CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Ini Vie Villa, Legian

Nov 21, 2016

Bercuti ke Bali : Ini Vie Villa, Legian

Hari ke4 kami di Bali..kejap je masa berlalu esok dah nak balik KL. Lepas check out dari Grand Whiz Nusa Dua  , Kita nak check in tempat lain pulak. Harini sampai la balik esok aktivitinya memang rehat santai makan tidur sahaja. Memang sesuailah dengan tempat yang kami nak check-in kejap lagi.

Kalau bercuti ke Bali, tak kiralah honeymoon, anniversary, familytrip or friendtrip WAJIB paling kurang 1 malam akan stay di villa with private pool. Setuju?Ada bermacam jenis design villa dengan harga minimum pun still takkan dapat dekat Malaysia. Dah la harga berpatutan, servis pulak superb. Memang bercuti Tan Sri dan Puan Sri la. Opkos kami pun nak rasa stay dekat private pool villa macam mana dah ni pun antara sebab tercetusnya percutian ke Bali ni. Sesi memilih private pool villa ni memang memeningkan. First thing first kene ada target bajet baru senang nak decide. Kami letak bajet lebih skit dekat villa ni so untuk malam-malam sebelum ni cari la hotel yg murah-murah sikit. Apapun ikut cara dan bajet masing-masing lah yea.

Again villa ni pun N jumpa dekat instagram. Memang diorg active dekat instagram pun. Baru setahun beroperasi. First time tengok terus melting terus share dekat big boss mtk approve. Nasibb approve!hehhe..

Selamat datang ke Ini Vie Villa. Pintu utama dan reception di dalam itu.Comel!

Kawasan villa ni dicelah kawasan perumahan balik bangunan.Memang sunyi tetbe ada villa cantik. Terdapat 2 type of villa di sini, 1 bedroom villa dan 2 bedroom villa. Total villa yang ada adalah 10 unit sahaja. Memang terhad dan selalu penuh. Ok buk..villanya sudah siap. Mari saya bawakan..Jom kite tak sabar!

Welcome home katanya...memang like a home complete ada kitchenette siap

Bunga2 cinta dan swan atas katil. Feeling anniversary dan honeymoon sangat. Tepi tu macam air pancut dari pasu besar tu memang menaikkan mood romantik ada bunyi air sungai ka macam tu la. Tapi kalau rasa menggangu memalam tu boleh je off ada suis tepi tu.

Tepi katil tu ada pintu kan..belakang itu ialah toilet, shower dan juga pintu menuju ke jacuzzi. Tak ambil pula gambar situ. Excited tengok benda lain.

Eh..nampak tuu ada bunga-bunga lagi la dekat luar tu..Mata memang dari tadi tengok luar je.

Swing, private pool penuh bunga, jacuzzi.. Perfect!😍😍😍

Memang dia la yg conquer buaian ni. Dah kita yg survey buat itinerary semua wajiblah ikut taste kita kan😜

Kan dah kata, dia saja..banyakkk sgt gambar atas buai ni. Kang kalau letak byk2 dalam blog ni ada orang muntah darah pulak.Hehehe..

Petang sikit ada tambah entiti pulak. Ni pun haruslah permintaan Puan Sri. Hahha..maapkan saya. Memang disediakan float ni cumanya base on permintaan guest sebab byk dah float die bocor katenye orang dok terjun tiruk atas float.Sepanjang petang tu Puan Sri beriadah dgn swan;)

😍😍😍

Dinner kami dah siap-siap tapau masa lunch tadi. Punyanya taknak keluar dari villa.No candle light dinner juga. Makan tapau tepi pool duduk borak takdak nak pakai cecantik. Waktu malam dinasihatkan tutup rapat pintu sliding tu untuk mengelakkan nyamuk. Ritu kami panggil depa sembur ubat nyamuk dalam bilik pastu kejap-kejap bukak sliding door tu. Degil!;p

Hujan pulak malam tu..Sejuk angat..Kami tidur dulu. Goodnite!😊

Morninggg..Yok sarapan!floating breakfast with love. Tengah in trend floating breakfast ni dekat Bali. Haruslah Puan Sri pun gedik nak try. masa check-in diorang dah suruh kita pilih menu dan juga jam berapa mau breakfast. Sebelum dia hantar, dia akan call dulu bagitahu. Korang standby je la.

Bila pos gambar ni dekat FB, ramai yang tanya macam mana nak makan tu. Haaa...pepandai kome la nak style macam mana ikut kreativiti memasing.😜

Sebelum check-out...sob sob sob

Kalau korang mencari villa yg lain dari biase, N memang rekemenkan Ini Vie Villa ni. Apa yang luar biasa tu??Sebab ada buaian tu la.Heehe.Nak fefeeling princess romantica de amour. Tapi air pool tu agak sejuk. Kami mandi kejap je dah la hujan kan. Bertambah lah sejuknya. Nasib ada jacuzzi.Villa ni dapat rating yang tinggi dari booking.com, recommended by tripadvisor dan top 5 4star acommodation in Legian dari travelmyth. Haaa..nampak tu kite takdak tipu syok sendiri. Servis staff, tak yah cakap la kalau stay di Bali ni memana ko pergi servis semua tiptop orang layan macam VVVVVVVVIP.

Di website Ini Vie Villa juga ada live chat. Jadinye memang senang sgt nak communicate dengan depa. Dapat jawapan zass terus. Eh, tak share lagi berapa harga ek??Kami buat booking via Agoda. Beza harga Agoda dengan website Ini Vie Villa ada la murah beberapa puluh ringgit. Haruslah kita ambil yang murah. 

Total 1bedroom private pool villa RM550 inc. floating breakfast + float /night

Diorang pun ada buat perkhidmatan spa juga kalau malas nak keluar. Ada shuttle, sewa motor eh pendek kata tanya je dekat reception tu. Oh, lupa Ini Vie Villa juga dekat dengan tempat shopping Ole-ole Krisna. Dalam 5-10minit jalan kaki.Ni kita cerita entry lain ok.

Love more and more~

Instagram : Ini Vie Villa

Berbaki cerita tempat makan, shopping, supir dan juga summarize itinerary...Next ok;)

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, waduuh buat orang terkesima je tengok betapa indahnya private pool tu. Harus terjun tiruk hahaha. Alaaaa bilalah nak honeymoon, babymoon lagi. Anak dah 2, takde can la nak romantika sangat hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah