CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali :Uluwatu Temple

Nov 14, 2016

Bercuti ke Bali :Uluwatu Temple

Hari ke3 di Bali, kami check out dari Pondok Sari Hotel,Kuta dan akan check-in dekat hotel lain pula. Biasalah ktorg punya style kalau dah cuti beberapa hari tu tak sah kalau tak tukar-tukar hotel. Dah alang-alang kan. Sebelum check in tu, kami singgah dulu beberapa tempat.

Tempat pertama ialah Uluwatu Temple.Selain Tanah Lot  , Uluwatu Temple juga merupakan antara tourist attraction paling popular di Bali. So, WAJIB  juga masukkan dalam itinerary korang tau. Perjalanan ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang 45minit.

Lebih kurang pukul 10pagi kami sampai di Uluwatu Temple. Belum ramai orang lagi masa ni.Dekat kaunter ni ada satu bekas berisi kain perlbagai warna. Wajib pakai kain tu kalau nak masuk dalam ni. Bagi yang berpakaian tutup elok hanya perlu ikat kain di pinggang, kalau yang pakai skirt atau seluar pendek kene ikat seperti kain.Nak masuk tempat orang kene la ikut syaratnya kan. Menghormati budaya dan adat mereka.

Dalam kawasan Uluwatu ni kene hati-hati dengan barang-barang yang korang bawa sebab cik monyet sangat banyak. Yang besar yang kecil. Supir dari dalam kereta sampailah ke kaunter tiket ni die ingatkan. Monyet-monyet dekat situ agak agresif lagi-lagi bila dia nampak bayang macam makanan yang kita bawa walaupun sebenarnya bukan. So, better korang simpan la segala barang dalam beg elok-elok. Setakat handphone, kamera tu takde la dia nak amik. 

Melepasi kawasan monyet banyak tadi dan tak jauh dari gate masuk tu korang akan jumpa satu pemandangan yang SubhanaAllah..cantik sangat kejadiannya. 

Tengah fefeeling ni pun tetiba cik nyet datang tepi. U tengok I, I tengok U. Sebaik dia tak nampak kita macam makanan kan.Hahah.Baiklah,I mengalah pergi cari port lain pulak  la;p

 Sila siapkan kipas tangan dan tisu sebab confirm berpeluh sebab cuaca pagi ni boleh tahan terik. Mungkin kalau datang petang sikit xseterik ni tapi nak view terang cantik gini kenelah datang pagi. Tu yang ambil gambar memasing mata macam nak lelap menahan terik.

Seram je kite tengok orang ni dok panjat duduk tepi-tepi ni. Tinggi wooo cliff dia. 

SubhanaAllahhh!


Kasi can la ekkkk...Ihikksss;)

Di Uluwatu juga terkenal dengan view sunsetnya yang cantik.Kalau datang petang korang boleh join sekali persembahan Kecak Dance sambil tengok sunset. Sebab kami ni memang tak minat dan taknak tengok dance ni thats why kita datang pagi.

 Panas pun semakin mencucuk. Jom kite ke next destination pula.

Rasa gayat tu ditutupi dengan rasa kagum dengan pemandangan yang sangat indah. Laut biru terbentang luas. 

Entrance Fee : IDR 30,000 /pax (adult), IDR 20,000/pax (child)

Next destinasi kita p tempat yang belum popular lagi tapi cantik sangat...tungguuu!




1 comment:

idzwa kamaruddin said...

Best nyer la hai dikkkkkk 😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah