CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Sunset di Jimbaran Beach

Nov 12, 2016

Bercuti ke Bali : Sunset di Jimbaran Beach

Jimbaran macam ada takde ada dalam itinerary kami.Masa memula N buat itinerary masukkan Jimbaran tapi bila dah finalize keluarkan Jimbaran kononnye takut tak sempat nak pergi tapi dah namanye rezeki. Dapat jugak menjejakkan kaki di Jimbaran. Antara tempat Must Go di Bali kan.

Sebut je Jimbaran dah terbayang makan seafood tepi laut sambil tengok sunset dan jangan lupa jagung bakar sedap.hehehe.kedai makan yang kami pergi ni recommended dari pak supir. Cakap dengan dia mahal la pak nak makan dekat Jimbaran ni. Dia kata jangan ambil pakej tu order satu-satu. Memang N ada baca review orang bagi tips sama macam tu. Kalau ambil pakej yang kedai bagi memang mahal la.So, ingat tips ni ok kalau nak bajet;)

Jukung Bali Seafood 

Ada banyakkk kedai seafood di sepanjang Jimbaran Beach. 14 kedai kot tak silap supir cakap. Tapi Jukung Bali Seafood ni yang direkemen kan oleh supir. Pak supir kata, kak kalau ada nak pergi kedai lain pun boleh saya bawakkan. Kami pun tak paksa korang mai kedai ni;p

Ada surau disediakan. So, nak lepak lama-lam pun takpe dekat Jimbaran ni tak perlu risau nak solat mana.Alhamdulillahhh...

Satu jam perjalanan dari Tanah Lot. Pukul 5 petang kami sampai di Jimbaran. Meja yang line depan sekali dah fully reserved. Dapt 2nd-line pun ok je.

Package yang ada. Bajet lebih boleh la order yang ni.N share menu ni senang korang nak allocate bajet.

Kami order white snapper je. Ala Carte ni dah siap sekali dengan corn soup, nasi, sayur dan sambal.

Sementara tunggu makanan sampai, nampak pula orang jual jagug bakar. Wajib la beli ramai kata sedap.Harga jagung bakar IDR 5,000.

Ramai tengah tunggu sunset

Baru nak makan sejak dari breakfast dekat Pondok Sari Hotel  Jom makan!

ok..ni kene bagitahu.Sambal ni sangat sedappp! Terpaksa mintak lagi dan lagi.

Kak, dari mana?Dari Malaysia.Ooo..Malaysia..ok..kita nyanyi lagu 'Anak Kampung'.Sampai sekarang akak tak puas ati tau kenapa korang nyanyi lagu anak kampung. Potong betul mood romantika.Hahahaishh..

Sebabkan cuaca mendung harini. Sunset pun tak berapa set tapi alhamdulillah.. Dapat menikmati view macam ni dengan orang tersayang. Rezeki!

Lagi malam lagi meriah dan cantik. Dah kenyang dah habis jadual harini. Jom balik hotel.

Total makan dekat Jukung Bali Seafood Jimbaran IDR 254,000

Sambung esok pula hari3 di Bali..

1 comment:

JA Julia Caem said...

nice view kak,,,cantik pula tuh pemandangan. jimbaran memang best lah kak. apalagi holiday bersama pasangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah