CHERITERA KAMI...: July 2015

Jul 28, 2015

Wet World Shah Alam

Salam Syawal Selamat Hari Raya kawan-kawan..Maaf Zahir Batin yea..amacam raya korang?boleh tahan meriah jugak tgk update dkt fb.yg dh share dkt blog pun ada yg N sempat baca , seronok!raya kami?alhamdulillah...yg penting dpt beraya dengan family kan..

Anyway, nak share antara aktiviti bulan Syawal ke5 haritu. Disebabkan N masih lagi bercuti tapi cik B dah keje jadinya N pelawa lah anak-anak buah N stay dgn kami 1 2 malam buat peneman.Lepas tu bawak la diorg jenjalan. One of tempat tu ialah Wet World Shah Alam. Doket yo ngn rumah sewa kami, 10minit sampai dah.

Pukul 1015 dah sampai dkt kaunter tiket. Dah stat GST ni, harga tiket pun naik la. Dari RM20 ke RM25(dewasa), RM16 ke RM20(kanak-kanak). Nak ngelat pun tak boleh, memang kene ukur dulu.yg sikittt lepas dewasa pun di kira dewasa juge.


Take note, sini pun tak boleh bawa masuk outside food. Sebab dah google dulu sblm pergi, dah take note sesiap. Memang malas la N nk bawak makanan. Sblm masuk tu, staff die mmg cek setiap beg. Kalau pandai adjust, lepas la kome.

Bile dah masuk tu, cuaca memang tengah terik.Dah aim nk sewa cabana die. Mahei pun mahei la, janji ade tempat berteduh. Janji selesa. Punya la crowded dekat kaunter tu sebab bebudak cina kolej kot dok kerumun. N terus short cut masuk dlm kedai mart die.kaunter utk sewa cabana dgn tube sm dgn skali dgn mart. Kalau nak sewa caban tu, korg kene cari dulu cabana no. berapa yg korg nak, then inform dkt kaunter.

Inilah rupa cabana tu. N pilih no.9. Ini je yg dkt dgn pool, yg still kosong.Macam pondok rupa dia, siap ada kipas dkt bumbung tu. Memang selesa, kalau mls nak g toilet tukar baju, salin je dkt sini. N sementara tunggu anak- anak buah berendam, siap baring baca novel lagi. Berbaloi la juge bayar sewa RM84.80 tu walaupun mahal la juge.huhu...

Depan pool je, senang kang kekejap tinjau.diorg pun kekejap naik. Minumlah, makanlah. Solat pun boleh dalam ni.

Harga sewa cabana dgn tube. Ada deposit tau. So,makesure korg bawak extra money utk deposit tu. Receipt ni simpan leklok utk redeem balik deposit bila nk balik nnti.kalau tak, menangis la burn. Tube RM21.20 satu and kene pastikan korg pulangkan tube no yg sama mcm dkt receipt tu. So, kene pesan la dkt bebudak jgn tertukar tube plak. Nnti 1 hal nak mencari.

Dalam ni ada few tempat utk beli makanan. Tapi of course la harga tu mmg mahal dr biasa. Kalau beli sebekas nasi goreng ke bihun or nasi lemak skali dgn air tin RM8. Air tin sahaja RM3.50.

Tempat ni xbesar mana tapi okla.banyak juga game dan senang nak pantau bebudak dah tempat tak besar kan.

Main attraction di sini, gelungsur air terpanjang di Asia Tenggara.



Memang banyak gelungsur ada dkt sini.

Yg ni agak tersorok terkebelakang sikit

Dah masuk tengahari makin ramai orang. Bahagian ni memang jadi tumpuan sebab byk utk kanak-kanak dan happening dkt sini. Last skali pergi darjah 5 ni, masa tu mak yg bawak skali dgn kawan-kawan. Dah tak igt dah ada beza tak dl dgn skrg. Yg beza utamanya, mestilah harga tiket kan. Dulu mesti murahhh lagi.

Seronok die berendam smpai hitam2 muka.Heheh..

Nice place utk seisi family spend time together.

Jul 12, 2015

KL Raya Fest 2015

Rasanye semua maklum kot pasal fest terbesar di asia ni..eh yeke?promosi kaw kaw punye..dkt screen LED besar dkt pwtc tu.

Ktorg pulak as usual la tiap tahun memang at least akan pergi mana2 fest yg buat..tahun ni memanh target pergi KL Raya Fest ni.Sebabnya??
1.minggu 11/7 dgn 12/7 je kami free..minggu lain xdpt nak pergi mana2 fest.masa vendeur festival kt matrade last week, kami blk berpuasa di Perak.mampu tgk je la org lain update.
2.suami isteri tak shopping raya lagi, opkos nak tak nak minggu minggu terakhir ni la kene pulun.klu tak kang, ada dok bilik dediam tak beraya.kui3
3.sementara semangat gigih ada nak terjah fest ni, baik layankan je.

Hari Sabtu masa tgk update dan review pasal KL Raya Fest ni macam pasghah dah la.kalau gini ramai jugak time kami pergi, memang nak patah balik je.Yealah, giler crowd dah bersesak-sesak bagai mcm mana nak shopping kan. Ingatkan nak pergi tengah malam semalam tapi tengok update dkt IG, OMG lagi teruk jem dgn bertambah crowdnye.tak daya la kamii..so target kite g awai sblm pkul 9lebih dah kene terpacak kt sane.

915 pagi sampai PWtc, dapat parking dlm pwtc.ada la tinggal few parking kosong lagi masa tu.terus naik beratur.setengah jam lebih jugak menunggu.okla bile msk dalam tu keadaan masih terkawal.

Booth memang tak disangkalkan, vendor memang banyak.lelagi diorg buat 2 tingkat.kitorg memang jalan setiap lane tu. 3 jam dalam tu.pkul 1 baru keluar.rasa nak seret kaki.tapi hasil alhamdulillah, not bad.harga pun tengok quit murah la diorg buat sale kaw kaw jugak.

Esok last day smpai pkul 12tengah malam.harini sampai pkul5 pagi esok.so, sempat lagi nak last minute shopping.mana la tau ada sangkut yg berkenan.hehehhe

Ada pulak terselit sipi sipi kat situ kan.hehehe...


Antara hasil tangakap tadi.ade jugak 4 bekas kuih raya takde dlm gambau ni.tu calaqisya tu, bukan kite pny tau org tu beli calamen pny.eh..die yg sakan shopping.ish2..sebab antara yg trawal tadi, dpt 1 shawl free dari calaqisya dan 1 tudung free dr AJ.Rejeki!

So korang....boleh lagi terjah pwtc yea..selamat shopping!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah