CHERITERA KAMI...: St. Giles Wembley Hotel Penang

Dec 15, 2016

St. Giles Wembley Hotel Penang

Penang antara tempat kesukaan dan pilihan ramai sebab banyak tempat jalan-jalan cari makan sedap. Betul x??Setuju??Angguk-angguk kepala, gosok-gosok dagu.Tapi mengingatkan Penang yang semakin sesak dan banyak kereta tak kira masa terus macam malasnya la hai nak p Penang kene tunggu mood betul-betul ada.

Kali ni kami pergi sebab cik B ada kursus. 2 kali pulak tu dapat kursus di hotel yang sama dan setiap peserta ditaja penginapan 1malam. Maunya kita tak ikut sekali. Haruslah laju je packing bag. Jom kite!

The Wembley - St.Giles Hotel. Kredit photo dari google. 

Superior King..Sesuai utk couple atau family kecil 3/4orang.

Simple toilet. Kalau nak bath tub , ambil bilik Deluxe King dan request bilik with bath tub.

View dari bilik. SubhanaAllah..pemandangan senja yang indah. Ini view masa kali pertama kami stay di St.Giles Hotel. 

Yea..hotel ni sangatlah dekat dengan Komtar. Maksudnye hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar Penang.

Kali kedua datang, dapat view yang ini pula. Tetap cantik!

Antara kemudahakn yang disediakan di hotel ini termasuklah infinity pool dan gym.

salt-water infinity pool  ( pic : google)

2 kali datang takda p swimming pun. Tengok kejap je pool. Boleh la buat lepas rasa nak mandi sambil tengok view bandaraya Pulau Pinang. Yang menariknya bila stay di St.Giles ni sebab kedudukannya yang strategik dekat dengan One Avenue Mall yang ada wayang, karaoke dan tempat shopping. Just jalan kaki je depan tu dah sampai. 

Keluar dari lobby, One Avenue Mall di sebelah kanan anda

Kali kedua kami p mall tu je tengok wayang, karok, makan. Masa first time datang, rajin la jalan jauh amik Uber sebab malam tu memang sesak giler g makan Mee Sotong dekat Padang Kota tu dengan Nasi Kandar Beratur. Balik jalan kaki dari Nasi Kandar Beratur tu ada la dalam 20minit. Hahha. Rasa tourist sangat. 

N tengok dekat website St.Giles Wembley harga Superior King Room 1 malam include brekfast RM272. Untuk hotel yang agak baru dan kedudukan di tengah pekan harga agak berbaloi. Brekfast sekali je N pergi sebab die seperate hall lain untuk under kursus. Pilihan dan rasa buffet breakfast dia not bad.

Kalau korang datang Penang, mungkin boleh consider St.Giles Hotel ni dalam list korang k. 

183, Jalan Magazine, George Town, Penang
04-259 8000




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah