CHERITERA KAMI...: Fifty4ferns Janda Baik

Jun 20, 2016

Fifty4ferns Janda Baik

Salam Ramadhan rakan2...setakat ni penuh dah ke puasa korang??ke ada yg dh raya awal?hehehe...

Tahun ni kami berpuasa jauhhhh skit dari keluarga masing2..new chapter utk kisah hidup kami...xpaa...tu nnti2 kita story eh..

**********************************************************************************************************************

Macam biasa share tempat baru yang best kami pergi bulan 4 haritu..Masa kami datang tu, baru 4 bulan tempat ni bukak..Kalau tak baru, tak sah la kalau bukan kami yg nak mai bercuti kan..mahu jadi antara yg terawal merasmikan..dan kebetulan kami berdua sahaja yg check in untuk 2hari 1malam tu. Like a owner of a very biggggg land and beautiful resort.Hikss!


Check in time..Saja je main2 cakap masa booking tu nak check in pukul 10pagi rupanya diorg tunggu kami dari pukul10pagi lagi.Segan kite..Ktorg sampai dalam tengahari. Tempat ni takde lobby.So this hall ialah reception area diorg cum activities hall. Ada tv, games, karaoke.Nampak tak gambar belakang reception tu macamtula besarnya tanah ni. Milik seorang Malay people yg asal tempat cuti2 family sendiri je end-up partner with chinese fren die yg design the resort and landscape. Nice!!!

Yg pakai tshirt tu penjaga tempat ni. Ada 1 rumah staff utk staff tinggal dan jaga kawasan ni. Ktorg diberi walkie talkie masa ni utk contact dengan staff tu.Lupa la plak nama pak tu.MMm..memory lost.Tapi memang bagus la.Malam die datang balik kami tanya nak apa2 tak untuk dinner ke, lepastu tanya esoknya nak breakfast apa sebab die akan beli dekat kedai yg berdekatan. Room rate include breakfast yea.

Masa call untuk booking tu N cakap tak sure la nak book bilik yang mana sebab dia pun cakap boleh decide nanti tengok nak bilik mana. So, masa sampai tu diorg bawak tengok bilik2 yg ada. Then, we choose bilik tepi kolam ikan ni,Deluxe room.

 Selamat datang ke Golden Shower nama chalet ni.Besarrr dan design yg agak seksi jugak dalam tu sebab ada see thru bathroom. Actually ada blind la kalau kengkonon segan nak ken. Bathtub??No bathtub utk this type of room.

Simple bathroom tapi luas dan besar. Nak mandi anak beranak pun boleh.Heheh...

Balkoni bilik yg menjadi tempat favourite, tempat lepak baca buku , makan2 dan breakfast.Tenanggg!

Banyak dan besar2 ikan dalam kolam ni, kaki pancing konpom geram tengok. Lupa la apa nama ikan ada dalam kolam ni, nnti cik B iols balik kite tanya die kot ingat.Hahah...

Nama chalet ni sarang burung. Awal2 tengok konon nak amik yg ni tapi mahei sikit pastu die agak isolated sikit dari yg lain dah la kami berdua ja time tu. So, xpa la. Tapi memang sesuai untuk honeymooners yg nak kan privacy. Ada bathtub seksi uols.


Tu rumah percutian asal the owner. Then sekarang korang boleh sewa jadi of one the chalet yg boleh diduduki sesuai untuk kumpulan yg ramai 6-9pax camtu. Konsep chalet kat sini traditional bali gitu.

Main activies and facilities dkt sini.Cantik sangat view dekat sini,blue and green. Very close to nature. Syok juga la ktorg berendam sesambil tu borak2 bergurau senda gitu takda sapa nak kacau takda sapa yg tengok. Kami yg punya!!hahahha..:p

Aktiviti lain ada basikal untuk digunakan. Lepastu ada yg tempat lompat2 tu apa nama die, thrampolin ek??Betui ka?Nak buat BBQ pun boleh. Sungai ada tapi cetekk dan berbatu. 
Kalau mai reramai ada surau k untuk solat jemaah. Bagus kan:)


Ada beberapa buah chalet atas bukit yg masih dalam pembinaan. Oh..lupa la berapa ekar kawasan die tapi besarrr la. Chalet ni memang di hujung jalan dan hujung janda baik kot.Haha.Masa memula sampai tu saspen jugak. Memula jalan ok besar muat 2 keta, Dah nak sampai tu 1 keta ja muat.Tu pegang handphone tu kengkonon ja. 2 hari dok situ coverage segan2 ja dapat. So, kalau korang nak lari dari gangguan manusia dan teknologi silalah kemari. Tapi rasanya nanti diorg akan provide wifi kot sini.



Chalet yg kami stay tu RM400 1 malam include breakfast. Tu chalet atas tu cik B cakap die p intai nampak ada jacuzzi dekat balkoni. Lagi mahei la kot na..So, tepuk dada tanya poket.Boleh camtu??Pilih la mana yg berkenan di hati janji cuti anda betul2 cuti yg bermakna.

We have a nice stay here. Puas hati dengan bilik, fasiliti, servis dan semula. Actually N buat boking with Mr.Sam ka(Sorryyyy Mr. nama tak ingat dia yg design the landscape teruk plak penyakit lupa iols ni). Tak dapat nak jumpa dia masa kami stay haritu sebab masalah kesihatan beliau. After check out tu, die call tanya hows our stay bla bla bla. Very nice person!Hope to meet you next time ya Mr



 ok...dh igt namanye Mr.Abi..hi Mr.Abi..its you right??remember me?hihi..
hope you doing fine..i miss your place(sob..sob..sob..)

For those yg nak info lanjut boleh check their FB : Fifty4ferns. Sesuai utk shortvacay yg tak jauh dari KL tak perlu penat drive berejam. But make sure datang sini bawak bekal makanan k. Nasib baik N ritu tergerak nak masak sesiap bawak lauk. Dah duduk dekat sini malas dah nak keluar dan for sure akan rasa lapar. 

Thanks so much Fifty4ferns for you superb service, nice accomodation. Hope to see you again!

10 comments:

mama tisya said...

syoknye..mcm chalet sdiri la sbb ann je yg check in situ...

idzwa kamaruddin said...

Wahhhhh ternganga akak dikk..cantikk nyer tempat dia !

Ann said...

mama tisya : hehhe...tuelanye verangan;p

Ann said...

idzwa kamaruddin : nnti boleh la mai sini kak:)

Uncle Zuan said...

cantik dan selesa! okay boleh riki hujung minggu ni :D

Azhafizah Md Nor said...

best tempat ni..sangat close to nature

::EIDA:: said...

cantik!!!

Ann said...

Uncle Zuan : slmt riki..klu nakkan btl2 privacy mmg sini la tmptnye:)

Ann said...

Azhafizah Md Nor : betul2..damai sungguh

Ann said...

EIDA : kannnnnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah