..

Welcome to Room No. 8243. View dari pintu masuk. Sebelah kiri, ada almari yang besar dan cerminnye sepenuh pintu memang tak berebut cermin la. Boleh lupa pulak nak ambil gambar di situ. Dalam almari tu complete dengan iron & iron board, bathrobe, selipar. Sebelah almari ada coffee making fasiliti + mini fridge.

Suis die semua pakai touch sahaja. Lampu banyak tapi still rasa romantik sebab malap2 gitu. Plug point pun banyak tak risau nak charge.

Sebelah kanan pintu masuk bilik, adalah toilet. Suke basket ni sebab macam-macam ada. Complete!
Tapi..macam mana pula rupa toilet nye?

Tadaaaa...Sexy kann?So, dah tau la kan kenapa kami pilih hotel ini to celebrate our anniversary!Hehhe.

Actually semua bilik dekat Royale Signature Hotel Alor Setar ini ada bathtub.Cuma yang membezakan setiap bilik tu adalah keluasaanye sahaja.  Macam bilik kami ni ialah Super Deluxe King. Besar! Selesa!Kalau anak beranak boleh la tido depan tv tu sebab carpet di situ. carpet tu pun tebal alas dengan toto.

Ha...Skodeng kite ehhh.Jangan risau bilik air ni memang la nampak seksi tapi ade blind utk tutup bile perlu. masa kenc ke ver ke kan segan nak tayang-tayang gitu, tarik la blind tu. Masa mandi rendam-rendam dalam tub tu bukak la balik luas-luas, baru la sexiest!Hahaha;p

N call hotel samada diorg ada buat servis deco bilik tak. Die kata takde lagi buat masa ni sebab baru lagi. So, N pun. Its ok la, I cari sendiri. Cari ni pun dah last minute ada yang tak available. Sebaik la jumpa juga. Request yang simple sebab nak surprise kan suami terchinta dan nak menambahkan lagi mood anniversary romantika itu. Alhamdulillah, berjaya!Orang loqstaq dan berdekatan boleh la try perkhidmatan surprise delivery ni ,0175802749.

Selamat Ulangtahun ke7 cik B!Semoga perkahwinan ini sentiasa dalam barakah dan perlindungaNya . Tq untuk 7tahun mengemudi bahtera dan megharungi ombak bersama-sama.Saranghae!💘

Malam kami dinner dekat restoran authentic thai. nanti share yg tu. Rasa macam ambil gambar untuk MLM pula.Haha.

Lobby. Nice juga design lobby die. Tapi kaunter reception tu agak tinggi. kalau rendah dari kami ni , kene mengjengket la kot.

Lama tak breakfast dekat hotel. Pilihan makanan biasa je. Rasa pun ok ok je la.Servis bagus.

Cafe 78

Bile dah meningkat usia ni, kalau hotel tu ada pool sekalipun dah malas dah nk berendam-rendam dekat public. Bathtub 💓💓💓

Eh..tapi hotel ni takdak public pool tau. Mungkin tu die buat konsep semua bilik ada bathtub. Lebih privacy dan jimat kan?

Royale Signature Hotel terletak hanya 3minit sahaja dari Aman Cenral Mall. Kalau jalan kaki tu ada la dalam 10minit kot. Berdepan dengan hotel ialah kawasan perumahan dan ada 1 restaurant chinese di situ. Malam memang penuh tengoknye.  Level atas sekali hotel ada Sky Lounge kalau nak buat any event. Agak bz jugak la hotel ni macam selalu je ada event. Tapi parking lot agak limited . So far, haritu kami takda masalah untuk parking.

View dari parking Aman Central Mall. Royale Signature Hotel, bangunan berwarna oren

Kami ada masalah hot water kurang berfungsi. Memang kecut jugak la berendam dalam bathtub tu. Bila tanya dekat reception, actually hotel ni menggunakan sistem solar. So, energy tak cukup untuk generate hot water tu and diorang tengah configure masalah tersebut. Hope next time dah ok, dapat la berendam lama sikit then pagi-pagi tu takdak la mengigil mandi.Hahahha. 

Overall - puas hati stay 2d1N di Royal Signature Hotel Alor Setar. Servis sangat bagus. Kalau hotel bilik cantik mana pun kalau servis tak bagus itu yang spoil kan. Alhamdulillah dari pintu masuk, reception sampai ke bilik semua kami puas hati. Next time ada rezeki rasa-rasa nak short vacay xmo p jauh tak sampai sejam pun dari Perlis, bolehlah check-in sini lagi kan b kan;)

Eh..harga lupa habaq. Beli thru Expedia RM240 inc breakfast for Super Deluxe King Room adalah berbaloi lagipun hotel ni baru soft launching belum grand launching lagi. kalau dah grand launching, dah ada public rate confirm akan naik. so, letss!

Happy you!Happy me!Happy us!


Royale Signature Hotel
Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi Alr Setar Kedah
04- 735 7878



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah