CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Tempat Makan Halal di Bali

Nov 22, 2016

Bercuti ke Bali : Tempat Makan Halal di Bali

Seperti yang dijanjikan, entry ni khas untuk share tempat-tempat makan yang kami sempat terjah masa di Bali haritu. Semua tempat makan yang kami pergi ni InsyaAllah halalan toyibba ok:)

Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro, Kuta

Sesampai je di Bali, supir terus bawa kami ke sini. Dekat je dengan airport dalam 15minit.Restoran ni direcommendkan oleh supir sendiri sebab malam tu memang ktorg takde target nak makan mana. Dah lapar pastu tak sabar nak check-in kan. Agak popular juga restoran ni banyak juga N baca orang review.

Sesampai je dekat restoran , nak turun dari kereta ade staff restoran ala bodyguard pakai baju coat siap tolong bukakkan pintu kereta lagi. Selamat datang Puan Sri dan Tuan Sri..heheh

Ayam Presto Masak Telor Asin dan Ayam Presto Cabai Merah

Ayam Tulang Lunak atau Ayam Presto maksudnya pressure cooked chicken. Memang gila lembut lunak hancur la tulang ayam tak payah kunyah terus telan pun boleh.Heheh.

First dinner di Bali

Mmm...sayangnya N makan tak habis mungkin sebab telor asin tu rasa die cepat muak kot. Total rasa bolehh la takde la umpphhhh sangat. Harga agak pricey tapi dah sampai dah lapar, layan kan je lah. 

Total IDR 326,000

Warung Kampong Pedas, Nusa Dua

Tempat lunch kami hari ke3 di Bali selepas jalan-jalan di Melasti Beach. Supir ada juga tanya kami ada rasa nak makan di mana-mana ke kak. Kalau ada, saya bawa kan katenye. Kami nak makan tempat yang sedapppp sekali. Ok, kak.Jom kita.

Warung Kampung Pedas terletak di Nusa Dua lebih kurang 20minit dari Melasti Beach. Masa kami sampai tu memang waktu makan tenghari. Ramai juga tourist yang datang makan dekat sini. 

Pilihan menu yang ada. Nak pilih pun pening walaupun menu tak banyak takuttt je kalau tak kene tekak.

Ayam bakar madu dan Ayam kuah pedas. Seriusly, korang WAJIB order ayam kuah pedas. Terbaik pedas dia. Memang umpphhhh! Sambal pun sedap.

Muka-muka gembira dapat makan sedapp bangat.Memang tak salah pilihan supir kami.

Ktorng siap tapau lagi untuk dinner dekat Grand Whiz Hotel lauk yang sama.Sedappp memang sedappp!Wajib try ok:)

Total IDR 253,000

Tak jauh dari Warung Kampong Pedas terdapat sebuah masjid kalau korang nak singgah. Masjid yang agak popular di sini. Memang susah nak nampak bayang masjid sepanjang 5H4M kami di Bali dengar azan apatah lagi dah kata majoriti masyarakatnya beragama Hindu kan. So, N memang masukkan dalam itinerary untuk singgah sebentar di Masjid Agung Ibnu Batutah Nusa Dua ni.



Wong Solo Kuta

Hari ke4 sebelum check-in di Ini Vie Villa, kami singgah dulu makan tengahari di Ayam Bakar Wong Solo. Ada 1 lagi cawangan Wong Solo di Denpasar. Kami pilih yang ini sebab jaraknya hanya 15minit sahaja ke Ini Vie Villa.

Jom tengok sedap ke tak Wong Solo Bali compare dengan Wong Solo Malaysia.

Kedudukan Wong Solo Kuta agak tersorok sikit dari jalan besar. Terdapat juga delivery servis kalau korang malas nak keluar dari hotel call je no tu ok.

Restoran Wong Solo Kuta memang besar. 2 tingkat open air, ada surau juga disediakan. Bersih dan selesa.

Pilihan menu yang ada macam dekat Malaysia meriah menunya. 

Pilihan kami semestinya Ayam Penyet. Meriah lauk dia kan. Tapi sambal tu sedap lagi Malaysia punya, Yang ini macam ada rasa rempah dan sayur ada xtau die letak so macam potong sikit rasanya.

Total IDR 186,000

N order Teh O Ais tapi tak boleh telan. Teh dia rasa rempah ke ape kita tolak kasi orang sebelah. Kita order soda gembira juga yang sedap. hehehe. Kami takeaway juga untuk dinner di villa nanti. Esoknya selepas check-out pun kami singgah lunch di sini. Hahah..Nampakk...1 sebab MURAH. 2 sebab malas nak fikir tempat makan lain. Alasan kukuh kan??Heheh..

Lagi 1 tempat makan boleh baca di sini Jukung Bali Seafood, Jimbaran

So, in total ada 4 tempat makan yang kami sempat singgah. Tempat makan di Bali memang banyak cuma nak mencari yang halal yang kene dengan tekak dan pastinya kalau dapat yang murah lagi la best kan. Apa-apa pun terpulang pada selera masing-masing. Harap entry ni membantu korang:)

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann. Wahh sedapnya ayam penyet. Alaaa terliur la kita baca hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah