CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Water Blow Nusa Dua Bali

Nov 17, 2016

Bercuti ke Bali : Water Blow Nusa Dua Bali

Lepas menahan terik di Melasti Beach, perjalanan diteruskan ke tempat makan yang paling sedapp setakat kami di Bali haritu. Nanti N buat entry khas pasal tempat makan di Bali ok. Ikutkan berlengas badan dengan cuaca terik ni rasa nak terus check-in hotel je. Tapi kita follow je as per itinerary yang kami dah buat.Alang-alang penat, penat terus. Nanti balik hotel memang plannye nak santai-santai je.

Ok, tempat ni tak silap jumpa dekat instagram jugak tak silap. Memula dah nampak dekat map tapi ingatkan spesies sama tempat dengan Waterbom Bali. Waterbom Bali ialah waterpark yang ada di Kuta, Bali. Tersenarai top 3 best waterpark in the world. Kalau korang suke waterpark nak main slide panjanggg tu boleh la pergi Waterbom Bali ni. 

Tapiii Water Blow Nusa Dua sama sekali lain dari Waterbom Kuta. Perjalanan dari Melasti Beach mengambil masa 40minit. Dari tempat parking nak sampai ke tempat Water Blow ni mengambil masa 10-15minit jalan kaki melalui tepi pantai dan taman yang cantik.

Yeayyy! Dah sampai Water Blow

Water Blow ini terletak di Nusa Dua Beach.Kawasan Water Blow ini diseliakan oleh Indonesia Tourism Deveopment Centre (IDTC).Dari tadi dok sebut water blow. Apa itu water blow??Water Blow ialah percikan air yang besar hasil daripada hempasan ombak ke batu.

Angin dekat sini bertiup kencang memang best terus lupa jalan kaki bawah terik mentari tadi. 

Rezeki tak ramai orang masa ni, tu yg kemain die snap snap tu

Masuk je kawasan ni,kami melilau cari jambatan. Jambatan tu merentasi kawasan Water Blow. Boleh feel Water Blow menghempas dengan lebih dekat bila lalu dekat jambatan tu. Tapi bayang jambatan pun takde. Kami pun p la tanya dekat tukang jaga tempat ni dekat hujung tu, katenye dah setahun lebih takde jambatan tu sebab dah ada beberapa kes orang jatuh dan maut. Huhuh. So for safety no more jambatan. Yealah, bile Water Blow yang tinggi tu memang kuat kan, kita pulak berdiri bawah dia. salah cara memang boleh jatuh dan bawa maut.

Perempuan yang cantik ialah perempuan yang ada keyakinan diri..yakin dengan rupanya....
Korang perasan tak?Sinilah tempat iklan Dnars tu yg kain terbang2 tu.Tengok x?G tengok sekarang;p


Ini la Water Blow nya.Sanggup akak berdiri di celah batu karang ni demi mu Water Blow. 

Alhamdulillah...SubhanaAllah antara kuasaNya.

Lama jugak lepak sini sambil tunggu Water Blow sambil snap snap dengan angin best lagi. Ada tu tak sempat nak snap sebab cepat sangat blownya. Next time kalau mai sini lagi datang petang pulak la boleh tengok Water Blow tinggiiii lagi. Kemahin next time yea;p

Kalau nak tengok macam mana Water Blow yang tinggiiii tu boleh la korang search dekat youtube.

Nak masuk sini xde entrance fee..FREE!Tak sabar nak check-in pulak lepas ni..tunggu next entry k;)


3 comments:

Chekgu Azrine said...

cantiknya bali..bila dapat sampai sini...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. Seramnya dengar kematian kat tempat indah macam ni... nanti nak google la jambatan tu rupa macam mana. Hehehe

Sheila Salim said...

Da google. Serius cantik, water blow dia tinggi gila. Seramnya nasib da takde jambatan tu for safety kan..tgok pic tadi amazing gila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah