CHERITERA KAMI...: September 2015

Sep 25, 2015

Nikgold Garden Kundasang

Bila lama tak mengarang ni kan , macam blur  otak ni nak keluarkan idea-idea nak buat entry. Idea-idea nak membebel. Pastu jadi la kes menatap bukan main lama post yg kosong ni. Huhuh...

Malam kedua di Kundasang, kami check-in di tempat lain pula. Knowing Kundasang memang byk tempat untk menginap tapi nk yg lain yg kene dgn citarasa tu jenuh jugak. Bunyi mcm byk songeh kan. Mestilah sebab menginap bukan free, pergi pun bukan dekat.Google dan google jumpa 1 tempat ni boleh dikatakan baru dalam pertengahan thn lepas start beroperasi. Tengok komen dan gambar memang tak fikir pjg la.Terus wassap owner dan buat booking untuk 1 malam.

Actually masa masuk dari jalan besar nak sampai ke betul2 dalam kawasan Nikgold ni ambil masa dalam 2 3 minit jugak. Jalannya agak berbukit dan ke dalam sikit tempatnya.Kami pun macam dah cuak-cuak jugak.Hahha..Tak sangka la pulak jalannye bukanlah extreme tapi ada certain part tu macam curam sikit bukitnya so kene drive memolek la di situ.

Laluan keluar masuk ke Nikgold. Kalau memalam memang gelap.

 2 3 minit dah sampai dan bila nampak view macam ni terus hilang dah cuak-cuak tadi lepastu macam terpegun jugak la ada tempat macam ni di balik2 hutan. 

Cik B settlekan hal check-in, N tinggal dalam kereta sebab tak tahu bilik yg belah mana. Sekali cik B datang kereta dengan staff diorg. Nak tolong angkat luggage. Bila N tanya bilik kte yg mana satu??Tuuu...atasssss sekali..Yg staff angkat luggage tu dah berdesup naik dah. Kita kat bawah ni tengah berkelip-kelip mata memikiorkan nak memanjat sampai ke atas nun.

Semput woi!Semputtt!!Nampak sgt la xfit.Hahha..Xsedar2 diri lg tu;p

Kejap je semputnya, bila dah sampai atas tu rasa worth it la segala semput peluh dan penat lelah. Bunyi macam panjat gunung kinabalu je gamaknye.

Simple room with queen bed, wardrobe, ceiling fan.

Dah check-in baru tahu takde tv dalam bilik.Ada certain type bilik je yg ade tv (tak silap 2/3 bedroom). Dekat sini ada few type of room. Kalau dtg reramai rasa la meriahnye. Boleh book yg macam rumah tu siap dapur dengan dining hall plus boleh buat BBQ.

Time ktorg dtg ni ade la dlm 3/4 guest je. Memang sunyi sgt. Bunyi unggas2 je. So, siapa yg nak back to nuture, yang nak hilangkan stress , silalah masukkan tempat ni dalam list korang.

Ada kettle, green tea, mineral water.  Iron upon request.Walaupun takde tv, nasib baik ada line telephone. Boleh la layan internet plus dah save sesiap running man dalam laptop. Sempat la layan.Heheh.Ada kawan pernah stay sini masa awal2 bukak, line hp pun takde. So, terpulang la pada kesukaan memasing. 

Shower plus heater. Sejuk sangat air die. Macam air bukit tu. Kalau tak on heater tu confirm ketaq2. Ada sebotol kecil sabun dan 2 towel.

Kami tak berapa pasti type of room yg ada dekat sini tapi masa booking tu request nak bilik yang paling tinggi dan view paling superb gitu. Amik ko...Semputtt nak mendaki kan. tapi worth it la. 1 row ada 2 unit bilik. Kami dapat yang paling hujung sekali. So, privacy skit. Balkoni dan kerusi rehat depan tu share dengan jiran sebelah.Masa kami pergi haritu, jiran kami Cina. Tapi die pun kejap2 je ada kat bilik. 

Owh..dekat dalam ni takde disediakan cafe. So no breakfast and dinner provided. Kalau rajin korang boleh la keluar cari makan.kalau tak, silalah beli stok makan sesiap. Kami haritu dinner dengan kawan cik B dekat Pekan Kundasang. Lepastu tapau KFC untuk breakfast:)

Malam tidur memang tak on kipas la. Sejukkkkk!!Bangun pagi tengok ada ni ni dekat comforter.

Kupu-kupu, rama-rama, belalang ade berwarna-warni dekat sini.


Bangun pagi, bukak sliding door bilik, hirup udara segar toleh tepi nampak view ni.Alhamdulillahhh....Semalam sampai, xnampk sgt.



SubhanAllah...Alhamdulillah....Rindu!


Mengekspressikan betapa seronoknya stay dekat sini. 
Harga bilik RM150 ( security deposit RM50)


Lokasi. jalan utama menuju ke Pekan Kundasang , selepas Kinabalu Park dah boleh la cari signboard ni. Untuk booking, boleh hubungi no yang tertera.



Sep 21, 2015

Penginapan menarik di Kundasang

Sambungan dari entry Kinabalu Pine Resort. Dari tempat parking lagi bila nampak je blok yang menempatkan bilik kami tu, memang terus terlafaz perkataan SubhanaAllah dari mulut ni. Mata tu tak berkelip dan kalau boleh tak nak lari pandangan tu dari melihat pemandangan indah yang terbentang di depan mata.

Gambar di ambil pada waktu pagi.Dengan tak mandi, terus siap pukul 6pagi sebab nak rakamkan momen2 indah ini. Upsss..kantoi tak mandi kan.:P

SubhanaAllah...Alhamdulillah walaupun cuaca berjerebu sedikit tapi bersyukur sangat masih diberi peluang untuk melihat salah satu ciptaan Allah yang Maha  Hebat ini. 

Silalah percaya bahawa  gambar ini diambil oleh cik B dari tingkap bilik kami je. Golek2 atas katil pun boleh mengintai dan nampak pemandangan macam ini. That's why  N cakap bilik ini tersangatah Best!

Siapa stay dekat Kinabalu Pine Resort ni memang tak sah lah kalau tak bergambar dekat lookout point ni. 

Yang ini pula cik B berjalan sampai ke atas kawasan resort ni dan jumpa port ambil gambar ni. Gigih laki saya berjalan ke atas. Kita duduk dekat balcony bilik je;)

Gambar ni diambil lepas breakfast. Dah kenyang kene la buat sesi pecahkan lemak pula. Sebab kawasan resort ni berbukit , mengah la juga kite turun naik. Tapi tak rasa sangat panas tu sebab cuaca sejuk berangin kan dekat sini. Tu la yang bagusnya. 

Breakfast di sini disediakan secara buffet. Pilihan makan simple je - Nasi Goreng, telur mata, sosej, roti, hot and cold drink. Memang ramai juga masa hari kami menginap ni.

Ini rupa cafe Kinabalu Pine Resort. Bersambung dengan reception counter. Gambar ni diambil masa kami nak pergi dinner. Kan ktorg ambil pakej include dinner sekali.

Menu makanan dah ditetapkan. Hidangan untuk 2 orang makan ni, memang la kenyang. Sedap pun yea. So, memang tak rugi la korang ambil pakej inlude dinner.

Bercampur pulak gambar siang dengan malam kan. Belasah je la. Ni cik B yang gigih turun sampai ke bawah. Kita turun sekerat jalan je. Tak daya pulak memikirkan nak mendaki bukit nanti. Eh...lupa pula nak ambil gambar entrance masuk ke Kinabalu Pine Resort ni dari luar. Tapi korang bayangkan je la sebab ni gambar dari pintu masuk resort menghadap Gunung Kinabalu. Cantik kan???

Korang request bilik P2 tau.P1 pun ok jugak tapi dekat dengan tangga, xde privacy pulak nnti.

SubhanaAllah....Alhamdulillah...

Rindu nak duduk santai macam ni sambil hirup udara segar dan cuci mata dengan pemandangan indah..Moga nanti diberi peluang lagi dan lagi..

Kami puas hati dengan penginapan 2 hari 1 malam kami di Kinabalu Pine Resort ni. Rezeki dapat bilik dengan view yang cantik, keadaan bilik pun memuaskan dan makanan yang disediakan pun sedap2 belaka.

Lokasi : Dari bulatan Pekan Kundasang terus menghala ke Ranau, resort berada di sebelah kanan di selekoh.
(T) : 088-889 388 / 0889 488



Sep 19, 2015

Kinabalu Pine Resort

Hampir 2 bulan berhabuk blog. Ramai dah hint2 bile nak update. Banyaakkk sangat cerita tertunggak ni dan demi mengenangkan honeymoon kami yg baru lepas ni macam terexcited pulak nak share dengan korang.Share bukan bermaksud nak menunjuk, share mana tahu boleh jadi sumber rujukan korang kalau nak bercuti-cuti ke sini nanti.

Ke mana kami kali ini???SABAH AGAIN!!!!!!Lagi??Yeaaa...sebab kami sangatlah jatuh cinta dan rindukan Sabah. Boleh baca pengalaman pertama kami ke Sabah di SINI. 2 tahun menyimpan rindu pada Sabah especially Kundasang. Rindu udara fresh, sejuk dan pemandangan indah di situ membuatkan kami yakin beli tiket promo Air Asia pertengahan tahun haritu. Cerita pasal tiket semua hujunnggggg nanti la yea.

This time memang fokus Kundasang lebih, dulu tak sampai sehari kat situ. Kali ni kami spend 2 malam di Kundasang dan bermalam di 2 tempat yang berbeza. Memula macam nak repeat balik stay di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa tapi bila baca recent review banyak yang tak berapa bagus. Cancellah. So, kami pilih Kinabalu Pine Resort.

Kinabalu Pine Resort ini boleh dikatakan tempat penginapan pilihan bagi pengunjung ke Kundasang. Kami buat booking via phone call sahaja. Sebelum booking tu tanya la dulu macam mana keadaan sana lepas kejadian gempa bumi haritu. Hati berbelah bagi jugak masa ni risau pun ada sebab kami booking tiket sebelum kejadian gempa bumi tu. Bila staff hotel tu cakap keadaan ok dan tanya kawan dekat ranau pun cakap ok. So, kami pun proceed dengan yakinnya.

Urusan booking senang je. Nanti hotel akan hantar message ke kite bagi detail akaun untuk bayar full amaun . Korang boleh pilih pakej include breakfast only or breakfast dan dinner or room only. Kami pilih breakfast and dinner together. Senang tak payah pikir nak makan mana sebab pilihan tempat makan dekat pekan Kundasang pun memang tersangatlah limited. Total harga bilik include breakfast and dinner RM250. Masa check in kene bayar lagi another RM200 as security and refundable kalau tak ada apa2 hal. So, makesure korang allocate bajet untuk bayar deposit ni yea.

Kami sampai di hotel dalam pukul 1petang. Nasib baik la boleh check-in awal dan alhamdulillah rezeki dapat bilik yang sangatlah best.

Selamat datang ke Superior Standard Room.Interior memang biasa-biasa sahaja.

Ada satu sudut ala-ala makeup table plus tea coffee making facilities. sebelah kanan yang terselindung ni ada tempat untuk letak beg dan gantung pakaian versi open wardrobe. Iron upon request.

Nasib baik shower ada heater ,kalau tak sanggup tak mandi. 

Simple bathroom. Disediakan syampu dengan sabun  dan juga towel.

Tu tengah duduk dekat balcony sebab terpegun tengok view.

Tadi mention bilik yang sangatlah best kan...so, ape yang best tu???Kita sambung next entry ok;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah