CHERITERA KAMI...: Family Suite Swiss Garden Resort Residences Kuantan

Dec 1, 2016

Family Suite Swiss Garden Resort Residences Kuantan

Hi december!!Hi adik2 dah mula cuti sekolah.Mak ayah pun seronok dah plan macam-macam cuti sekolah ni kan.Happy cuti-cutian korang!!! N tengah korek-korek gambar mana yang belum post lagi dekat blog. So, mostly entry lepas-lepas ni banyak yang throwback mode tahap gaban. Hahha.Gaban juga dapat nama.

Harini punya post throwback 4bulan lepas hujung bulan August. Cuti-cuti sempena reunion Cik B dan kawan-kawannya masa belajar di Ukraine dulu. Kita tak cerita pasal reunion, kita nak cerita pasal tempat yang kami stay ni.Lama sgt tak mai pantai timur, rindu bau laut Laut China Selatan.

Selamat datang ke Swiss Garden Resort Residences Kuantan

Dah alang-alang singgah KL dulu, offer la mak dan anak buah ikut sekali. Total 5 orang, jadinya kami book family suite atau maksudnya 2 bedroom apartment. Cik B pulak tukang arrange booking and deal dengan pihak hotel untuk reunion ni. N mtk la die request dekat person in-charge kalau dapat view cecantik sikit.Hehhe.

View dari our balcony 

Okla ada juga nampak view pool tu. Kalau tinggi lagi dapat view laut.Xyah nak demand sangat aih sebab harga bilik ikutkan lain kalau bilik pool/sea dengan view jalan. Ni pun kira ok la dia boleh tolong adjust. Kita dah book untuk 15 family.Hehhe...

Small kitchen dan living hall. Ada microwave, boleh la buat perangat lauk.

2nd bedroom with queen bed, almari baju dan almari makeup. Kecil ja bilik ni.

Bilik utama dengan 2 single bed. Besar sikit dari bilik tadi dan ada bilik air di dalam.

Toilet dan shower

Mini Water Theme Park..ada 3 bahagian pool..dengan slide lagi..puas la anak-anak mandi

Kene pakai swimming attire or baju licin. Baju hat cotton tu depa tak bagi. 

Tak sabar nak main air laut. Jalan nak p laut ni kene memusing sikit sebab pintu access dari hotel depa tutup kalau takda aktiviti penting. die nak elakkan orang luar dari masuk ikut situ. Tapi sebenarnya bagi N diorang boleh je bukak pintu tu dan kene ada sorang guard jaga pantau hanya hotel guest je boleh access guna pintu tu. 

💗💓

Di luar pintu masuk Swiss Garden Resort Residence Kuantan ni ada deretan kedai 7e, cafe. Seberang jalan pula ada kedai-kedai makan. Kalau lapar je, ada banyak option nak makan. Baguss!Bercuti dan makan kan berpisah tiada.Heheh..

Rate  RM480 per night include breakfast 4pax.

Rate murah dari normal rate sebab kami book in group. N cek dekat agoda dengan hotel website RM500++.Kalau yg studio room tu RM300++.  

Owh...jangan konpius dengan Swiss Garden Beach Resort Kuantan tau. 2 tempat yang berlainan tapi berdekatan.




Sebelum check-in kami singgah lunch di Sara Thai Kitchen yang popular tu, tapau pula pulut mangga. Memang sedappp!

Lepas checkout singgah lunch reramai dekat Akob Patin House. Akob Patin House ni ada banyak cawangan. Kami p Akob Patin House 3. Recommended dari one of kawan cik B.

Patin tempoyak maveles delicious nyumylicious. Semuaaa makan die sedap belaka!Wajib pergi kalau mai kuantan k

First time dapat bill makan sampai RM1200.Nasib baik share 15family.

Itulah cerita 2hari 1malam kami ke Kuantan. Banyak kan tempat makan dekat Kuantan yang best2. 
Next time pulak masuk list.

3 comments:

dalila said...

perghhhh..1200? *pitammm*
hahah

idzwa kamaruddin said...

sini memang best giler!!

Ida Puanstoberi said...

aaa... 1200

pitam!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah