CHERITERA KAMI...: Jom bercuti ke Bali

Nov 3, 2016

Jom bercuti ke Bali

Sangat kebetulan sebenarnya..seminggu selepas pergi  Ipoh Bali Hotel kami bercuti ke Bali, Indonesia pula selama 5H4M. Kami beli tiket flight pada pertengahan August untuk terbang pada 4hb Oct 2016.Ada kurang 2 bulan untuk survey dan buat itinerary. Full itinerary kite kasi summarize di hujunggg cerita Bali k.Heheh.Kasi korang enjoy baca dulu cerita then baru tgk the itinerary.

Kalau tak sebab check-in dekat Ipoh Bali Hotel, kami memang takda plan apa for anniversary. Xtau nak pergi mana.Then tetibe orang sebelah tu keluarkan soklan. Mana ek ada private pool murah?Opkos la Bali kan jawapannye. Berlambak hotel with private pool sampai pening nak pilih. Masa tu just borak-borak kosong je. 50/50 lagi nak pergi. Then, ada rezeki lebih masa tu terus cik B kata cari lah flight pergi Bali tengok berapa ringgit. Lepas survey tiket kami decided naik Malindo Air. Cik B kata naik yg selesa sikit lagi pun Malindo all included meal and luggage.Pastu Malindo ni ada screen boleh tengok movie to kill the time xboring. Tapi kita xon pun screen kite, tumpang tengok dekat org sebelah.Hehhe. Bangun tidur makan tidur bangun tidur bangun dah sampai. Alhamdulillah!!

Ehh..tapi sebenarnya journey kami Perlis-Bali la kan sebab sekarang dah nak masuk 6bulan jadi orang Perlis. Hehhe. Time ni baru rasa kalaulah Perlis ada airport lepastu ada banyak option fly to overC. tapi dalam mimpi je la. Haruslah pergi Alor Star dulu kalau nak ke KL. Beli tiket Alor Star-KLIA2 naik Air Asia masa promo Merdeka . Murahhh!!Cepat2 grab. Dari Perlis ke Alor Star macam mana??Few option jugak masa tu pikir punya pikir last last kami decided utk call taxi ambil dekat rumah. Flight pukul 830am kot. Kalau flight lewat sikit bole la naik train ke kan. Pukul 630am dah keluar dari rumah ke airport Alor Star. 

Perlis ---(taxi)---- Alor Star ---(Air Asia)----- KLIA2 ---(uber)---KLIA ---(Malindo)---- Bali

Lebih kurang macam ni la journey kami. Penat masa atas jalan dan penat menunggu. So, korang yg dok dekat dengan KLIA ka KLIA2 tu nak p jalan naik flight gi la sekarang kang kalau dah dok jauh dari main airport macam kami. Jenuhh!

Sampai KLIA2 pukul 930am. Awal sangat nak tunggu next flight ke Bali pukul 455pm. Pergi cari money changer dulu sebelum tu dah tukar duit dekat Central Market masa balik KL bulan August tu tapi rasa macam tak cukup. Tukar lagi dekat Maybank Money Changer KLIA2. Then lepak dekat Bumbu Desa makan breakfast. Pusing-pusing KLIA2 tu then lepak Texas Chicken plak.

Pukul 1 cakap dengan cik B jomla masuk xtau nak buat apa dah. Tengok dekat screen besar yg list penerbangan kenapa semua Air Asia je. Pergi tanya dekat kaunter, KLIA2 sekarang semua Air Asia je. flight lain dekat KLIA. Hahaha. Kalau takde drama tak sah kan. Nasib awai lagi. terus cari uber zass tak 10minit sampai KLIA. Nasib awal check.

Sampai KLIA tu terus masuk departure lepastu sangap menunggu dekat situ.Lama tak rasa naik train dekat KLIA tu.Train yg bawa pergi tempat departure tu. Tak sabar nak sampai Bali sebab dah berlengas badan dah penat duduk sakit bontot. Hahah..

Akhirnya...BALI, here we come!!

Letak satu je la gambar entry kali ni sebab lepas2 ni ada banyakkk gambar korang nak kene cuci mata.

Tiket Flight Alor Star - KLIA2 (Air Asia, merdeka promo) = RM37 one way (2pax)
Tiket Flight KLIA - Bali (Malindo Air) = tunggu hujung cerita Bali la eh..boleh?;)


3 comments:

mama tisya said...

oh malindo pn ada ye ke bali....dlu2 ms lps kawin mmg plan nk honeymoon bali ..lps tu ada kejadian bom so terpaksa cansel...smp sudah tk tercapai lg nk pegi hehe

idzwa kamaruddin said...

Next entryy..aaa jeles nyerr orang tu asyik honeymoon sokmo..hehehee..best best best!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. Hahaha nasib la sempat check.. kalau tidak melepas bali hihiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah