CHERITERA KAMI...: Ipoh Bali Hotel

Oct 24, 2016

Ipoh Bali Hotel

Sebenarnya kami dah book hotel ni hujung bulan August lepas tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapat nak pergi. Disebabkan booking direct dengan hotel haritu just bayar deposit je dulu then bila tanya pihak hotel sama ada boleh cancel booking atau tak, diorang cakap boleh tukar tarikh till hujung tahun ni. Jadinya kami pilih 25hb September 2016 untuk check in di Ipoh Bali Hotel ini. Tarikh istimewa untuk kami setiap tahun. Kita sambut anniversary dekat Ipoh tahun ni!

Kalau tengok dari nama hotel Ipoh Bali tentu-tentu la konsep hotel ala Bali kan. Once korang sampai je depan hotel feel Bali tu terus mari plus sangat teruja tengok hotel ni dari luar. Belum masuk dalam lagi tu. Info yg kami dapat dari reception katenye owner hotel ni seorang arkitek Cina berasal dari Ipoh dan mostly segala deco dan perabot didatangkan dari Bali. 
Reception area

Tak sabar nak masuk bilik badan berlengas sebab sebelum p ambil gambar kt tempat yg tengah HOT jugak , tu nanti kita share.

Selamat datang ke Honeymoon Suite...betul la kata akak tu..cantik tau bilik kami hias:)

Besar, selesa dan romantik biliknya. Perabot dan pintu tu semua dibuat dari kayu yg berkualiti. Tepi kiri tu pintu masuk bilik.Tengah tu almari dan tepi kanan terlindung balik dinding ni ialah bilik air.

Ini kalau dapat pulak air fresh dari bukit konpom feel tu lagi asyikk.

Yeahh...rain shower with bathtub..hotel ni takde private pool, swimming pool pun xde. So, bathtub tu boleh jadi tempat berendam la. Kalau bawak anak-anak, bermandian dalam bathtub je. Mak apak pun boleh join skali;p

Jom kita jenguk plak apa ada dekat luar balcony tu..


Buaian menjadi pujaan hatiku selamanya..feeling macam ada kat villa sendiri Puan Sri dan Tuan Sri

Puan Sri dan Tuan Sri bersama kolam ikan kaloi nya..:p

Bilik yg kami dapat ni. Bilik paling hujung sebelum SPA. Kira memang privacy la. Dekat sini pun ada disediakan servis SPA. Tapi kita tak p pun SPA tu. So, korang nnti try k.lepastu share ngn kita best ke tak..Heheh..

Merenung pokok yg berusia 60tahun. .Hotel ini setinggi 3tingkat. 2 tingkat bawah terdiri dari bilik-bilik sejumlah tak silap dalam 10unit sahaja. memang limited.So, better book awal sebab selalu fully book.

Di tingkat 3 ni ruangan utk any occasion. Buat masa malam memang cantik atas ni. Romantik!

Landskap Ipoh Bali Hotel da-booomm..

Front view dan parking. Parking yg cukup untuk jumlah bilik yg ada. Location hotel ni di antara kawasan rumah-rumah lot di situ. Memang macam bali la sebab bali kan style macam tu jugak hotel di balik kawasan perumahan.

OMG muka ntah hape2 la kita tu. Sila abaikan. Satu-satuye gambar breakfast yg ada.Kuikui..
Room rate include breakfast. No buffet breakfast provided sebab tak ramai kan. Masa check-in diorang akan bagi list menu untuk korang pilih utk breakfast. Nasi lemak ayam rendang dan lontong dia sedap juga. Must try k!

Lepas brekafast kami p jalanjalan satu tempat ni nanti kita story next entry. Then balik hotel semula, rehat dan masa untuk check-out.Sob sob sob...

Kami yg happy sepanjang berada menginap di sini. Lokasi yg agak strategi dekat Dataran Ipoh 10minit drive, nasi vanggey 5minit drive dari exit Ipoh dalam 20minit lebih kurang. Servis pun superb. Hotel tentu2lah awesomenesss!


Info lanjut tentang harga semua boleh tengok dekat link hotel ni k >> Ipoh Bali Hotel



Puan Sri yg happy dengan buaian dan ikan-ikan kaloinya. Memang jadi tempat lepak dia je ni. 
Yg akan dirindui:(


4 comments:

Zilla said...

Tuu dia aih, Puan Sri hehehe..

Ida Puanstoberi said...

ya ampunnn...akk orang perak (yg dkt ngan Ipoh) pun tak tahu ada hotel secantik ini. Hihi.

By d way..thnk u Ann.. (refer to comment kat entry blog akk) akk doakan Ann pun beroleh rezeki zuriat satu hari nanti. Jgn putus asa berdoa. Allah akan makbulkan.. :)

idzwa kamaruddin said...

Ya Allah best nyer dik oiiii!

mama tisya said...

cantik tmptnye..mcm korang je kt situ...mmg tkde org ek...mmg bole feel2 bali la ..kalo nk p bali xtau bila hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah