CHERITERA KAMI...: Penang 3D Trick Art Museum

Sep 29, 2016

Penang 3D Trick Art Museum

Hari Isnin baru lepas ni kami singgah Penang. Makan pasembur kt Padang Kota Lama sebelum tu singgah dekat Penang 3D Trick Art Museum ni. Dekattt sangat dengan Espalanade tu. Kalau agak-agak susah nak parking boleh parking di sebelah Esplanade tu ada parking berbayar. Kami parking situ ja ritu sejam RM2.

Dari tempat parking tu nak ke Penang 3D Trick Art Museum tu jalan tak sampai 5minit. Lama tang nak tunggu lampu hijau untuk melintas je la.Make sure tunggu lampu hijau baru lintas k. Pastu jalan masuk Lebuh Penang ni then nampak signboard warna hitam tu??Di situlah tempatnya..

Dah sampai! Selalu tengok orang post kat FB ambil gambar dalam Trick Art Museum ni. Kita pun nak try jugak macam mana experience die.

Dalam bangunan lama 2 tingkat. Tengok macam simple je kann.. Tak masuk lagi tak tahuu,,,

Haruslah ada entrance fee. Boleh refer gambar di atas untuk entrance fee k. 
Tiket dah dapat, jom kite masuk!

Ter'amazing' tengok orang main gasing. Lama tak tengok zaman sekolah dulu selalu la tengok kengkawan main dekat sekolah;)

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Eh..ni bukan sampan ke??:p

Tak payah risau takut takdak orang nak amikkan gambar korang dalam ni. Ada ramaiiii staff diorang akan assist dan layan ketaksuban korang untuk bergambar. Malu tak malu ja. Macam kami, kami segannnn..hahahha...

Hati-hati memandu tu abg bas...

Tengah seronok-seronok ambil gambar tu rasa nak p toilet plak kan. Jangan risau, ada toilet yg bersih dan selesa disediakan. Lepas p toilet sambung balik ambil gambar. Walaupun datang hari weekdays, ramai je orang mai. Siap kene take turn nak ambil gambar.

Sampai sekarang tak dapat-dapat lagi tutup tempt jaws ni;(

Sebenarnya Penang 3D Trick Art Museum ni 2 tingkat. 
Dekat bahagian atas ni ada banyak lagi tempat untuk ambil gambar.

Tan Sri dan Puan Sri di red carpet

Hoi mencabar jugak sebenarnye nak ambil ikut bebetul nampak die punya 3D tu. Ikut jaga arahan staff tu berdiri kat situ camtu camni. Dan hasilnya memang tak akan mengecewakan..;)

Orang lemas katanye;p

Banyakkkk lagi tempat-tempatnya nak bergambar dalam ni tapi ada yg kami ambil dan xjadi. Hahah..tuela kata kene mintak tolog staff dia ambilkan baru jadi. Kalau ambil sendiri susah nak jadi 3D tu.


Kalau korang jenis suka ambil gambar ala-ala candid reti nak pose memacam gaya dan watak haa...memang sesuai sangat la mai sini. Seelok-eloknya datang berkumpulan 3orang ke atas baru la havoc. Ambil gambar reramai memacam gaya, enjoyyy!


So, kalau mai Penang make sure masukkan Penang 3D Trick Art Museum ni dalam plan korang k;)





2 comments:

idzwa kamaruddin said...

Best best :)

Azhafizah Md Nor said...

Seronok posing kat 3D art museum ni..tak berkesempatan nak singgah sini masa ke Penang aritu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah