CHERITERA KAMI...: The Pines Hotel Melaka

Dec 8, 2016

The Pines Hotel Melaka

Lama sangat tak jejak Melaka. Dulu masa dok KL, cakap Melaka je zaasss sampai dah. Pejam mata je sampai. Balik hari pun tak kisah janji pergi Melaka. Tempat favourite katanya. Sekarang??Dok sebut sebut tak sampai sampai lagi. Hahahaishh..Balik KL pun kejap je inikan pula nak lajak sampai Melaka. Tengah dalam usaha bisik bisik manja goda dekat orang sebelah. Untung bejaya dapat la lepas rindu dekat Melaka.Lambai-lambai orang sebelah.Ihikss...

Kali ni kisah throwback setahun lebih dulu bulan August tahun lepas.haha.Ini betul punya peram.Ni betul-betul punya last minute check-in aci terjah je. Nampak signage die tepi jalan bila google tak jumpa pulak website. Call terus tanya ada kosong tak bilik. Ada cik. Teruslah kami ke The Pines Melaka. Baru sangat rupanya , masa kami chek-in tu baru 2 minggu buka tak silap. Merasa lah bilik baru lagi. 

Superior Twin Room..reception kata ni je yg available. tak boleh nak demand, kalau demand rugilah;p

Luasss bilik dia.Bentang toto situ boleh lagi 1 family.Siap ada mini pantry.
Macam studio apartment la kirenya.

Dah namanya bercuti, opkoslah kita suke siap Peace lagi;)

Simple shower dan toilet. Nak ada bathtub, boleh pilih Executive Premier Room.

Hi Melaka! Rindu sama kamu.

Jalan malam tengok apa yang menarik dekat hotel ni.

Level 7 (tq blog reader tlg betulkan). ehehe.. ada swimming pool, gym dan playground

Kalau hujan, tetap boleh mandi sebab swimming pool dia bertutup. Puas la mandi ni.

Di Level 7 juga ada Pool Side Room. Bilik yang ada access terus ke pool tapi pool tu share la dengan orang sebelah menyebelah.1 nite N check dekat web hotel RM571 include breakfast😅

Breakfast at Teh Tarik Place

Kami tak ambil breakfast di hotel sebab depan The Pines ni ada Jaya99 bangunan office dan kedai-kedai. Keluar je lobby hotel berdepan tu je ada deret kedai makan. Masa kami pergi tu la, sekarang tak pasti ada kedai apa situ.

Jalan masuk ke The Pines Melaka. Berdekatan dengan Hotel Sentral Melaka.


Suka tingkap bilik dia full sampai bawah. Layan tengok view Melaka malam-malam. Soon ok awak, kita jumpa lagi;)


Current rate Superior Twin Room with breakfast RM302.83. Haritu masa time N RM200++ je, yeala baru lagi masa tu tengah promo. The Pines Melaka ni selalu juga ada promo dekat Groupon. Korang boleh tengok situ k.

Website : The Pines Melaka
33, Jalan Tun Sri Lanang,
75100 Melaka
06-240 2323
reservation@thepines-melaka.com



8 comments:

Ida Puanstoberi said...

fobia dah rasa nak gi melaka since terkena kat the shore tu. takmo takmo takmo.. pines pun skrg ni kawan2 akk kata ramai orang jugak.

mama tisya said...

adik akak aritu pn ada stay sini...ingt nk try gk

idzwa kamaruddin said...

Mcm menarik je ni dik! Jenuh nak kene masukkan dlm list.nie

Azhafizah Md Nor said...

best best bilik luas dan cantik

BaTiK_PiNk said...

Dari bulan 11 aritu dok usha boking.com untuk hotel ni..tapi asyik la penuh untuk bilik yang ada poolside tu....tahun 2017 lagi la x de kosong....geram juga dibuatnya.

Azrin Aziz said...

baru balik dari The Pines dpt poolside room. itu dekat level 7. sama level dgn pool besar tu. mmg terbaik. cuma nak check in org amat ramai tp servis terbaik.

Unknown said...

jika nk pines superior boleh wasap sy..hrga rm190.00 tidak trmasuk bfast

Zie Azi said...

mmg hot place the pines ni, booking asyik full je, yg ada pun time weeksday, InsyaAllah one day dapt book sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah