CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Melasti Beach

Nov 15, 2016

Bercuti ke Bali : Melasti Beach

Aktiviti hari ke3 ni semua tempat bertemakan laut dan pantai. Antara pantai yang popular dan agak ramai orang ialah Dreamland Beach dan Pandawa Beach. Kalau korang suka atau nak belajar surfing boleh la datang sini. Kalau nak cuci mata tengok akak dan abang mat berjemur tepi pantai pun boleh.Heheh.

Disebabkan kami ke pantai bukan untuk mandi. Memang takla nak mandi laut jenuh la nak salin baju bagai semua. Setakat main air di gigi pantai, menghirup bayu laut yang segar dan sentiasa dirindui tu yang kami cari pantai yang lain dari biasa. Selain google, N selalu search dekat instagram juga untuk dapatkan info,gambar terkini sesuatu tempat dan tempat-tempat yang menarik. Sangat membantu instagram ni!

Lepas shortlistedkan beberapa pantai, kami decide untuk ke Melasti Beach. Actually dekat Melasti Beach ni ada air terjun kecil  tepi pantai tau cantikkkk lagi-lagi waktu sunset, tapi dari nak sampai ke tempat air terjun ni agak mencabar. So, kami delete impian tu. Baru ingat nak fefeeling Dilwale. Berangan tinggal berangan. Korang boleh google waterfall Melasti Beach or tengok music video official Tomok dan Yana Samsudin (Cinta Tak Pergi) ada scene dekat waterfall tu.

Perjalanan dari Uluwatu Temple ke Melasti Beach lebih kurang 30minit. Cuaca semakin panas dan terik. Tengah hari buta ko jalan dekat pantai. Hancus segala plan konon nak photoshoot cenggitu cenggini dekat sini, Nan hadooo..Padan la omputih suka nau p Bali berjemur tepi pantai memang sesuai nak 'warnakan' kulit. Teriknyaa MasyaAllah tapi view memangggg......

 SubhanaAllahhhh!!๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pasir putih tepi pantai ..ombak saling berkejaran..ewahhh!๐Ÿ˜‰

Melasti Beach ni masih belum popular di kalangan pelancong. Belakang tu baru nak buat jalan terus ke pantai. Yang kami lalu tadi jalan lain.

Good dose of Vitamin Sea...Alhamdulillah

Melasti Beach terletak di daerah Ungasan, Selatan Kuta. Terdapat beberapa hotel berdekatan juga.Memang tak ramai pun orang dekat sini. Seronok nak poosing lagu mana ambil gambar takda segan orang tengok.Hehhe. Tapi jangan risau ada guard jaga kawasan ni for your safety. 


Mampu kejap je dekat sini, rasa berat je nak meneruskan perjalanan tapi tuelalah tak menahan dengan terik dan peluh yang menitik,Huhui..Dicadangkan korang kalau nak mai sini, datang pagiii ataupun petang sikit time cuaca agak redup okeh.

Next, ke mana pula kami??

2 comments:

Norma NML said...

subhanallah...cantiknya beach :)

Chekgu Azrine said...

cantik2 sangat gambar dalam ni
bestnya dapt brcuti kat bali..
saya blm pernah sampai lagi bali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah