CHERITERA KAMI...: Apa korang buat lepas dapat gaji???

Jan 27, 2016

Apa korang buat lepas dapat gaji???

Salam 2016..entry ke3 tahun ni.bertabahlah nak habiskan banyak cerita tertunggak.

Kali ni macam nak share dan kongsi pengalaman sesame kite ape yg korang buat lepas dapat gaji??

Untuk ladies, for sure sikittt pun mesti ada spend utk shopping kan.Hehhe..jgn tipu la kate takde.Shopping tu ibarat self reward diri sendiri bile sebulan penat bekerja.Sekecil-kecil dan semurah-murah barang pun boleh jadi asalkan shopping.

Ok..ni kire sebelum korang spend duit gaji tu, ade buat kira2 tak??ade buat note?

Meh N nak share apa yg N praktikkan sejak mula kerja.Eh..yeke sejak mula kerja ke sejak kahwin.Hahha..

Lepas dah keluarkan duit dalam certain amount, balik rumah N kluarkan buku kira2 . Simple sempoi je bukunye.Tak payah guna ledger book pun.Janji kita sendiri paham.


Ni contoh N punya format la gitu.Kan dah cakap sempoi je. Buat garis pun senget.Kene blur2kan gambo banyak ruhsia kerajaan tu.Kekeke. Tulis perkara apa yg kita perlu bayar setiap bulan dengan bulan.Lepas tu tick dan note apa2 yg remarks kalau ada macam contoh allocate duit lebih ke. Ni sebenarnye senangkan kita nak trace duit yg keluar.At least kalau rasa duit cepat je mengalir macam air kita boleh nampak la mana yg terlebih spend dan nak didik diri lebih displin dalam menabung.

Bagi N bila kita biasakan diri macam ni, insyaAllah senang latih diri nak menabung.Contoh N memang masukkan Cuti-cuti dalam checklist tu.So, every month dah asingkan sikit duit dalam tabung cuti-cuti. Jadinya bila rasa nak pergi bercuti macam kami yg gila bercuti kdg2 xplan ni takde lah rasa masalah sgt. Sama jugak macam duit roadtax, dah kumpul sikit2 dari beberapa bulan sebelum, bila sampai masa nak bayar dah tak perlu kalut.


Ni contoh antara sampul raya N buat sebagai tabung. Tengok sampul pun dah berapa tahun punya. Selagi tak lunyai, guna je.Lepas dah tick dalam checklist tadi, masukkan duit dalam sampul ni.

Mungkin ada yg pertikaikan tentang safety. Kalau nak pk letak dalam bank pun boleh hilangkan. Huhu.Tapi pandai2 la simpan mana tempat yg selamat.InsyaAllah.Mohon lindungan dariNya.

So, macam mana dengan korang plak?Cara yg sama atau ada cara yg lain yg nak kongsi??

5 comments:

Azhafizah Md Nor said...

Lebih kurang cara Fiza, memang kena plan dan simpan awal supaya tak kalut nak bayar benda benda yang penting.

idzwa kamaruddin said...

good sharing dik! bagus nie

::EIDA:: said...

ida pun simpan duit guna sampul!! sep sep same lah!! hehehe

Zilla said...

bagus tips ne ann..saya biasanya ikut suka hati nak buat macam mana..pastu pening, mana p duit huhuhu

Bahrain Ramlan said...

Dapat gaji langsaikan hutang yang ada, beli keperluan dan lebihan simpan sajo. heheh - adarain.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah