CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Pondok Sari Hotel Kuta

Nov 5, 2016

Bercuti ke Bali : Pondok Sari Hotel Kuta

Selamat sampai Ngurah Rai Airport jam 8malam. Excited jangan cakap tapi lebih pada tak sabar nak mandi nak landing atas katil. Nak lepas imigresen tercengang blur jap ktorang. Lepas kaunter imigresen tu ada kaunter utk declare barang-barang yg korang bawak. Kalau takde nk declare pun isi sahaja borang tu dengan detail yg diperlukan. Time ni ktorg blur jugak sebab takde instruction ape. Just tanya je dekat penjaga kaunter tu. Then jalan keluar cari pak supir. Kisah pak supir pun kita masuk part last ok.Hehhe.

Nasib la dah set sesiap suruh pak supir ambil. Bile keluar tu memang riuh dengan supir yg ramai dan pemandu taxi.Tak ambil pula gambar supir dengan playcard siap tulis nama kami tu. Nama supir yang ambil malam tu Dafi. Muda lagi dari ktorg tapi memang gila-gila sikit orangnye.

Dia tanya nak terus ke gi mana?Kami cakap la nak pergi makan dulu lapar ni. Ok. Bisa bang di bawakan ke tempat makan nya. Makan di mana??Tu nanti buat entry khas pasal tempat makan halal di Bali ok??Dah kenyang dah beli kudap-kudapan. Ayoh kita ke hotel!


Swimming pool view taken from reception area

Kami check-in kui 9 malam lebih kurang. Perkara pertama yg kami tanya, ada wifi tak?Hahha..dah tahu memang ada, tapi saja tanya. nak update dekat family dah selamat sampai Bali. Kami tak buat roaming tak beli simcard lain pun masa ni. Nak tengok dulu wifi and coverage macam mana.

Maapkan di atas gambar yg tak berapa nak sharp.Tak ingat no bilik berapa. Tapi bilik tingkat atas paling hujung sekali. Booking superior room tapi dapat deluxe room.Alhamdulillah...rejeki!

Kenapa Pondok Sari Hotel menjadi pilihan? Nak cari bajet hotel sebab 2 hari jadual penuh so masa xselalu di hotel pun ambil yang mahal rugi!Lepastu nak yg ada feel ala2 bali konsep die. Cukup kuat tak reason tu?Hehhe.

Pada awalnya kami booking Pondok Sari Hotel ni untuk 1 malam sahaja. Masa tu tak complete itinerary lagi tapi sebab yeala dah sampai Bali lewat then esok memang plan nak jalan whole day so memang target hotel yang murahhh je. Konon nak cari la hotel lain dekat Matta Fair bulan 9 , tapi tak jumpa yang berkenan. So, balik tu diskuss semula kami book lagi 1 malam stay dekat Pondok Sari Hotel ni.

Untuk 2 malam tu kami dapat harga yang sama booking via hotel webpage Early Bird Deal, breakfast included.Harga??Baca sampai habis entry k;)

Rain shower bathroom complete sabun shampoo hair dryer. Dalam bilik pun dah sesiap ada iron so tak perlu nak request.

Reception dan breakfast area. Gambar di ambil pada hari ke3 sebelum check out. Breakfast dekat sini simple sahaja. Roti bakar dan telur rebus. So tak perlu was was halal ke tak dah tentu takde daging. Alhamdulillah breakfast simple tu kenyang sampai ke petang.

Swimming pool yang tak sempat mandi pun sempat tengok je. Jadual penuh.

Kedudukan Pondok Sari Hotel ni agak tersorok sedikit dari jalan kuta. Dari hotel nak ke jalan kuta tu lebih kurang 5minit walking distance. Lorong keluar masuk hotel ni agak sibuk jugak. Sama lorong dengan Best Western Villa Kuta.

Overall..Pondok Sari Hotel Kuta ni agak sesuai untuk yang mencari penginapan budget tetapi masih selesa, bersih, servis bagus, lokasi agak strategik cuma wifi coverage tak berapa strong.

Harga per night  Superior Room IDR 221,000 (RM70.90) Early Bird Deal, breakfast included. Boleh buat booking melalui Pondok Sari Hotel Kuta

Siap tanda bagus lagi orang sebelah tu;p

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann. Wahh bestnya. Lawa la ada pool. Sempat ke terjun tiruk tu? Hehehe btw sihat ke.. lama sheila tak bw sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah