CHERITERA KAMI...: Taman Rekreasi Gunung Lang

Oct 31, 2016

Taman Rekreasi Gunung Lang

Selamat hari Isnin semua.. seronok noo oghang oghang kedah.Tahniah dan berbaloi la datang tengok bola jauh ke Shah Alam tu dan menang. Hari ni betui ka Kedah cuti?Harini kt Perlis pun dok hujan dari pagi tadi..Sejuk. Mandi pun rasa macam ayaq gunung gigil sejuk.Heheh...

Sambung kisah cuti anniversary dekat Ipoh. Dari hasil google dan rasa ramai jugak orang luar tak tahu kewujudan tempat ni. Namanye Taman Rekreasi Gunung Lang. Faktor utama yg buat nak sangat pergi sini sebab ada air terjun.

Macam ni la rupa air terjun tu. Dah verangan dah nk amik gambo ala2 dilwale background air mencurah-curah belakang kononyee. Gambar ihsan Google.

Di hari kejadian selepas breakfast dekat Ipoh Bali Hotel, kami pun zaaas terus mai sini. Ada la dalam 20minit nak sampai sini. Kalau korang lalu highway PLUS tu lepas Ipoh nak ke utara kalau toleh kiri ada nampak signboard Lang Valley. Masuk situ la tempatnya. Kawasan baru bukak.

Kami mai ni hari Isnin, memang xramai orang.Ini pun sebenarnya nak mai petang lepas check-in dekat Ipoh Bali Hotel tu, tapi masing-masing flat petang tu badan panas on off pening la ape. Tukar plan pergi harini. Masa ni dah tertanya-tanya jugak sebab tengok dekat sign Taman Rekreasi Gunung Lang tu xnampak pun air terjunnye. 

Awal sampai kaunter bukak 830pagi. Tanya dekat aunty jaga kaunter tu, aunty air terjun tu takde. Oooo...air terjun tu Sabtu Ahad saja bukak..Ciss...air terjun buatan rupenye..Serius kita ingat air terjun semula jadi hokey. Cakap kt cik B tak boleh ke request suh bukak harinni.Hahha..ko ingat ko sapee???;p 


Bagi menutupi hati yg agak lara..haaha..air terjun buatan punya pasal.Jom la kita naik bot. Masa ni kami berdua dengan budak sekolah 2orang. Diorang pakai baju sukan so bukanlah ponteng sekolah tapi mungkin ponteng aktiviti sukan.Kekeke...

Gambar di ambil di jeti naik bot.Kecil je tasiknya. Tu nampak hujunggg sana tu??Bot tu akan bawak korang seberang ke sane k.

Satu perasaan yg indah naik bot atas tasik dan pemandagan yg cantik. SubhanaAllah! Kejap je dah sampai seberang tu ada la dalam 2 3minit. Kejap sangat tak puas!Tu pun pakcik tu bawak lalu tepii.Kalau die terus je mau seminit sampai dah.Rasa nak je suruh pakcik bot tu bawak pusing lagi  4 5round.Kejap-kejap kita tengok pakcik tu. Tapi pakcik tu buat-buat tak tengok.Hampa!

Masa turun dekat jeti tu pakcik tu cakap lagi 45minit die akan datang untuk ambil. Kami pun ok pakcik. Jangan tak datang ambil pula. Jenuh nak berenang nanti. Jom kita jalan-jalan tengok apa yg menarik.

Kebetulan abang bot laju lalu.Keunikan Ipoh kan ada tasik dan bukit2 yg tersembunyi unik cantik macam ni

Tan Sri dan Puan Sri menghayati pemandangan indah di Gunung Lang

Kalau bawa anak-anak datang sini, boleh main dekat playground ni. Kita dah uji dah daya tahan buai tu memang tahan lasak.Hahha. Masa nak duduk tu perlahan-perlahan je pastu tengok kiri kanan kot la ada pekerja die nampak. Kang kene jerit plak tak sedo diri. Dinasihatkan bawa la bekal air ngn kudap-kudap kalau nak lepak ala picnic sebab ada 1 je kedai jual-jual yg bukak dekat tepi tuuu belakang tu nampak tak?? Tapi bila dah makan minum tu buang la ditempatnya. Jangan sepah merata. Sayangi alam sekitar tau.

Jangan cakap akak tak payung maksudnya

Jemputlah masuk ke teratak kami.. Adabi melazatkan adabi menyelerakan..sapa ingat iklan tu??Sepp!

Kalau datang Ipoh tak tahu nak ke mana, boleh lah masukkan Taman Rekreasi Gunung Lang ni dalam list korang. Kalau orang-orang Ipoh yg tak pernah ke mari, lapangkanlah masa bersama keluarga beraktiviti bersama. Good place untuk budak-budak boleh naik bot, ada rusa ostrich (kitorng x p tengok;p), ada playground. Mesti depa excited!Buat photoshoot pun cantik sini. mai time weekdays tak da orang.




2 comments:

Ida Puanstoberi said...

Ni tmpt feveret org Ipoh amik gmbo kawen hihi.
Nak betulkan sket statement Ann tu bleh?? hihi.
"Kalau korang lalu highway PLUS tu lepas Ipoh nak ke utara kalau toleh kiri ada nampak signboard Lang Valley. Masuk situ la tempatnya. Kawasan baru bukak"

Taman rekreasi Gunung Lang ni dah lama, tapi, kawasan yg masuk dari hway tu memang baru bukak. Dulu nak gi Gunung Lang ni kena kuar hway dulu n masuk kut jalan lama (masuk ikut stesen minyak petronas).

Akk pun pernah pegi sekali je kt sini. Tasik tu sebenarnya ada lagenda tersendiri. Sbb tahu lagenda tu makanya masa naik bot tu berdebar je walao 2,3 minit. Huhu.

Tp dah lawa dah dia buat seberang tasik tu yer.. dulu tak berapa cantik. Tp dulu ada rusa, ada burung merak situ. skrg dah takde ke?

Sheila Salim said...

Macam best je.. tapi syg air terjun buatan. Kalau yg real boleh la tengok bebila kan hihiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah