CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Tanah Lot

Nov 10, 2016

Bercuti ke Bali : Tanah Lot

Tempat ke3 untuk hari ke2 di Bali. Kami plan nak mencari sunset di sini tapi tapiii otw dari Jatiluwih nak ke Tanah Lot hujan sepanjang jalan. Dah sampai Tanah Lot pun hari masih hujan. Terpaksa tunggu dalam kereta tunggu hujan teduh dulu.

Perjalanan dari Jatiluwih Rice Terrace ke Tanah lot mengambil masa hampir 2jam itupun supir lalu jalan short cut. Kalau tak lalu short cut mungkin 2jam setengah kurang lebih. Ktorang sampai di Tanah Lot pukul 3petang. Entance fee masuk Tanah Lot dah naik harga!Double!!Supir pun dok mengomel juga dia cakap harga naik tapi tempat parking teruk xde ape pun perubahan. Memang agak teruk tempat parking tu berlubang-lubang dah la hari hujan becak pulak.


                   View pertama yang nampak bile masuk dalam kawasan Tanah Lot. SubhnaAllahh!


Belakang tu the other part of Tanah Lot.N ada satu perangai yang kalau nak pergi bercuti somewhere memang akan google habis dan nak tahu in detail macam mana tempat tu. Macam Tanah Lot ni xjumpa camna rupa besar kawasan tu. So, bila dah sampai ni baru tahu..owhh..temple tu kat sini itu kat sinun..owhh..so kita pun share dengan korang;)

Jom kita jalan ke belakang tu plak..

Hujan baru teduh, pelancong semua baru stat masuk tu.

Ambil gambar sambil takut2 tengok ombak tu kang tetbe sampai ke kita kang..mana ko nak larii...hahaha...Cantikk aih!

Nak mbil gambar kat hujung ni menyelit-nyelit jugak so hati-hati k jangan ade yang tergelincir pulak

Kalau ada fulus lebih boleh la stay dekat Pan Pacific Hotel sebelah je dengan Tanah Lot.Boleh tengok dari sunset view diorang je Tanah Lot ni. 


Bawah temple tu katanye ade seekor ular. Ular spesies ape tak tau. Ular air kot. Ada penjaga dekat bawah tu. Lepas tu kalau nak naik sampai atas kene minum air suci diorang. Kita xda la pergi sampai situ. Tengok dari sini je..Huhuh..

Dekat sini dengan di Pura Ulun Danu Bratan ada beberapa orang local buat perkhidmatan photographer siap print terus. Xpasti berapa IDR tapi diorang ni merayap-rayap cari customer sambil bawak kamera. Suruh posing begitu begini kat orang tu so kalau korang nak mendapatkan khidmat photographer boleh sediakan bajet lebih k.

Di luar kawasan attraction ni ada berderet kedai untuk krang shopping. Mostly review N baca cakap harga barang-barang dekat sini reasonable and jatuh kategori murah. Tapi kami tak shopping apatah lagi cuci mata.Hahha.

Bye bye awak! Takdak rezeki nak tengok sunset awak. Next time k. Amboii next time sangat;p

Entrance fee : IDR 60,000 /pax. kan dah cakap double. Ni memang takdak tiket local .Terus bayar IDR 120,000 2orang. Huhuh...

Ada la sejam jugak dekat sini. Baru pukul4petang. Nak tunggu sunset mau lagi 2jam. Dengan mendung-mendung gini macam xbape je sunsetnye. Sambil jalan tu sambil pikir mana nak p. Sebab ikutkan itinerary harini last dekat sini tengok sunset dan pergi dinner balik hotel.

Fikir-fikir punya tanya supir mintak pendapat..ok..kita ke next destinasi. Tungguuu!!

3 comments:

Rozita Abdul Rahman said...

cantiknya... tengok ini je pun kena bayar sampai harga gitu eh? ke ada benda lain lagi boleh buat dalam tu ann?

Sheila Salim said...

Ada nampak amazing race buat kat sini. Ular besar2 hahaha... takutnya. Tapi view sini cantiknya...tempat ni femes kan...

atiehilmi dot com said...

cantiknye !!!! hee~ bila la dapat sampai.. tengok gambar2 kat sini pun dah happy aih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah