CHERITERA KAMI...: November 2015

Nov 15, 2015

Shangri La Tanjung Aru Kota Kinabalu

Done 3H2M di Kundasang..percutian diteruskan 2H1M di Kota Kinabalu pulak.

Macam biaselah kalau bercuti bulan 9@September ni maksudnye cuti sempena anniversary la tu. Tapi kali ni sambut awal seminggu sebab tarikh yg sepatutnye cuti raya haji, raya haji pulak kali ni turn Perak. Agak tidak manis pula orang sibuk beraya kita sibuk menggedik nak bercuti-cuti cinta.

So, sempena meraikan anniversary tersebut dan jadual aktiviti di KK pun hanya rest n relax. Takde island hopping xde shopping beria. Jenuh jugak nak decide pilih hotel. Lepas tolak darab bahagi, akhirnye kami pilih SHANGRILA TANJUNG ARU.

Sempena  hari istimewa, biarlah tempat kali ni istimewa juga. Sekali skala merasa stay di hotel berbintang lebih:)Booking thru agoda dengan harga RM800++  1 malam termasuk breakfast 2 orang.



Kami booking Kinabalu Mountainview room type paling murah sekali. Saja tny receptionist tu boleh late check out ke, die ckp paling lewat pun pkul 1pm. Flight kami pukul 6pm. Kami pun ok je la.Dia cek2 semua pastu receptionist tu ckp tunggu kejap. Kejap tu dalam 5minit kot camtu. Then dia kate, diorg bg free room upgrade ke kami. Dari Kinabalu wing ke Tanjung wing yang mana. Walaupun xtau bilik jenis ape die bg tapi kalau dah upgrade slalo bilik lg best la kan.Alhamdulillah...rezeki jgn ditolak



Jom check in dah tak sabar rasenye nak tengok bilik tu


Bilik 308, Tanjung Seaview...Seronok tak terkata bila masuk bilik ni.Alhamdulillah...Alhamdulillahh...


Katil yang besar dah empuk




Complete dengan bathrobe, iron iron board, slipper, umbrella



 Toilet with bath tub.Bilik yg awal2 kami book takde bath tub. Excited!!Tak sabar nak berendam. Almaklumlah bukan slalu stay hotel yg ade bath tub.


Super nice room!!



Cuaca agak terik tapi landskap hijau dan seaview sangat mengujakan


Cerita Shangri La akan bersambung lagi...banyak yang menarik untuk dikongsi...
Stay Tune!!


Nov 12, 2015

Tempat makan di Kota Kinabalu - Kundasang

Kali ni nak share pulak antara tempat makan yang kami pergi haritu.

Kundasang

Once dah sampai pekan Kundasang yang comel tu, korang boleh nampak few kedai makan dekat situ. Cumanye nak was-was ke tak was-was kan. Nak mencari kedai yang yakin tu. First time dulu sampai kami layan KFC je semedang.Haritu pun datang take away jugak buat standby makanan masa stay dekat Nikgold Garden Kundasang.

KFC Kundasang, sebelah menyebelah ada mini market. Beli stok kudap2 pun dekat sini.

Kali ni pergi nak try makan dekat kedai lain pulak. Sampai je dekat Kundasang dah tengahari terus stop depan kedai Intan Restoran & Cafe ni. Ramai jugak tengok orang tempatan dan luar yg singgah. 

Intan Restoran & Cafe

Kepak ayam madu pun popular dekat sini. Haruslah try

Order nasi goreng kampung je. Rasa takdelah sesedap kite dekat semenanjung ni tapi dah lapar layan je kan.

Sambil makan mengadap view cantik ni. SubhanaAllah...Lokasi kedai, roundabout pekan Kundasang dari KK tengok kanan korang. 

Malam kedua di Kundasang, ade orang sudi belanja. Kawan cik B datang dari Ranau nak lepak2 sambil makan

Kredit gambar : Nabalu Kundasang. Sendiri tak sempat amik gambar sebab dari janji pukul 9 malam membawa ke 10 malam.Lapar-lapar takde masa dah nak amik gambo;p

Tempat ni 2 in 1. Nabalu Lodge and Nabalu Lodge Cafe. So, kalau nak menginap dekat sini pun boleh or nak dtg makan shj pun boleh. Cafe die tu open to public. Buka dari pukul 7pagi-11malam. Ni kalau kawan cik B tak ajak, memang kami xtau. Macam-macam menu ada dan rasa pun sedap juge.

Boleh tengok gambar lagi dekat SINI

Kota Kinabalu

Kali ni di KK 1 malam, so dinner tu kami ke tempat biasa lah, Dataran Todak. Berdepan dengan Hyatt Hotel. Awal jugak sampai dalam pukul 630 petang, orang tak ramai lagi.Parking pun senang dan mungkin juga weekdays. So, tak sesesak masa kami pergi dulu.

Puas tawaf 1 kawasan tu, tengok setiap kedai mana yang menarik tapi akhirnya Kedai Haji Manja jugak menjadi pilihan hati. Memang worth it, memang tak mengeciwakan, memang rekemen la dekat korang kalau dtg KK silalah try makan di sini yea.

Sesetengah orang cakap service lambat. So, far alhamdulillah ok. Mungkin time ramai org kot serve jadi lambat.Tak cuba, tak tahu yea dak.

Dari siang tak makan simpan perut nak makan besar malam ni. Alhamdulillah...licin semua pinggan. Menu malam tu - Siakap sweet sour, udang butter milk, abalon masak cili,ketam masak telur asin.

Sedapppp abalon ni. Cuba try order nnti.

Jangan lupa singgah kedai Haji Manja, Dataran Todak tau.

First visit, boleh baca di SINI



Nov 11, 2015

Tamparuli - Kundasang - Ranau

Ampunnn...lama pulak siaran tergendala...

Meh nak share antara tempat2 yang kami singgah haritu

Rumah Terbalik Tamparuli, tepi jalan otw dr KK ke Kundasang. Tak masuk pun utk byr tiket , just amik gambar tepi2 tu je.

Bukan senang nak posing terbalik-balik ni;p

Pekan Nabalu..boleh lah nak singgah beli souvenirs atau nak cuba buah/foods yg ada. Cumanye dekat sini byk anjing.Kite ni agak terkujat jugak bile nampak anjing.Kang mula la pegang kuat je baju cik B.Hahahha....

Rambang mata jugak tapi boleh je nak shopping dekat KK nanti. terpulang...

Selepas dari Pekan Nabalu nak ke Kundasang.. Singgah la berposing dan menghayati pemandangan di sini. Ramai jugak yg berhenti untuk merakamkan pemandangan di sini. Macam ala2 pekan comboy je nampaknye.

Nampak mcm lukisan je kan

War Memorial Kundasang.. RM3 per entry

Boleh dijadikan tempat ambil gambar kenangan

Kunjungan kali kedua ke sini...New Zealand Malaysia, RM5 per entry..rasa macam lagi best dtg masa 2 thn lepas

Dari Kundasang ke Ranau, ada satu tempat ni jual durian macam2 jenis. Tepi jalan besar mmg konpom la korang perasan. Kebetulan time kami pergi tu musim durian dah hujung2, merasa la sebiji. Dah namenye hantu durian kan. Jadilah sebiji.Nak merasa je...

Plan ke Ranau sebenanrnye nak jumpa kawan cik B yg ade klinik di sana. Melawat kawan la kirenye, samping tu kalau sempat nak singgah Hot Spring dengan main dengan ikan klah. Tapi takde rezeki sebab tak sempat nak kedua-dua tempat tu. Ritu tengok org share Hot Spring tu dah cantik dah tempatnye. So, silalah terjah yea. 

Teringin nak naik Jambatan Gantung Tamparuli tapi takde rezeki. Guna waze nak cari jambatan ni. Kami pergi masa nak balik semula ke KK. Jambatan gantung ni under renovation sampai further notice. Kuciwa la jugak..Mana lagi jambatan gantung yg ade??Huhuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah