CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Pura Ulun Danu Bratan, Bedegul

Nov 8, 2016

Bercuti ke Bali : Pura Ulun Danu Bratan, Bedegul

Hari kedua di Bali, tak sabar nak berjalan hari ni. Pukul 830 pagi dah janji dengan supir jemput kami di hotel. Otw nak ke Bedegul ni, singgah beli simkad (bahasa indonesianya kartu ya ibuk bapak). Cakap je dekat supir tu, boleh singgah beli kartu tak. Nanti pandai la dia carikan kedai. Haritu cik B beli IDR 66,000 , kita tumpang wifi die je.Hehe. Wifi hotel kan semput, xboleh hidup tanpa internet sangat konsepnya.

Perjalanan dari Kuta ke Ulun Danu Bratan mengambil masa 2jam. Supir cakap jadual yg kami suggest ke die tu agak pack. Saya bawak laju ya ibuk.Awal-awal tu ok la.. Dah sampai kawasan berbukit tu macam cameron jalan bengkang-bengkok nasib tak muntah.Cuaca mendung masa kami nak sampai Bedegul tu. Doa-doa jangan hujan lagi. Once dah sampai situ, korang memang rasa ala-ala ada di Cameron.Udara sejuk, fresh, berangai sepoi bahasa.Lepastu banyakkk kedai jual buah-buahan termasuklah strawberry.

Sampai di Ulun Danu Bratan Temple pukul 11pagi.Supir drop kami dekat entrance then ktorang janji dalam sejam kita jumpa balik.

Ok..lets jalan-jalan...


View awal yang korang akan nampak.. macam garden kan cecantik bunga warna warni

Tengok menyelit-nyelit nak ambil gambar sini.Masa kami datang ni kira low-season kalau peak season tak tau la lagu mana.

Ramai dah tahu kan Bali majoriti masyarakatnya beragama Hindu. Sebab tu banyaakkk sangat pura/temple dekat Bali untuk diorang buat upacara keagaamaan.Masa kami jalan-jalan dalam ni pun diorang tengah sembahyang, kumpul reramai tapi janga risau tak menggangu pengunjung pun tak da bau atau bunyi pelik-pelik.

Pura yang tepi tasik Bratan ni yang menjadi tumpuan. Sebab?Sebabnya gambar Pura Ulun Danu ni terdapat pada duit IDR 50,000 mereka. Korang google la macam mana rupa IDR 50,000 diorang tu.Hehhe..Ce tengok sama ke tak;)

Penat jalan-jalan duduk bawah pokok cantik ni...Tenang je lepak santai borak-borak sambil wefie;p

Ehem...Kasi can la kat model tu pulak.Baju putih kain batik siap pakai macam serban tu ialah pakaian sembahyang masyarakt Hindu dekat sini. So, itu adalah view biasa dekat Bali. 

  Korang boleh sewa sampan tu or bot swan kayuh tu utk keliling tasik.

Teruja berjalan dekat 'lake garden'

Playground, restaurant, toilet, kedai souvenir pun ada dekat sini.

 Bajet masa 45minit-1jam spend masa dekat sini kalau korang nak ambil gambar banyak, jalan-jalan. Berbaloi perjalanan 2jam tadi dengan view cantik, udara segar sejuk.

Eh..bukan free tau masuk ke Pura Ulun Danu Bratan ni. Mestilah ada entrance fee. Ikutkan kene bayar IDR 60,000 (2pax) tapi orang kaunter tu kata IDR 30,000 (2pax) saja buk. Bayar tak payah tiket, terus masuk. Supir kata di Bali ni orang Malaysia kami anggap macam orang kita ja buk. Mana boleh kurang, dibagi kurang. Jimatt!;)







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah