CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Grand Whiz Hotel Nusa Dua

Nov 18, 2016

Bercuti ke Bali : Grand Whiz Hotel Nusa Dua

Lepas ni aktiviti semua santai-santai je. Bile santai jadinye teringin la sgt kalau dapat stay hotel tepi pantai. Pening jugak nak cari hotel yg dalam bajet semuanyaaaa agak pricey. Dah alang-alang sampai area Nusa Dua ni, kami decide untuk cari hotel dekat area Nusa Dua je. Area sini lebih tenang, sunyi dan kalau suka water sport memang sini lah tempatnya.

Hotel-hotel tepi pantai di Nusa Dua ni pun boleh tahan juga harganya.Huhuh.Filter punya filter jumpa la juga yang dalam bajet.Terletak lebih kurang 10-15minit dari Water Blow Nusa Dua

Selamat datang ke Grand Whiz Nusa Dua Bali

Grand Whiz ada beberapa cawangan di sekitar Indonesia. Kirenya agak well known jugak la hotel ni di Indonesia.

Masa untuk check-in

Yang mana 1 bilik kami ni

Premier room with pool access. Ada beberapa type of room dekat sini tapi kami decide ambil yg pool access senang nak mandi terjun je.

Bilik simple tapi menyelesakan. Basic ammenities disediakan. Iron upon request.

Sementara nak tunggu petang jalan-jalan tepi pantai, dok saja dalam bilik sedang elok pulak hujan lebat.Memang memerap la kita dalam bilik.

Hujan dah reda, cuaca nampaknya bagus. Jom lah kita jalan pantai. Actually hotel ni bukanlah exactly tepi pantai. Kene berjalan ikut lorong kecil ni ada la dalam 5minit macam tu baru nampak pantainya.

Eh eh ada orang buat surprise kt kite ke..ahaha..ferasannn.Tenang kan pantai die tak crowded macam dekat Kuta/Seminyak/Jimbaran beach.

Laut terbentang luas dengan kapal cruise lalu kita lambai-lambai mana tahu next time kite cuti-cuti naik cruise pulak ke;p

I miss this moment. Lepak borak spent time together2 sampai ke senja sampai xsempat nak celup kaki kt laut tu;p

Dinner kami dah sesiap tapau dekat kedai masa lunch tadi. Dah kenyang, lepak pulak dekat sini. 

Plan asal N nak buat spa dekat sini tapi dah fully book. Boleh book awal, tapi kalau cancel kene penalty.Kuciwa jugak tak kesampaian nak ber'spa' di Bali. Huhuh...

Jadinya,kite teman je orang tu mandi.Air pool suam-suam kuku memang sedap swimming memalam.Bangunan belakang tu ialah villa with private pool.

Bangunan depan tu pun bilik juga tapi type lain.Tenang sangat rasa malam ni. Romantik pun yea.Lupa dah pasal kuciwa tak dapat spa.Hehhe..

Room rate include breakfast. Boleh tahan juga buffet breakfast die. Halal?
Dari yang diberitahu halal tapi kalau was-was makan lah yg bersesuaian je:)

Kami stay sini 1 malam je. Esok hari last di Bali. Ada tempat best menanti lagi.hehehe.

Premium Room Pool Access with breakfast RM290.73 /night (booking thru Agoda apps). 
Dekat Malaysia kalau bilik pool access ni harga capai RM500+ kan. Kira masih dalam kategori affordable untuk merasa stay bilik yang pool access macam ni dengan servis dan environment yang best. Dekat web diorang ada buat live chat tau. So senang nak tanya apa-apa tak perlu email or call. Chat je terus dapat jawapan on the spot. Suke!:)


Instagram :  Grand Whiz Nusa Dua



2 comments:

Norma NML said...

Wahh..bestnya...nice pool :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann. Suka berspa ehh. Bestnya tengok ann review lengkap camni. Terasa nak g bali esok hahahaha. Murah gila guna agoda.. trivago pernah try tak ann?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah