CHERITERA KAMI...: October 2016

Oct 31, 2016

Jalan-jalan Cari Makan di Ipoh

Part makan takda target sgt. mencari yg berdekatan dengan hotel je gitu. Lepastu bile google tu macam xtau nak makan ape. Orang Ipoh mai share kat kami ape tempat makan best menarik kebabomm kat Ipoh. Next pergi boleh kami try.

Jadinya haritu kami lepas ambil gambar dekat Tasik Cermin dalam kereta tu baru decide nak lunch mana.Kite nak lunch ape ni??Mmm..nasi vanggey nak ke??Ok...jalan jee..

Tak ingat la apa nama jalan ni. Cari dekat waze je dalam 15minit lebih kurang kot dari Tasik Cermin. Lunch hour kan hari Ahad pulak harusla ramai beratur tu nampak pjg. Excited nak merasa kesedapan nasi vanggey ni.

Ni lauk kite pilih..xtau la salah pilih lauk mungkin..out tak kene tekak tak rasa mana kicknye. Compare dgn nasi kandar, sedap lagi nasi kandar.

Nasi vanggey yg ni sama ke dengan nasi vanggey hat viral tu yg dekat kedai kecik share dengan orang cina ke mana tu??ke tu lain??

Habis makan tu dapat message dari hotel , kata bilik dah siap. Awai bilik siap masa tu kui1petang camtu. Sedang elok la tak sabar iols. Set waze then suprisingly Ipoh Bali Hotel hanya 5minit je dari Restoran Nasi Vanggey ni.Dokek yo la...

Dinner malam tu pun masa dekat hotel baru google sebab dan cancel nak pergi Gunung Lang petang tu. kite rehat tidur bangun lapar.Nak mengubat kekecewaan tak sedap nasi vanggey tu haruslah mencari nasi juge.


Restoran Simpang Tiga..besarrr kedainya. Ramai la jugak orang datang. Gambar ihsan Google.

Ada banyak menu masakan panas, lauk2, western tak silap. Sebab kan lapar kami order lauk-lauk. Ada dalam 5jenis lauk tak silap kami order. Semuanya menepati citarasa. Boleh la kalau nak try sini. harga total RM70. Not bad untuk restoran dan portion dia tu.

Tak la kawww sangat tapi masih dikategorikan memuaskan hati

Butter prawn..udang besar, fresh sedap plak tu. Try k nanti kalau mai sini.

Address: D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia
Hours: 
11AM–11PM

Lauk-lauk lain tak dan la amik gambar.Lapar punya pasal mendahului. Lauk sampai je terus bismillah doa makan ngapp.

Balik dari dinner pusing-pusing pekan Ipoh tengok apa yg menarik. Sempat singgah Gerbang Malam. xtau la tu gerbang malam ke idak sebab bukan di lokasi yg tertulis Gerbang Malam tu. Dia selang beberapa lorong dari Gerbang Malam. Tu downtown kot no??Tapi kita google kata Gerbang Malam tu hari-hari bukak kan??

Balik dari Gerbang Malam singgah 7E beli kudap-kudapan then lalu dataran Ipoh. Meriah juge rupenya dataran tu. Tepi tu ada foodtruck. Ciss...nak lepak pun perut dah penuh. Tapi masa lalu tu mata dok tengokkk je macam sedappp je yg jual-jual dekat situ. Takpe takpe next time.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Selamat hari Isnin semua.. seronok noo oghang oghang kedah.Tahniah dan berbaloi la datang tengok bola jauh ke Shah Alam tu dan menang. Hari ni betui ka Kedah cuti?Harini kt Perlis pun dok hujan dari pagi tadi..Sejuk. Mandi pun rasa macam ayaq gunung gigil sejuk.Heheh...

Sambung kisah cuti anniversary dekat Ipoh. Dari hasil google dan rasa ramai jugak orang luar tak tahu kewujudan tempat ni. Namanye Taman Rekreasi Gunung Lang. Faktor utama yg buat nak sangat pergi sini sebab ada air terjun.

Macam ni la rupa air terjun tu. Dah verangan dah nk amik gambo ala2 dilwale background air mencurah-curah belakang kononyee. Gambar ihsan Google.

Di hari kejadian selepas breakfast dekat Ipoh Bali Hotel, kami pun zaaas terus mai sini. Ada la dalam 20minit nak sampai sini. Kalau korang lalu highway PLUS tu lepas Ipoh nak ke utara kalau toleh kiri ada nampak signboard Lang Valley. Masuk situ la tempatnya. Kawasan baru bukak.

Kami mai ni hari Isnin, memang xramai orang.Ini pun sebenarnya nak mai petang lepas check-in dekat Ipoh Bali Hotel tu, tapi masing-masing flat petang tu badan panas on off pening la ape. Tukar plan pergi harini. Masa ni dah tertanya-tanya jugak sebab tengok dekat sign Taman Rekreasi Gunung Lang tu xnampak pun air terjunnye. 

Awal sampai kaunter bukak 830pagi. Tanya dekat aunty jaga kaunter tu, aunty air terjun tu takde. Oooo...air terjun tu Sabtu Ahad saja bukak..Ciss...air terjun buatan rupenye..Serius kita ingat air terjun semula jadi hokey. Cakap kt cik B tak boleh ke request suh bukak harinni.Hahha..ko ingat ko sapee???;p 


Bagi menutupi hati yg agak lara..haaha..air terjun buatan punya pasal.Jom la kita naik bot. Masa ni kami berdua dengan budak sekolah 2orang. Diorang pakai baju sukan so bukanlah ponteng sekolah tapi mungkin ponteng aktiviti sukan.Kekeke...

Gambar di ambil di jeti naik bot.Kecil je tasiknya. Tu nampak hujunggg sana tu??Bot tu akan bawak korang seberang ke sane k.

Satu perasaan yg indah naik bot atas tasik dan pemandagan yg cantik. SubhanaAllah! Kejap je dah sampai seberang tu ada la dalam 2 3minit. Kejap sangat tak puas!Tu pun pakcik tu bawak lalu tepii.Kalau die terus je mau seminit sampai dah.Rasa nak je suruh pakcik bot tu bawak pusing lagi  4 5round.Kejap-kejap kita tengok pakcik tu. Tapi pakcik tu buat-buat tak tengok.Hampa!

Masa turun dekat jeti tu pakcik tu cakap lagi 45minit die akan datang untuk ambil. Kami pun ok pakcik. Jangan tak datang ambil pula. Jenuh nak berenang nanti. Jom kita jalan-jalan tengok apa yg menarik.

Kebetulan abang bot laju lalu.Keunikan Ipoh kan ada tasik dan bukit2 yg tersembunyi unik cantik macam ni

Tan Sri dan Puan Sri menghayati pemandangan indah di Gunung Lang

Kalau bawa anak-anak datang sini, boleh main dekat playground ni. Kita dah uji dah daya tahan buai tu memang tahan lasak.Hahha. Masa nak duduk tu perlahan-perlahan je pastu tengok kiri kanan kot la ada pekerja die nampak. Kang kene jerit plak tak sedo diri. Dinasihatkan bawa la bekal air ngn kudap-kudap kalau nak lepak ala picnic sebab ada 1 je kedai jual-jual yg bukak dekat tepi tuuu belakang tu nampak tak?? Tapi bila dah makan minum tu buang la ditempatnya. Jangan sepah merata. Sayangi alam sekitar tau.

Jangan cakap akak tak payung maksudnya

Jemputlah masuk ke teratak kami.. Adabi melazatkan adabi menyelerakan..sapa ingat iklan tu??Sepp!

Kalau datang Ipoh tak tahu nak ke mana, boleh lah masukkan Taman Rekreasi Gunung Lang ni dalam list korang. Kalau orang-orang Ipoh yg tak pernah ke mari, lapangkanlah masa bersama keluarga beraktiviti bersama. Good place untuk budak-budak boleh naik bot, ada rusa ostrich (kitorng x p tengok;p), ada playground. Mesti depa excited!Buat photoshoot pun cantik sini. mai time weekdays tak da orang.




Oct 27, 2016

Tasik Cermin , Ipoh

Kenapa Ipoh jadi destinasi anniversary tahun ni?Mm..kebetulan. Actually plan pergi Ipoh ialah pada hujung August itupun disebabkan nak transit la kononnye dari Kuantan-Ipoh-Perlis.Hujung August haritu cik B ada reunion dekat Kuantan. Plan asal dari Kuantan terus balik Perlis tapi macam penat jugak journey tu kan. So, ambil tengah2, stop dekat Ipoh. Dah siap booking bayar deposit tu. Sekali tak jadi balik Perlis, singgah KL dulu. sebab ada urusan lain. Disebabkan tak boleh cancel, alang2 xde plan untuk anniversary, so decide sambut anniversary dekat Ipoh je la 2hari 1malam. Eh, tak share lagi pasal Perlis kan???Cerita dekat Kuantan pun belum juga.*sigh* Harap bertendang la yea kawan-kawan...

Ok..balik pada cerita asal meh tengok ada apa dengan Tasik Cermin Ipoh ni.

Mesti ramai dah tahu pasal kewujudan Tasik Cermin ni kan. Dah viral dah ritu.Senang ada FB ni.Macam-macam maklumat dapat. Masa ni ada miscommunication sikit antara suami dan isteri ni. Sorang plan sampai Ipoh je terus pergi Tasik Cermin. yang sorang lagi plannye esok lepas breakfast baru pergi Tasik Cermin ni. Yg sorang tu tak mengalah cakap nak jugak terus pergi Tasik Cermin tu. OK..ke Tasik Cermin dulu la kite. Agak-agak dapat teka tak sapa sorang tu dan sape sorang ni?Kekke..

Perjalanan ke Tasik Cermin dari exit Ipoh Jelapang lebih kurang 30minit. Set je dekat waze tu InsyaAllah sampai. Nak tahu rupa jalan nak ke masuk ke dalam ni, boleh klik video ihsan dari brother ni Jalan ke Tasik Cermin, Ipoh

Kami sampai tu lebih kurang pukul 11pagi. Nasib baik dah tengok sesiap video tu. Kalau tak , mungkin dah patah balik kot.Korang akan lalu jalan tanah merah yg kiri kanan semak dan kilang-kilang simen.Masa sampai tu ada beberapa kereta parking tepi jalan, kami dah pelik jugak sebab tengok video terus parking sampai depan gua tu. So, kami pun terusss la sampai hujung masuk kawasan kuari tu.Bila nampak ada orang keluar masuk ikut gua tu , betul la tempatnya.

Teringat batu belah batu bertangkup plak. First time nak lalu dalam gua.


Inilah Tasik Cermin itu. Masa sampai ni ada couple tengah buat wedding videoshoot. Seriusly dekat sini takde angin, memang panas. Di nasihatkan kalau nak mai sini datang awal pagi sejuk sikit dan reflection tasik tu lagi cantik. 


Disebabkan dekat pelantar tu ramai orang tunggu turn ambil gambar yang ambil videoshoot la, kami amik gambar dalam gua ja. Eh, tak sangka cantik!Hahha..ferasan:p

Nampak tak pengantin kat belakang tu. Gigih la depa dengan baju songket bagai. Kami ni dah menjejes peluh. Masa ni dedua tengah on off demam. Tapi demi semangat anniversary, di gagahkan jua.

Jenuh la tahan nafas ni;p


Dan la gambar dekat sini dalam ramai-ramai orang tadi. Sabar menunggu.Dalam gambar nampak biasa je kan tempatnya??Kene datang tengok real k. 

SubhanaAllah...siapa sangka dibalik tempat kuari ni ada sesat ciptaanNya yg indah.Moga terus terbela keindahannya.

Ni masa nak balik, ada sekumpulan brother2 motor baru sampai diorang jalan kaki dari jalan kecik tepi tu. Die tegur kami, dik camna boleh masuk bawa kereta??tak takut ka?tak da orang marah ka?
Kami macam blur2 jugak masa ni. Cakap je la masuk ja ok je tengok. Masa nak keluar tu neves tengok pintu masuk dalam kuari ni dah tutup. Nasib baik la dia selak je. 
Kami sarankan, kalau korang nak datang sini, parking je dekat luar k. Agak jauh la nak jalan plus panas lagi tapi demi keselamatan.

Dah sebulan berlalu~~Happy Anniversary!!

Oct 24, 2016

Ipoh Bali Hotel

Sebenarnya kami dah book hotel ni hujung bulan August lepas tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak pergi. Disebabkan booking direct dengan hotel haritu just bayar deposit je dulu then bila tanya pihak hotel sama ada boleh cancel booking atau tak, diorang cakap boleh tukar tarikh till hujung tahun ni. Jadinya kami pilih 25hb September 2016 untuk check in di Ipoh Bali Hotel ini. Tarikh istimewa untuk kami setiap tahun. Kita sambut anniversary dekat Ipoh tahun ni!

Kalau tengok dari nama hotel Ipoh Bali tentu-tentu la konsep hotel ala Bali kan. Once korang sampai je depan hotel feel Bali tu terus mari plus sangat teruja tengok hotel ni dari luar. Belum masuk dalam lagi tu. Info yg kami dapat dari reception katenye owner hotel ni seorang arkitek Cina berasal dari Ipoh dan mostly segala deco dan perabot didatangkan dari Bali. 
Reception area

Tak sabar nak masuk bilik badan berlengas sebab sebelum p ambil gambar kt tempat yg tengah HOT jugak , tu nanti kita share.

Selamat datang ke Honeymoon Suite...betul la kata akak tu..cantik tau bilik kami hias:)

Besar, selesa dan romantik biliknya. Perabot dan pintu tu semua dibuat dari kayu yg berkualiti. Tepi kiri tu pintu masuk bilik.Tengah tu almari dan tepi kanan terlindung balik dinding ni ialah bilik air.

Ini kalau dapat pulak air fresh dari bukit konpom feel tu lagi asyikk.

Yeahh...rain shower with bathtub..hotel ni takde private pool, swimming pool pun xde. So, bathtub tu boleh jadi tempat berendam la. Kalau bawak anak-anak, bermandian dalam bathtub je. Mak apak pun boleh join skali;p

Jom kita jenguk plak apa ada dekat luar balcony tu..


Buaian menjadi pujaan hatiku selamanya..feeling macam ada kat villa sendiri Puan Sri dan Tuan Sri

Puan Sri dan Tuan Sri bersama kolam ikan kaloi nya..:p

Bilik yg kami dapat ni. Bilik paling hujung sebelum SPA. Kira memang privacy la. Dekat sini pun ada disediakan servis SPA. Tapi kita tak p pun SPA tu. So, korang nnti try k.lepastu share ngn kita best ke tak..Heheh..

Merenung pokok yg berusia 60tahun. .Hotel ini setinggi 3tingkat. 2 tingkat bawah terdiri dari bilik-bilik sejumlah tak silap dalam 10unit sahaja. memang limited.So, better book awal sebab selalu fully book.

Di tingkat 3 ni ruangan utk any occasion. Buat masa malam memang cantik atas ni. Romantik!

Landskap Ipoh Bali Hotel da-booomm..

Front view dan parking. Parking yg cukup untuk jumlah bilik yg ada. Location hotel ni di antara kawasan rumah-rumah lot di situ. Memang macam bali la sebab bali kan style macam tu jugak hotel di balik kawasan perumahan.

OMG muka ntah hape2 la kita tu. Sila abaikan. Satu-satuye gambar breakfast yg ada.Kuikui..
Room rate include breakfast. No buffet breakfast provided sebab tak ramai kan. Masa check-in diorang akan bagi list menu untuk korang pilih utk breakfast. Nasi lemak ayam rendang dan lontong dia sedap juga. Must try k!

Lepas brekafast kami p jalanjalan satu tempat ni nanti kita story next entry. Then balik hotel semula, rehat dan masa untuk check-out.Sob sob sob...

Kami yg happy sepanjang berada menginap di sini. Lokasi yg agak strategi dekat Dataran Ipoh 10minit drive, nasi vanggey 5minit drive dari exit Ipoh dalam 20minit lebih kurang. Servis pun superb. Hotel tentu2lah awesomenesss!


Info lanjut tentang harga semua boleh tengok dekat link hotel ni k >> Ipoh Bali Hotel



Puan Sri yg happy dengan buaian dan ikan-ikan kaloinya. Memang jadi tempat lepak dia je ni. 
Yg akan dirindui:(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah