CHERITERA KAMI...: September 2016

Sep 29, 2016

Penang 3D Trick Art Museum

Hari Isnin baru lepas ni kami singgah Penang. Makan pasembur kt Padang Kota Lama sebelum tu singgah dekat Penang 3D Trick Art Museum ni. Dekattt sangat dengan Espalanade tu. Kalau agak-agak susah nak parking boleh parking di sebelah Esplanade tu ada parking berbayar. Kami parking situ ja ritu sejam RM2.

Dari tempat parking tu nak ke Penang 3D Trick Art Museum tu jalan tak sampai 5minit. Lama tang nak tunggu lampu hijau untuk melintas je la.Make sure tunggu lampu hijau baru lintas k. Pastu jalan masuk Lebuh Penang ni then nampak signboard warna hitam tu??Di situlah tempatnya..

Dah sampai! Selalu tengok orang post kat FB ambil gambar dalam Trick Art Museum ni. Kita pun nak try jugak macam mana experience die.

Dalam bangunan lama 2 tingkat. Tengok macam simple je kann.. Tak masuk lagi tak tahuu,,,

Haruslah ada entrance fee. Boleh refer gambar di atas untuk entrance fee k. 
Tiket dah dapat, jom kite masuk!

Ter'amazing' tengok orang main gasing. Lama tak tengok zaman sekolah dulu selalu la tengok kengkawan main dekat sekolah;)

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Eh..ni bukan sampan ke??:p

Tak payah risau takut takdak orang nak amikkan gambar korang dalam ni. Ada ramaiiii staff diorang akan assist dan layan ketaksuban korang untuk bergambar. Malu tak malu ja. Macam kami, kami segannnn..hahahha...

Hati-hati memandu tu abg bas...

Tengah seronok-seronok ambil gambar tu rasa nak p toilet plak kan. Jangan risau, ada toilet yg bersih dan selesa disediakan. Lepas p toilet sambung balik ambil gambar. Walaupun datang hari weekdays, ramai je orang mai. Siap kene take turn nak ambil gambar.

Sampai sekarang tak dapat-dapat lagi tutup tempt jaws ni;(

Sebenarnya Penang 3D Trick Art Museum ni 2 tingkat. 
Dekat bahagian atas ni ada banyak lagi tempat untuk ambil gambar.

Tan Sri dan Puan Sri di red carpet

Hoi mencabar jugak sebenarnye nak ambil ikut bebetul nampak die punya 3D tu. Ikut jaga arahan staff tu berdiri kat situ camtu camni. Dan hasilnya memang tak akan mengecewakan..;)

Orang lemas katanye;p

Banyakkkk lagi tempat-tempatnya nak bergambar dalam ni tapi ada yg kami ambil dan xjadi. Hahah..tuela kata kene mintak tolog staff dia ambilkan baru jadi. Kalau ambil sendiri susah nak jadi 3D tu.


Kalau korang jenis suka ambil gambar ala-ala candid reti nak pose memacam gaya dan watak haa...memang sesuai sangat la mai sini. Seelok-eloknya datang berkumpulan 3orang ke atas baru la havoc. Ambil gambar reramai memacam gaya, enjoyyy!


So, kalau mai Penang make sure masukkan Penang 3D Trick Art Museum ni dalam plan korang k;)





Sep 22, 2016

Percutian Percuma di Grand Lexis Port Dickson

Benda percuma siapa yg tak nak kan?Lagi-lagi kalau bagi bercuti secara percuma. Lajuuuu je!
Agak last minute juga plan ke PD ni.Flight hari Sabtu pagi. hari selasa ke rabu baru cik B inform kene p kursus kt PD. Ikutkan weekend tu kami dah plan la nk pergi somewhere tapi sebab dah kene pergi kursus dan dah bagi nama. Organizer cakap accomodation semua di sediakan. Setiap peserta satu bilik dan return flight tiket. Yg bukan peserta ni kene bayau sendiri la harga tiket flight.

Tanya la dekat cik B kat mana buat kursus tu. Dia cakap dekat Grand Lexis PD. Maknanye die bagi bilik pun dekat Grand Lexis juga ke??Yeala kot kate cik B. Sibuk kite suruh cik B confirmkan dekat organizer tu betul ke bagi bilik free dekat situ. memang betul diorg sediakan bilik for 1 nite stay dekat Grand Lexis tu jugak. Dah dapat agakla kan camne reaksi bini die ni. Wajibbblaaa lagi excited nak pergi!Heheh..

Pukul1130pagi dh sampai hotel. Memang awal sangat la kan. Check in pun kalau ikutkan Grand Lexis pukul 4ptg baru boleh. So dari tercongok dekat situ kami p PD waterfront lunch lepak2 dekat Pappa Rich. Kursus start pukul 3ptg still tak boleh check in lagi. So, cik B masuk hall, N tunggu la dkt luar tu sambil irganizer update and bagi key bilik around 430petang camtu.Penat!Penat menunggu. Tak sabar nak masuk bilik berendam Hehe..Terus kita p lobby tunggu turn nak naik buggy pulak ke bilik. Nasib baik la tak lama.Naik pulak sensorang kemain berdesup staff tu bawak.

Seronok kita sampai terbang2 shawl kita;)


Katil dah memanggil-manggil untuk meluruskan badan

Small pantry boleh panaskan makanan dlm oven

Separate toilet dengan shower

And the best part is private pool straight view to the sea. Orang dewasa ni tengok pun excited kemain apatah lagi kalau bawa anak-anak kan. Suspicious tetbe baiknye organizer ni bagi bilik yg sea view camni free pulak. Terus wassap cik B yg tengah kursus tu tanya B eh request bilik type ni??Dia jawab tak laaa..mmm..yekee??okk..request ke tak request ke ni namanye rezeki belated birthday girl.
Alhamdulillah sebab minggu ni birthday N. Of course la birthday girl gumbira!

 First time check-in sorang nak posing amik gmbar susah la pulak. Tunggu orang kursus balik bilik baru la kita posing nampak laut gini. Rindu bau air laut:)

Mandi lama dari selalu sebab kan view awesome ni

Alhamdulillah diberi kesempatan petang tu menghayati sunset dari tepi private pool..SubhanaAllah...

Rupa-rupanye orang tu ada arrange something. Nasib baik la ada bawak baju semenggah skit. Candle light dinner yg tak berapa candle sebab kedudukan die tepi kaunter je sebab situ je yg terlindung. Sebenarnye kata cik B buat dekat ponok tepi pool hotel tu tapi sebab tengah renovate tu yg kene buat dalam cafe. Birthday girl ok je:)

4 main course. Overall foods dia average. Ada yg ok ada yg xbrp nak ok sgt. Servis puas hati la as birthday girl nampak effort diorg layan kita tu.:)

Dah kenyang dah jalan-jalan ambil angin malam, jom la kita balik bilik

Ada kejutan lagi rupenye..terharu birthday girl!dah lama tak terkejut2 ni..hahahha...

Semestinya kita sangat gembira!terima kasih sgtttt untuk kekasih hati atas celebration ini. *wink*

Ada tanya cik B berapa kos for the celebration tapi takdapat jawapan. rahsia la tu..but kalau ada yg nak tahu kot la nak arrange celebration mcm ni dekat sini, let me know k?nnti kita dapatkan info lanjut dari cik B..

So..N mmg cadangkan la kalau nak cuti dekat nak rehatt and ade privasi dengan family or just sweet escape aja  memang patut pilih Grand Lexis PD ni..

Last minute FREE vacation cum belated birthday celebration...Another sweet memories..Love!

klik Lexis Suites Penang  untuk pengalaman bercuti di Lexis Penang pula:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah