CHERITERA KAMI...: Amverton Cove Golf & Island Resort

Feb 4, 2016

Amverton Cove Golf & Island Resort

Longggg weekend bakal menjelma. Ni pun tengok dekat FB ramai dah stat cuti dah check in kemain lagi uolsss.I is jeles. Tapi kali ni weols mengalah lah. Duduk rumah diam2, tunggu family datang rumah pulak.Hihih

Cerita cuti sekolah hujung tahun lepas dalam bulan 11 camtu. Macam biasa lah every year akan ada family day cuti2. Tahun ni nak tempat yg dekat katenye. So, tukang planner ni survey punya survey jumpa la satu tempat ni. Actually lama dah tahu kewujudannya masa Matta Fair 2 years back tapi macam tak terfikir lansung nak ke sini. Bila tengok dari rumah Shah Alam ni pun tak sampai sejam. SO, ok la. On!!

Booking 4 rooms requst nak sebelah2..So, kami dapat yg 2 single bed. Super single sebab besar la jugak.


Deluxe room..RM370 per nite direct booking ke hotel. Agoda RM380++. So, tips booking hotel kene cek both online and call. Kadang2 call lagi murah. Oh, dekat hotel ni belum ada governmt rate lagi yea.


Besar boleh bentang toto bawah tu.Muat la 5 6 orang lagi ni


Bath room yg spacious


Siap ada bathtub. Memang suke la anak2 buah yg kecik tu. Kemain lagi sambung berendam


View depan bilik dari coridor. Sangat tenang dan sunyi tempat ni.

Ni view dari balcony bilik N.Cantik kan??Bebudak tak sabar nak mandi manda ni


Ada jugak villa with private pool. Harga RM1000++ tak silap.

Di hujung jalan dari amverton ni ade pantai. Sesuai untuk yg gemar memancing. Masa datang ni ramai la jugak yg mencuba nasib. Tapi kate staff resort, tempat ni agak keras. So, hati2 yea.

Kalau baca review, mostly cakap susah nak cari kedai makan. Ni kedai makan paling dekat dalam 10minit dari hotel. Tengok ramai jugak orang datang makan. Kitorg tak try pun sebab dah bawak makanan memacam dari rumah.

Actually kawasan resort ni dalam kawasan kebun kelapa sawit Sime Darby. So, akan lalu kawasan kelapa sawit kilang kelapa sawit sebelum sampai ke sini. Selepas dari kawasan resort ada kampung-kampung orang asli. So bila malam memang jalan utama keluar masuk gelap dan lengang. Baca macam scary pulak kan. No worry la, everything ok...

Eh...sambung next entry utk apa yg menarik dekat sini. Mesti korang pun rasa nak dtg sini jugak;)

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

Ade jugak baca 2 3 review ckp best aman tapi lama skit tepu sb xde buat ape..

Aku Penghibur said...

cantiknya tempat tidur...boleh ke sana..how about price ?

Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

Azhafizah Md Nor said...

cantik tempat ni..sekali sekala bercuti kat tempat jauh sikit pun best jugak kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah