CHERITERA KAMI...: Sabah lagi : Rezeki jangan ditolak

Dec 30, 2016

Sabah lagi : Rezeki jangan ditolak

Sabah lagi?Lagi dan lagi dan lagiii pun xpe...sebab Sabah best!Lagi-lagi most of kos adalah percuma.
Agak last minute jugak ada la dalam 2minggu sebelum terbang tu cik B diinform kene p kursus dekat Kota Kinabalu, Sabah. Tarikh tu sama dengan tarikh kami dah plan nak balik KL. Kebetulan la juge..kebetulannye lagi beberapa masa sebelum tahu kene p KK tu, N dok cakap la tengok org update FB ramai p Sabah. Syoknyaaa...Sekali rezeki nak sampai rupanya. Memula tu berbelah bahagi juga nak p ke xmo p. Tapiii...tempat isterikan disisi suami...kan?kannn??;)

Kapal terbang jejak je airport KK, kite mcm pelik tengok airport tu kenapa cantik dan besar semacam je. Lupa yang diorg dah pindah aiport baru kan. Lagi besar dan selesa.

Masa ni dekat departure tunggu flight balik KL.Best je nampak laut sekali.Cantik!

Kami sampai KK hari Jumaat tengahari. Jem KK.Setahun yang lepas pergi ok je lalu waterfront tu xde la jem bangat. Ini macet sungguh.

Ni gambar waterfront dekat pasar filipin dari hotel hari Sabtu petang. Mungkin juga cuti sekolah dah bermula tu yg extra jem. Tapi kate driver Uber tu memang KK sekarang byk kereta bah.

Hotel kami selama 3H2M. Le Meridien Kota Kinabalu. 

Urban Room..ade certain bilik dekat hotel ni yg di refrubish. memang bau baru lagi bilik dia. Facing bandar KK.Kalau nak seaview kena amik hat lain. Ni pun xdak nk demand la katil 2 supersingle orang nak bagi, alhamdulillah.

Bilik air biase ada rain shower. Kalau dapat bathtuub ni syok jugak. Orang p kursus kite dok bilik berendam.*verangan

Sejadah, iron semua dah siap tersedia. 

Petang hari pertama, kami jalan kaki ke Oceanus Waterfront Mall. Saja la sementara nak dinner. Ada la dalam 10minit jalan lalu ikut kedai tepi tu dekat bar banyak tu. Sayang je xde kedai2 muslim dekat kawasan yg cantik.Sadis betul

Memula plan nak pergi Pantai Tanjung Aru tapi malas pulak sebab tengok jem tu macam lambat je nak sampai tkt xsempat. So, kami layan sunset dekat Oceanus Waterfront Mall.Cantik juge!

Organizer bagi 1 voucher buffet dinner utk seorang. Saja la kita nak merasa sekali sekala dinner di hotel. per pax RM100+. Sorry lupa pula berapa ++ tu.uhuh..Makanan boleh tahan sedap ada banyakkkk pilihan tapi biase bila banyak xtahu nak makan yg mana. Breakfast pun sama juga dekat cafe yg sama. Kalau breakfast RM60+ per pax.

Kalau tengok Le Meridien dari luar nampak lama dan biase je. Tapi dekat dalam elegent dan nampak baru.Orang kata dont judge a book by it cover keyh;p

Hari Sabtu cik B kursus dari pagi sampai petang. Habis je kursus, kita lepak kejap tepi pool ni. Ada bar dan spa juge dekat level yang sama.

Harini layan sunset dekat sini je sesambil tunggu kapal terbang lalu atas kepala.

Then jalan kaki dalam 10-15minit utk p tangkap seefood buat lauk dinner. Tangkap dekat kedai Haji Manja je.Hehhe. Tempat biase dah kali ke3 mai rasa tetap sedap.Ingat nak cari abalone tapi xdak musim, ada siput tarik first time rasa yg hat warna gelap tu sedap juga.ni total RM90 termasuk air.

Otw balik hotel, singgah pasar filipin. Sebelum ni 2 kali mai pasar filipin xdak pun rasa nak beli ikan bilis ke ape. Ni sebab dekat Perlis ikan bilis mahei ya amat. 100g RM7 lepastu takdak size yg sederhana yg biase kami suka tu. Bile mai sini rambang mata dah. Murah pun yea. 1kg RM25 ja elok fresh lagi. Udang kering 1/2kg RM15, tahun bila kawan kami mai beli kata RM30-40. So, makin murah la ni.
Next time kalau ade rezeki, pergi lagi nak borong pulak. Sapa nak??Boleh order nnti k..perginye tak tahu la bile...hehehehhe

Sebab suke sgt gambar ni, kita letak sebagai penutup. kalau salah tengok tu nampak mcm cermin ada gambar tapi its real. Pemandangan dari club lounge Le Meridien tingkat 12. Hanya member SPG (Starwood Preferred Guest) shj yg dibenarkan masuk tapi sebab kami wat muke kesian die kata cik boleh la masuk kejap nak tengok-tengok.Hehehe..Mekaseh!

Room rate sebab kos ditaja, so kami stay for free la. Tapi N cek juga dekat web hotel untuk Urban Room macam bilik kami tu harga tahun depan weekend dalam RM531++ per nite.

Bagi N, kedudukan Le Meridien Kota Kinabalu ni memang strategik sebab dekat dengan semua tourist spot.Jalan kaki je dah jimat.Tq pada organizer buat kursus dan bagi stay dekat sini. Senang semua dekat.

Jalan Tuan Fuad Stephens, Sinsuran Kota Kinabalu Sabah
T : (60) 8832 2222

3 comments:

Ida Puanstoberi said...

syoknya... mmg bbtul rest lah ni kan..
family suh akk buat plan g sabah nxt yr utk family vacation..

idzwa kamaruddin said...

Wahhh best nyer dikkkk!! Best sangattt

Zie Azi said...

best kan berkursus sambil bercuti, sekali harung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah