CHERITERA KAMI...: Tasik Cermin , Ipoh

Oct 27, 2016

Tasik Cermin , Ipoh

Kenapa Ipoh jadi destinasi anniversary tahun ni?Mm..kebetulan. Actually plan pergi Ipoh ialah pada hujung August itupun disebabkan nak transit la kononnye dari Kuantan-Ipoh-Perlis.Hujung August haritu cik B ada reunion dekat Kuantan. Plan asal dari Kuantan terus balik Perlis tapi macam penat jugak journey tu kan. So, ambil tengah2, stop dekat Ipoh. Dah siap booking bayar deposit tu. Sekali tak jadi balik Perlis, singgah KL dulu. sebab ada urusan lain. Disebabkan tak boleh cancel, alang2 xde plan untuk anniversary, so decide sambut anniversary dekat Ipoh je la 2hari 1malam. Eh, tak share lagi pasal Perlis kan???Cerita dekat Kuantan pun belum juga.*sigh* Harap bertendang la yea kawan-kawan...

Ok..balik pada cerita asal meh tengok ada apa dengan Tasik Cermin Ipoh ni.

Mesti ramai dah tahu pasal kewujudan Tasik Cermin ni kan. Dah viral dah ritu.Senang ada FB ni.Macam-macam maklumat dapat. Masa ni ada miscommunication sikit antara suami dan isteri ni. Sorang plan sampai Ipoh je terus pergi Tasik Cermin. yang sorang lagi plannye esok lepas breakfast baru pergi Tasik Cermin ni. Yg sorang tu tak mengalah cakap nak jugak terus pergi Tasik Cermin tu. OK..ke Tasik Cermin dulu la kite. Agak-agak dapat teka tak sapa sorang tu dan sape sorang ni?Kekke..

Perjalanan ke Tasik Cermin dari exit Ipoh Jelapang lebih kurang 30minit. Set je dekat waze tu InsyaAllah sampai. Nak tahu rupa jalan nak ke masuk ke dalam ni, boleh klik video ihsan dari brother ni Jalan ke Tasik Cermin, Ipoh

Kami sampai tu lebih kurang pukul 11pagi. Nasib baik dah tengok sesiap video tu. Kalau tak , mungkin dah patah balik kot.Korang akan lalu jalan tanah merah yg kiri kanan semak dan kilang-kilang simen.Masa sampai tu ada beberapa kereta parking tepi jalan, kami dah pelik jugak sebab tengok video terus parking sampai depan gua tu. So, kami pun terusss la sampai hujung masuk kawasan kuari tu.Bila nampak ada orang keluar masuk ikut gua tu , betul la tempatnya.

Teringat batu belah batu bertangkup plak. First time nak lalu dalam gua.


Inilah Tasik Cermin itu. Masa sampai ni ada couple tengah buat wedding videoshoot. Seriusly dekat sini takde angin, memang panas. Di nasihatkan kalau nak mai sini datang awal pagi sejuk sikit dan reflection tasik tu lagi cantik. 


Disebabkan dekat pelantar tu ramai orang tunggu turn ambil gambar yang ambil videoshoot la, kami amik gambar dalam gua ja. Eh, tak sangka cantik!Hahha..ferasan:p

Nampak tak pengantin kat belakang tu. Gigih la depa dengan baju songket bagai. Kami ni dah menjejes peluh. Masa ni dedua tengah on off demam. Tapi demi semangat anniversary, di gagahkan jua.

Jenuh la tahan nafas ni;p


Dan la gambar dekat sini dalam ramai-ramai orang tadi. Sabar menunggu.Dalam gambar nampak biasa je kan tempatnya??Kene datang tengok real k. 

SubhanaAllah...siapa sangka dibalik tempat kuari ni ada sesat ciptaanNya yg indah.Moga terus terbela keindahannya.

Ni masa nak balik, ada sekumpulan brother2 motor baru sampai diorang jalan kaki dari jalan kecik tepi tu. Die tegur kami, dik camna boleh masuk bawa kereta??tak takut ka?tak da orang marah ka?
Kami macam blur2 jugak masa ni. Cakap je la masuk ja ok je tengok. Masa nak keluar tu neves tengok pintu masuk dalam kuari ni dah tutup. Nasib baik la dia selak je. 
Kami sarankan, kalau korang nak datang sini, parking je dekat luar k. Agak jauh la nak jalan plus panas lagi tapi demi keselamatan.

Dah sebulan berlalu~~Happy Anniversary!!

1 comment:

Ida Puanstoberi said...

haha..yg ni sungguh tak tahu celah mana.
Kat mana plak ni?? hihihi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah