CHERITERA KAMI...: March 2015

Mar 30, 2015

Hotel Murah dan Selesa di Ipoh

Last week boleh dikatakan last minute plan jugak la kami 2 kereta ke Ipoh. Demi menjenguk anak buah ada  event sekolah die dekat Stadium Indera Mulia Ipoh. Dok tanya datang ke tak, tak sampai hati pulak nak cakap tak kan. Baik sangat makciknye ni. Nanti korang dah keje, pls jangan lupa makcik korang ni yea.Heheheh...

Mission mencari hotel yang paling dekat dengan Stadium. mencabar jugak sebab tak banyak, ada tapi macam hotel lama macam bagi N even kite nak stay 1 nite pun dah drive jejauh at least mesti nak tempat menginap yang selesa.Betul x??

Memula dah jumpa 1 hotel ni dalam 10minit walking distance ke stadium katenye. Dekat hotel tu pun senang nak cari kedai makan Melayu. Tapi yang N tak berapa kenan tu sebab tengok review dan gambar bilik nye tak berapa ok. Agak old sikit.

Cari punya cari jumpa lagi 1 hotel ni yang lagi dekat sikit dengan stadium, around 5minit walking distance je katenye. Tapi  bile tengok ritu kalau jalan laju boleh la 5minit tu pun mau berpeluh menitik jugak.Tengok gambar menarik, review pun ok. Harga pun masih dalam bajet. So, terusla kita proceed.

Suka cara diorang provide catalog di reception counter complete dengan harga dan gambar bilik yang ada. Senang untuk kita sebagai customer nak tengok. GooD!

Hotel ni 3 tingkat tapi jarang risau, ada disediakan lift. Dan security pun bagus sebab yang ada room card sahaja boleh access the lift. So, tak risau la klu ade outsider tetbe terjah naik ke kan.Hotel room semuanya di level 2.

Bilik kami berdua, Deluxe Room with queen bed room no. 340.Sangat selesa , cantik dan kemas. Queen bed tu besar juga boleh muat 3 orang.

Tv with few channel, kettle, mineral water + 3 in 1 instant nescafe, mini fridge


Takde almari tapi cukup la ada ruang nak letak beg dan gantung pakaian. Hair dryer pun ada.

Bathroom yang seksi. Nak nampak luas kan full cermin tapi jangan risau ada langsir tu boleh tarik. So, tengah membuang tu takde la orang nampak.;p


Ni bilik depan kami yang mana bilik parents kami la.Deluxe Room with 2 single bed room no. 398. 

Bilik kakak N anak-beranak 4 orang. Junior Room room no.304.

Actually dekat sini masa kita nak buat reservation die akan mintak kita confirmkan berapa pax. Exactly berapa orang setiap orang untuk setiap bilik yang kita nak book tu. Sebabnya dia tak allow kita sumbat reramai dalam 1 bilik.Misal kata macam Deluxe Room accomodate for 2 person kan, so kalau lebih dari 2 orang dia akan tanya berapa umur yang extra person tu. Kalau child lepas la, tapi kalau dewasa ke ape die akan suggest ambil extra mattress RM30 or dia akan suggest type room yang sesuai dengan jumlah pax kita. Macam haritu bilik parents N tu 2 orang+ dengan anak buah sorang umur 16tahun. Dia suggest ambil mattress. So, ok la. Tapi bila dah masuk mattress, bilik agak sesak tak selesa untuk solat. So, pulangkan balik extra mattress tu tapi dia still akan charge extra person tu RM20. Reason die buat macam ni sebab nak bagi keselesaan untuk guest dan untuk security juga.

List harga bilik-bilik yang ada. Wifi provided. Laju jugak line dia.Takde breakfast disediakan di sini. Deretan kedai ada di seberang hotel ni.KFC, kedai mamak, kedai runcit macam2 la. Tapi haritu kami naik kereta je nak pergi kedai2 ni. Tak kuasa pulak nak jalan kaki. Dekat area stadium Ipoh ada medan selera dan kedai makan jual macam2 makanan yang sedap2.

Iron pun disediakan. Nak steam iron ke nak iron biase ke. Pilih mana nak.

Kalau korang mencari tempat menginap yang bajet dan selesa di Ipoh boleh lah singgah di  De Hotel Ipoh ni. Servis bagus.Parking tak perlu risau, banyak disediakan depan hotel.



De Hotel Ipoh (landmark bersebelah Courts Mammorth Ipoh)
86, Jalan Dato' Lau Pak Khuan Ipoh Garden
05-545 2222
Tiada website sendiri, boleh refer booking.com agoda.com dll


Mar 24, 2015

Sketsa Pagi

Last weekend kami ke Ipoh. Demimu anak buah ku..tak sanggup nak hampakan. Ada program sekolah di perkarangan Stadium Indera Mulia Ipoh. So, kami stay la 1 nite area situ. Yang ni kite cerita lain entry.

Nak cerita pasal pagi Ahad tu, lepas Subuh pukul 6lebih hari pun belum terang lagi.Keluarlah kami berdua suami isteri nak pergi breakfast. Nak tapaukan sekali la untuk yg lain. Yakin ni keluar dari pintu hotel dua-dua terus ke arah yang sama, ke kereta kami la kononye. Sekali N tengok kereta tu bercalar dan bumper senget. Dada dah dup dap dup dap. Dah nak nangis, cuak , sedih semua lah perasan mula timbul. Sesambil betulkan bumper tu tertengok la dekat no.plat kereta,

Aiyyyyoooo...salah kereta daaaaa...tak tergerak lansung nak tekan alarm dulu ke ape. Terus sibukkan yg calar, yg senget. Bantai gelak laki bini. Terus blah pusing pergi ke kereta kami yg sebetulnya. Tengok jugak kiri kanan ade orang nampak tak.Hahahaha.Kang tak pasal-pasal  ingat kite nak pedajal kereta orang ke ape kan. Ni betul-betul punya mamai ni. Beza kereta kami dengan yang salah tu selang 3 lot camtu sebab mungkin kereta tu lebih ketara nampak dari kereta kami agak tersorok sikit parkingnye. Tu yang terus je yakin pergi kat kereta tu. Sampai sekarang kalau ingat memang geleng kepala...Hhahah..



Pagi yang indah....

~Korang pernah mengalami macam kitaorang x???Baik mengaku wehhh..:p

Mar 17, 2015

Kegilaan Instant Shawl

Sekaran trend kan Instant Shawl ni?Awal-awal dulu takut nak try dan pakai sebab rasa tak sesuai dengan muka. Dah la bulat nanti pkai lagi bertambah bulat.Buat sakit hati je.ahhaha...So, memang malas la nak ambil port tudung nealofar la ape la.

Sampai la 1 day, akak dekat ofc lama jual dan bawak stok instant shawl die dekat ofc. Saja la gatal nak try kan. Sekali try macam ok je. So, terbeli la sehelai. Sesuai warna gelap, kalau warna terang rasa makin bulat.

Tada...instant shawl pertama saya. Ok la kan??Boleh buat muncung, so takdela nampak bulat sangat. Akak tu share gambar N ni dekat page die, die cakap terus banyak masuk order lepas tu.Alhamdulillahhh..;)

Ni instant shawl kedua dan yg terbaru. Sementara tunggu encik suami habis seminat, kite selfie la. Beli dengan akak yg sama. Harga RM45. Labuh sikit dari yg plain dulu.Kain ringan so tang muke tu die xbape nak muncung tapi ok je la.

Yang bestnye instant shawl ni tak perlu nak jaga sangat. Nak gosok, nak pakai pun senang. Belit sekali. Tak payah risau jarang ke ape. Cuma nak adjust labuh ke tak je la kan. Senang nak bersiap kalau pkai instant shawl ni.

Semalam juga dah terbeli lagi 2 helai instant shawl. Singgah dekat Hajra Shah Alam ada sale. 2 helai RM100 die bg kurang RM20.

Bila ambil gambar ni, baru perasan eh lebih kurang sama je warna dedua ni.Heheh..Yang hitam corak tu ada soft awning tau instant shawl die. Tapi kene tgk jugak ade soft awaning yg lembuttt susah nak bentuk ada tu yg just nice.

Tak silap cloverush pun ade keluarkan instant shawl baru jugak.Nanti la nak try terjah butik die dekat sini Wangsa Maju ni je.

***So, korang pakai instant shawl??Beli kat mana??

***Mood malas nak pakai shawl belit2 sekarang ni..saya yg pemalas:p

Mar 15, 2015

Medina Ladies Beauty Salon

Siapa pernah merasai betapa susahnye mencari salon muslimah??Ada salon yang buat ruangan tertutup utk muslimah tapi still ade pekerja lelaki or salon tu utk unisex or ada la kekurangannye di situ. Pernah pergi , pernah try few tempat tapi tak berapa memuaskan hati.N memang cepat terpengaruh tengok any interesting yang orang share dekat media sosial. Macam kes Medina Ladies Beauty Salon ni pun tau dari blog or someone share dekat FB. Terus macam tergerak la hati, ok nnti nak try la servis kt sini. Tengok review macam bagus.Cuma sebab tempatnye dekat Shah Alam, jenuh la plak nak pergi semata-mata nak pergi salon je.

So, first time N buat appointment dekat Medina Ladies Beauty Salon ni time nak pergi Karnival Buku Karangkraf. Karangkraf dekat Shah Alam kan alang2 singgah la sekali. Ni pergi saing dengan kawan. Walaupun namenye Salon tapi ada disediakan perkhidmatan spa. So that time N try buat facial. Tengok ada promosi, saja la try buat lama tak buat facial. Lama tak rasa org massage2 muka kita kan.

2nd time datang ialah semalam. Ni dalam sejarah ni, cerita tak basi.Hehhe.Semalam cik B ade seminar dekat area situ. So, kite nyibuk nak ikut sementara tunggu die habis seminar, kita pergi la Medina Ladies Beauty Salon ni. N potong rambut dengan buat scalp treatment. Ruangan salon die memang besar dan privacy dan selesa dan masyaAllah  boleh  hayal dan terlelap sebab sesambil tu die pasang alunan zikir. Tenang je rasa sambil kene urut kepala tu kan.Note that dekat sini takde sauna or mandi wap tapi ada tangas. Semalam N try buat, memula panas lama2 ok.:)

Servis dari staff pun bagus. Diorang tak paksa beli produk ke join member ke ape. Borak2 santai je.Harga reasonable dan standard. Boleh dapat diskaun;)

Ruang cashier dan depan die ade tempat menunggu

Tempat salon, N ambil sipi2 je. Tu kalau bawak kids sesambil mak2 potong rambut, anak2 boleh biar main kt situ. So, tak payah risau.

Next time boleh datang lagi kite try buat servis lain pulak. InsyaAllah...

Untuk appointment dan sebarang pertanyaan boleh wassap no 0192767979. Baik akak ni...

Medina Ladies Beauty Salon, Muslimah Concept
45A Jalan Plumbum R7/R Seksyen 7 Shah Alam
Wednesday Close


***Cuba share spa or salon yg korang pernah pergi??



Mar 8, 2015

Dinner date di Shah Alam

Sebulan lebih kerja di Shah Alam. Hari2 berulang dalam 45minit ke sejam dari rumah. Mencabar tak mencabar, setiap kali bangun tidur berdoa agar hari dipermudahkan perjalanan dan urusan. 6 tahun pergi kerja 10minit je dah sampai. Masuk kul 8pagi, pukul 730 baru sudah mandi.Amboiii sangat kan;p Kita tengok lama mana bertahan. Hahahha (gelak jahat utk diri sendiri)

Anyway, sepanjang sebulan lebih kerja tempat baru, adala dalam 3 kali jugak la cik B cuti. Dia cuti, kite kerja. Staff baru mana boleh cuti. Terpaksa la menahan diri dari bercuti lagi 3 4 bulan.Sob3...So, beliau pun willingly nak jadi drebar kite .Pergi kerja ade orang hantar, balik ade yg megambil. Bukan slalo dapat merasa ni.Hehhehe.Lepas kerja, kita pergi dinner date terus la. Kasi jalan clear dulu. Kite isi tank perut.Nanti balik terus pecut je.Gitu~

So far, ade 2 tempat yang kami dah terjah.

Polperro Steak House Fish & Steak

Ni cik b yang googling dan jumpa review restoran ni. Kita follow aje. Baru pukul 6lebih tapi orang dah stat datang. Tengok gaya macam dapat sambutan hangat. So, boleh direcommendla restoran ni. Servis cepat dalam 10 15minit dah sampai order. Tengok harga pun affordable la.

Jus buah mangga yang pure. Rasa isi je. Ni baru la kaw!

N order spaghetti carbonara. Not bad.

Chicken and meat kalau tak silap utk si dia. Nyum3!

6pcs spicy chicken wing. Memang spicy sungguh.Sedap! Boleh try BBQ juga.Tak habis makan ni, tapau bawak balik.


Polperro Steak House ni inspired by Polperro Cornwish Village di Cornwall England. Mungkin owner die pernah bercuti2 ke sana kot dan tingg terus dapat idea nak buat restoran berdasarkan konsep tu.

Polperro Steak House 
No24, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7 Shah Alam
013-255 4721
5petang- 1pagi


Next tempat tau dari IG Nisa Kay. Selalu nampak Nisa Kay post lepak kt sini. Macam best macam pelik macam menarik je konsep die.

Selamat Datang ke Chemistry Lab Cafe

Budak2 kimia sains ni memang terkenang-kenang kalau masuk sini. Tengok ada jadual berkala. Pastue ade mural alat2 dalam lab, ada sinki macam dalam lab tu die buat as meja makan. Staff pulak siap dengan lab coat memasing.

Makanan more to western , pasta and pastry. Kalau nak cari goreng2 memang takde la. Harga bagi N mahal sikit la tapi sebab nak cuba kan. Tak cuba, tak tahu.

Antara menu yang ada. Tempting jugak tengok cake die dalam chiller tu. 

Minum dalam tabung uji. Ala...mengenang sungguh kan time buat eksperimen dalam makmal. Mango banana dan Harry Porter.

Chicken Cabonara utk cik B. Rasa?Ok laaa tak muak tak pekat.Just nice..

Roasted chicken for me.Yummylicious rasa kuah die sedap. Lain dari yg lain.Macam masam2 sikit tapi sedap la. Ada mashed potata dan slices mushroom. Should try this uols.

Total RM50++.Kalau nak hang out tempat yang privacy, cozy, santai2, boleh try datang sini.

Chemistry Lab Cafe (sederet dengan Klinik Ajwa)
No.26, Jalan Krital J7/J, Seksyen 7 Shah Alam
017-626 2797
10pagi-2pagi




Mar 4, 2015

Stay buat kali kedua

Percutian 2D1N yang agak last minute. Masa cuti CNY yang 4hari tu memang kami tak plan langsung nak bercuti ke mana. Lagi2 bila cik b keje on Friday tu. Timbul plak plan dari emak kesayangan ajak stay Putrjaya haritu . So, survey punye survey pilih pny pilih The Everly Hotel menjadi pilihan. Nak check in Jumaat, hari Isnin N call utk booking.

Kali kedua untuk kami stay sini. Klik sini untuk pengalaman kali pertama. Kebetulan tengah ada promosi sempena CNY. Lepas tu guna govement rate pulak. Harga 1 bilik deluxe room RM195 xinclude breakfast. Kalau tak RM250++. Murah kan??Sebab pergi 2 keluarga, total dalam 10orang. N just book 2 bilik with connecting door. Sebab dekat hotel ni takde jenis apartment.

Bilik jenis connecting ni, 1 bilik 1 king bed dan 1 bilik lagi 2 single bed. Single bed pun besar, N muat tidur berdua dgn cik B tau.Hehhe. Lepas tu ade day bed. Bilik jenis carpeted. Tak muat katil, boleh tidur bawah je. Alhamdulillah la memang muat untuk 10orang kami haritu. Ala nak tidur 1 malam je pun. 

Dengar nak g cuti je excited memasing

Senyum nenek tengok cucu2 seronok bercuti2. Beginilah lebih kurang rupenye bila connecting door tu di buka.Senang nak makan nak tinjau2 orang sebelah. Tak payah nak ketuk2 pintu.

Request nak lake view dan high floor. Dapat level 5, ok la.

Malam pulak berjalan ke Alamanda. Sebelah doket yo. Tak payah nak naik turun kereta.Dulu masa kami stay sini, tak pergi pun berjalan ke sini. Kali ni bawak la 1 rombongan berjalan. Dinner dekat foodcourt , beli makanan untuk breakfast alas perut esoknye.

Makcik kene pau dengan anak-anak buah nak main bowling. Layankan aje. Lama tak main bowling Ke longkang semua.Hehhe...Pukul 11malam baru balik hotel.

Esok sebelum check out, sempat singgah lagi sekali ke Alamanda. Kemain mak kite menyopping. Tu la bestnye kan hotel dengan shopping mall sebelah menyebelah. Sebaik duduk 1 malam. Kalau 2 malam, memacam dibelinye.

Bile tanya best tak hotel ni??Best tapi kolam kecik katenye. Nak kolam besau tunggu Uuu korek tanah buat kolam besau yea.;p

Lepas check out, singgah rumah makcik dekat Bangi. Lunch merangkap tea dekat situ. Lepas asar jugak la baru gerak dari Bangi.

Tak puas mandi kolam dekat hotel, tengah hari panas terik pun sanggup terjun kolam rumah makcik. 

Sambung main game askar-askar ni. Bagus game ni, 

Lepas dari Bangi ni ada lagi menyinggah rumah abang pulak dekat Wangsa Maju. Sampai ke Isyak jugak la dekat situ. Rasa macam kite pulak beraya sakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah