CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Jatiluwih Rice Terrace

Nov 9, 2016

Bercuti ke Bali : Jatiluwih Rice Terrace

Jatiluwih Rice Terrace setengah jam perjalanan dari Pura Ulun Danu Bratan. Asal itinerary pergi Jatiluwih dulu baru Pura Ulun Danu tu tapi supir kata kita tukar ya kak sebab nanti jalannya memusing. Ok..janji bawak kite pergi.Jatiluwih ni pun masa awal-awal google pasal Bali tak ramai orang kita yang review. Bos besar pesan cari tempat yang orang jarang pergi. Gigih la iols cari.

Laluan ke sini memang jalan kampung dan bila dah sampai SubahanAllah nyamaannnn!Entrance masuk IDR 35,000 sahaja guna tiket as local.Tq pak supir!!Kalau harga biasa tak sure berapa. Tiket yang dapat tu simpan baik-baik ok sebab nanti kene tunjuk masa nak lalu dekat rice terrace tu.

Ni belum masuk betul dalam Jatiluwih lagi. Depan sikit tu baru jumpa entrance Jatiluwih. 
Segar mata dengan air yang jernih tu. 

Tempat parking dan restaurant kalau nak lepak makan minum tapi kami tak p pun. Opposite Gong Jatiluwih Restaurant & Lounge nlah tempat laluan korang nak lalu dekat rice terrace tu. Ada orang jaga dekat situ sebelum lalu kene tunjuk dulu tiket tadi ok.

Cuaca mendung kalau ada sinar mentari ni confirm lagi cantik.Nak cantik lg datang awai pagi masa sunrise..cuba korang google memang cantik. Yang ni pun mulut tak henti SubhanaAllah.

Sebenarnya kalau korang nak tahu Jatiluwih ni salah satu UNESCO World Heritage Bali. Memang kawasan di sini di jaga betul-betul tiada sebarang pembangunan macam hotel ke resort sebab nak menjaga kawasan rice teracce ni.

Saujana mata memandang. Luassss dan besarrr sangat Jatiluwih Rice Terrace ni. Nampak tepi sana tu kawasan perumahan orang sini. Korang explore selagi boleh kawasan ni. Ada few pitstop ambil gambar selain yang kami berenti tadi tapi sebab hari nak hujan dan nak menacari parking agak susah. So, kita ambil mana yang sempat je la. 



Walaupun sekarang duduk dekat Perlis dikelilingi sawah padi tapi sawah sini lain so dia punya teruja tengok tu lain macam. Cantik dia pun lain.

Rasa sangat fresh!geram tengok tali air dia. Jernihhh sangat...


Pak supir cakap dia pun lama tak datang sini ada dalam 3 4 tahun juga sebab tak da yang request nak datang ke mari. So, masa kami ambil gambar die pun sibuk sekali ambil gambar. Siap dia pesan dekat kita, nanti akak masukkan dalam blog ya tempat ni kasi ramai lagi orang datang. Wajibb!

Tq pak supir ambilkan gambar.Dua orang yang gembiraa.Huhuii..Dalam 45minit juga jalan-jalan dekat Jatiluwih ni, masuk je dalam kereta hujan mula rintik-rintik.
Pak supir tanya, puas kak??Beratt je akak nak jawab puas.Hahhaha;p

View ni ambil dalam hujan renyai. Masa ni otw dari Jatiluwih ke next tempat plak. Tak jauh la dari keluar Jatiluwih tadi. Tak tahu apa nama tempat ni sebab pak supir bawa ikut short cut die pun pasang waze lepas tu ktorang nampak ni terus cakap..pak benti pak nak amik gambar boleh?Stop la die tepi jalan sempit tu. Dan dan benti banyak lak kereta motor lalu. Tu yang ambil gambar ni cecepat dalam hujan renyai.

So, kami memang suggestkan dekat korang untuk masukkan Jatiluwih ni dalam itinerary korang bila pergi Bali ok. Wajibbb!;)

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann. Wahh cantik sangat. Subhanallah. Bestnya. Teringinnya nak pergi Bali. Hehehehe nanti share ehh berapa total kos pergi sana, letak sekali link2 entri yg dah pergi area bali. Senang sheila nak save ekekeke. Boleh buat rujukan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah