CHERITERA KAMI...: #MyTravelokaEscapade : Oh Tokyo!Moga hajat kesampaian

Dec 27, 2016

#MyTravelokaEscapade : Oh Tokyo!Moga hajat kesampaian

You need a holiday lah!Yes, I'm...

Melonjak nafsu terkenyit-kenyit mata dekat Traveloka bila pertama kali terpandang contest ni. Lepas tu bila kene pilih destinasi pilihan dalam 10 tu ada pulak destinasi cinta hati kita. Oh...Tokyo!Kalau ikutkan tahun lepas kami dah menjejakkan kaki ke Tokyo tapi hajat tak kesampaian atas faktor yang tak dapat dielakkan. Rasa sedih dan kecewa masih terkesan sampai sekarang tapi rasanya hikmah tu mungkin rezeki nak datang dari Traveloka ke kan?Sempat lagi juri nak baca entry ni kan masih belum terlambat ni.

Ok.ok..Kenapa mesti Tokyo juga menjadi pilihan?

Pertama - Nak merasa sistem pengangkutan yang paling terkenal sekali di sana.Ada metro, JR, subway dan banyak lagi. Belum lagi tengok rail map diorang yang berselirat tu. Masa ni la nak menguji kecekapan nak memahami sistem keretapi diorang. Barulah cuti-cuti advanture namanya.

Kedua - nak sangat tengok dengan mata sendiri bagaimana bersihnya bandar metropolitan ini. Nak jumpa tong sampah pun susah katanya. Bila bercuti di tempat yang bersih dan cantik, hati pun tenang dan gembira.Betul tak?

Ketiga - selain sikap menjaga kebersihan , ada banyak lagi etika dan budaya mereka yang kita patut contohi seperti menepati masa, menghormati orang lain, jujur hingga tak perlu risau akan berlakunya kecurian. Menarik kan? Tak sabar sangat nak jumpa orang Jepun. 
Konnichiwa, watashinonamaeha Anyra. Dah lulus dah ni nak pergi Jepun;)

Ada lagi yang membuat hati tak sabar jejak Tokyo tentulah sebab banyak sangat tempat-tempat menarik di sana.Ditambah lagi dengan Tokyo antara tempat beriklim 4musim. Kalau ikutkan nafsu setiap musim tu nak rasa. Sebab keunikan berbeza-beza.Tapi yang paling unik mestilah nak feeling musim cherry blossom atau sakura dia. Cantikkkk sangat!

Waktu siang, boleh pergi Ueno Park. Yang menariknya di Ueno Park ni dalam satu tempat ada bermacam tarikan untuk dilawati seperti muzium,temple, university, akademi seni dan zoo. Tak rasa penat berjalan di taman yang besar ini sebab dikelilingi pemandangan yang cantik.Kalau penat pun boleh piknik tepi jalan atau main dayung sampan dekat sungai yang jernih tu dengan suami tercinta.Omg..dah terbayang-bayang romantiknya.

Dah puas jalan di taman, kita naik bangunan kedua tertinggi di dunia pulak, Tokyo Skytree.Harga tiket 2060yen.Dari observation deck ketinggian 350m dari paras laut , boleh nampak seluasnya Tokyo dan kalau bernasib baik dapat tengok Mount Fuji dari jauh. SubhanaAllah..Hilang segala rasa gayat tu bila dapat tengok pemandangan yang 'worth it'.

Malam pula lepak tengok kesibukan lintasan paling sibuk di dunia - Shibuya Crossing. Nak merasai dan lihat sendiri macam mana sibuknya Shibuya crossing ni. Kita pun ikut sama sibuk melintas banyak kali. Yealah..peluang bukan datang selalu kan.

Keesokan harinya saat yang dinanti-nanti, Tokyo Disneyland here we come!Masa untuk kembali ke zaman kanak-kanak. Lagi-lagi ini pertama kali kita masuk Disneyland. Mestilah overexcited.Nak habiskan satu hari dalam Disneyland dan enjoy puas-puas.Yahooo!

Tak sah lah kalau pergi bercuti tak beli cenderahati sebagai tanda kenangan. Asakusa terkenal dengan beratus kedai yang menjual cenderahati dan juga makanan. Rambang mata lah bila dah sampai sini. Alang-alang boleh lah singgah sekali Sensoji Temple yang terletak di hujung jalan. Temple ini dibina pada tahun 1950an dan paling tua di Tokyo.Di Asakusa ini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional Tokyo dari segi makanan, cenderahati, ada rickshaw ride dan boleh jumpa geisha juga di sini.

Dah puas shopping, kita sambung jalan cuci mata melihat keindahan Tokyo dari sisi yang lain pula. Jom kita ke Odaiba.Odaiba ialah sebuah pulau buatan yang terletak di Tokyo Bay. Jangan lepaskan peluang untuk naik ke dek tinjau di bangunan Fuji Tv. Cantik pemandangan dari tingkat 25 ni. Yang paling popular bila waktu malam jambatan yang menghubungkan Tokyo dan Odaiba ini akan berwarna-warni dipanggil Rainbow Bridge. Ada pula patung Gundam gergasi buat pertunjukan waktu malam. Banyak rupanye aktiviti dekat Odaiba ni.Memang wajib pergi.

Itulah antara tempat yang teringin nak pergi kalaulah dapat ke Tokyo nanti.Pasal tiket flight dan tempat menginap tak perlu risau sebab dengan Traveloka semuanya senang dan murah berbaloi-baloi.Bila dapat kos yang jimat mungkin boleh jadi seminggu kita berumah di Tokyo.Amboii...Manalah tahu kan. Hihihi..Harap-harap tercapai hajat kami ke Tokyo ni.

Travelokaaa,Pleaseee ..I need a holiday;)
Tokyo...wait for meeeee!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah