CHERITERA KAMI...: January 2015

Jan 30, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melaka

Siapa yg follow cerita cuti2 kami, mesti perasan kot suke benau kami p cuti2 Melaka. Melaka dah jatuh all time favourite place utk cuti2 kami. Dekat pun yea. 1jam sampai dah. Ada pantai dan semestinye banyaaakkk tempat makan. Kampung pun kt Melaka.Sentiasa tak pernah menjemukan. Stress tang jem dgn cari parking je. Part lain, enjoice!Masuk ni dah 5 hotel/resort yang kami dah pernah menginap di Melaka.Dah boleh la kot jadi Duta Pelancongan Melaka x??Heheh..

Actually, yang Swiss Garden ni pun kami tau masa Matta Fair haritu. Dah nak balik, baru perasan boothnye terlindung kat hujung. Nak beli promo tapi bajet dah habis beli promo yg lain. So, dah target la nnti klu ade masa nak try 1 nite dekat situ. Ape yg buat kami tertarik?Sebab Swiss Garden Hotel & Residences ni hotel tertinggi di Melaka.Ada 42 tingkat semuanye. Termasuk shopping mall The Shore dekat bawah dah juga parking. Kalau korang jalan2 kt Bandar Melaka or naik river cruise confirm la akan perasan hotel ni.

Asalnya N dah buat reservation with deposit awal December 2014, tapi sebab ade hal N nak cancel tp pihak hotel kate xboleh cancel, boleh tukar tarikh lain sampai Feb2015. Tue yg plan jugak la pergi weekend baru ni hari Ahad.Kebetulan nak habiskan cuti sebelum masuk tempat keje baru next month.Oh, hotel ni baru launch 1 Dec 2014.Baru sesangat lagi.Kami kan memang suka try hotel baru;)

Dari jalan masuk ke Hotel & The Shore. Masih belum complete lagi. Ada kawasan under constuction. Sebelah kiri jalan ni pun ade deret kedai 7E dan kedai makan tak silap.

Memula kami terus naik parking sampai Level 4, then bwk beg semua turun ke lobby di GF.Itu pun memula pergi ke salah pergi Level 3A pulak.Hihih. Urusan check in smooth. Masa check in dah pukul 3 lebih, suruh tunggu dalam 30minit sebab bilik tak siap tapi N cakap la lambatnya nak tunggu. Badan dah berlengas ni.Panas oi Melaka masa tu.Then, die cari2 ada bilik type N book tu. Ada punnnn.Siap bagi welcome drink lagi.Good!Then bellboy ikut hantar barang sampai bilik.

Sebenarnya, depan ni ada lot parking jugak. Malam tu kami keluar, lepastu terus parking dekat sini. Dekat la sikit nak ke lobby. Tak payah turun naik lift.So, kalau korang dtg sini. Terus cari parking depan ni ok tak payah naik parking kat atas tu.

Simple lobby

Sebab hotel baru kan, kasi chance la tepek gambar lebih sikit eh;)

Setiap floor dari lobby, GF hingga ke Level 3A ade connecting door ke mall The Shore. So, takde masalah lah kalau korang nak g cuci mata. Tak haritu N sempat la singgah lepas check out biase2 je dalam tu. Ada 1 Aquarium ala2 Aquaria tu. Tempat2 Ikan. Entry dewasa RM28, kanak RM15. 

Jom kita masuk bilik. Tak sabar ni!

Selamat datang ke Deluxe King Room.:)

Bilik berkonsep moden, carpeted dan lampu malap2 lomantika de amor. Ada pulak see thru ke bathroom. 

Channel tv banyak. Kalau nak lepak dl blk tgk tv, xboring la.

Tea making facilities, kettle, cawan di tempat bertutup. Menjamin kebersihan. Sebelah tu adalah fridge. 

Dalam wardrobe complete dengan slipper, hairdryer, iron & iron board, 2 extra pillow siap dengan weight scale.

Seksi kan mandi disebalik cermin kaca.Hehhe. No bath tub, tak silap dekat residences yg ade bathroom + bathtub. Air pun laju je. Syok mandi lelama.

Suka konsep bathroom die. Towel banyak, toiletries pun complete. design moden, lantai tak licin.


Inilah view dari balcony bilik kami. Tingkat 21, kuat giler angin. Ada tips ni. Kalau korang bukak sliding door die, automatik econ akan off. So, make sure sliding door tutup rapat yea. Nanti econ akan on sendiri.Kejap je die sejuk balik.

This is Kampung Morten yo!Intai kehidupan warga kampung morten dari atas.Gayat x??

Ini pula view malam. Disimbahi dengan lampu. Nampak tu cruise. Korang akan nampak boat cruise ulang alik sepanjang sungai ni. Water taxi pun berhenti depan hotel ni juga.

Sambung next entry, ada lagi yang menarik di sini..Tungguuu tau:)


Jan 28, 2015

Berangan itu percuma



B...nanti nak buat buai depan rumah tau.

Rumah yang mana?

Rumah tepi laut tuuu..

Iyealahh..

Hihi..pasrah melayan sang isteri.Sekali sekala berangan.

~Morning semua dari pwincess niwwa;)~

Jan 19, 2015

Update berjemaah

10hari tak update blog. Hari2 bukak, kenkadang tu sempat la blogwalking sebelum stat keje atau tgh take break tapi blog sendiri terbiar. Takde la cerita meletop sangat nak share tapi bila blog tak berupdate ni gatal tangan sebenarnya tapi tak sempat nak selit masa. Konon balik rumah memalam nak la update ringkas pun takde maknanye. Pukul 9lebih mata dah kuyu. Penangan bulan serabut kepala otak ni.

Next month insyaAllah akan mula bekerja di tempat baru. Minggu depan minggu2 terakhir kerja tengah dok siapkan handover dan mengemas dan siapkan kerja di saat2 akhir. Sedih lak pulak kite.

2 kali Sabtu dah datang office nak settlekan apa yg patut. 

Eh..dah keluar syarat baru kan renew passport. Untunglah siapa yg baru nak renew or buat. Kami dah renew awal tahun haritu. kene la bayar RM100 untuk 2 tahun. Kalau tak tambah RM100 dapat 5 tahun kan.Rugi rugi!Tapi takpelah sedapkan hati, N cakap kt cik B kalau 5tahun kene setiap tahun la kite cuti2 oversee;p

Renew hari Ahad dekat UTC Keramat Mall, sekejapan je dah siap. Tak suka gambo passport kite muke selambak bulat. Takde dekat lagi ke lensenye;p

Hari pertama Taken 3 keluar je, terus orang tu ajak tengok wayang. Tak nyempat. Siapa dah tengok??Hero tua yg hebat.Dah takde la taken 4 5 6 kot. Kasi la hero rehat. First time tengok wayang dekat Quill Mall dan first time makan Ah Cheng Laksa. Not bad la.

Ni cerita weekend lepas, lepas orang tu balik kursus. Asalnye mencari kedai lain, tapi kedai tersebut tutup la pulak. Terus singgah sini dekat PV128. Besar portion makanannye, sedap pun sedap.Meat mix Sliced Vege tu bleh try la buat. Ratah saja je.


2minggu jugak tunggu beg ni sampai. First time shopping di Zalora dan first time online shopping handbag. In real warna dia cantik tu yg tak fikir panjang terus beli lupa nak ukur. Bila dah sampai, besar la pulak bagnye. Dah selamat let go dekat kawan.Misi mencari sling bag masih diteruskan;)

Ni pula aktiviti kami berdua, study untuk next trip. Percutian ala backpacker buat kita neves, tempat yg dituju pun agak menguji mental dan fizikal kot. Ke mana kami??Tunggguuu...lagi 2 bulan lebih.InsyaAllah..Doakan semoga dipermudahkan urusan. Semoga cuti diluluskan.Hahha.Baru masuk keje baru, dah nak cuti;p


Cuba teka mana lokasi percutian kami nanti???

Jan 7, 2015

Menarik di Pullman Putrajaya Lakeside

Bersambung dari kisah semalam. Tunggu hujung entry N reveal berapa harga bilik ni yea.Saja kite suruh baca sampai habis.Heheh. Harga bilik termasuk dengan breakfast. Nasib baik la pergi breakfast awal , kalau tak panjang la beraturnye.

Restaurant terletak di Bunga Tanjung wing. Keluar dari Lobby dah nampak.

Antara pilihan makanan yg ada. Asian menu dia kureng, more tu pastri sedap.

Datang awal, dapatlah port yg cantik camni;)

Perut dah kenyang, aktiviti seterusnya kte jalan2 pusing2 dalam hotel ni sesambil ambil gambar.Aktiviti wajib kan!:)

Swimming pool dekat Pullman ni bagus sebab die tersorok, tingkat 2 Lotus Wing. Pakaian pun bebas. Takde la besar mana swimming poolnye. Kolam kanak2 comel je dekat bawah tu.Cuma yang lecah kalau bilik jauh dekat wing lain kene make sure baju kering dulu la baru boleh nak balik bilik.

Landskap bangunan mengikut tema wing memasing. Macam ni N berada antara wing Lotus dan Jasmine. Antara India dan China ala Baba Nyonya gitu.

Mercu tanda ni menara jam. Boleh turun tangga untuk ke parking dan concierge di bawah. Bangunan belakang menara jam tu ialah Bunga Tanjung Wing. Nampak tangga yang ada orang tu?Tu restaurant yg breakfast tadi.

Ni pula Raflesia Wing/ Borneo theme.Bersebelahan dengan Jasmine. Boleh la booking bilik di Raflesia Wing ni kalau nak view tasik.

Nak swimming kat tasik pun boleh.Hehhe. Ada tempat untuk sewa basikal, kids room dan karaoke.


Parking dan concierge di Basement. Jangan lupa cop tiket parking sebelum keluar yea.Dapat la FREE parking.

Enjoy 1 nite stay here. Utk short vacay yg dekat dan staff yg bagus tempat yg tenang, N recommendkan Pullman Putrajaya Lakeside ni. Harga gov rate untuk 1 nite Deluxe Room with balcony include breakfast RM330. 

Pengalaman kedua menginap di hotel rangkaian Pullman. Baca sini Pullman Hotel Kuching

Jan 6, 2015

Pullman Putrajaya Lakeside

Selamat tahun baru kawan-kawan!!Entry pertama tahun ni bercerita tentang short vacay kami.Tapi short vacay ni hujung minggu bulan lepas. Belum basi lagi kot kan cerita ni walaupun dah masuk tahun baru. Ni short vacay ngengade namenye. Boleh kate last minute plan jugak la kot sebab encik hasben kene keje dekat KK Putrajaya dari pagi sampai petang, then kami ada appointment dgn agen plak dekat area situ. Saja la kite gatal request kat cik B jom la kte 1 nite dekat Putrajaya dah alang2 1 hari ade kt sana.Tak sangka plak approve.Hehehhe. Ikutkan nak stay lagi sekali dekat Everly Hotel tapi saja la N call Pullman tanya harga gov. rate.  Lagi skali appove by tukang bayar.Sengeh lebar le kite.

Pukul 8 pagi kami dah sampai Putrajaya, cik B g punch card dulu then breakfast. Dari pukul 9pagi sampai pukul 11pagi N sensorang pusing Putrajaya tu masuk Alamanda sempat shopping novel sampai dah xtahu nak pergi. Terus decide pergi hotel.Cuba luck kalau boleh early check in.Ikutkan 1 day before ,N memang dah call inform diorg nak check in awal, cumanya subject to room availability lah katenye.Lucky me, person in charge dekat reception tu sangatlah baik. Ni memang nak puji sungguh la staff diorg sebab mostly yg intertain N atau yg terserempak xlokek senyum dan friendly. Tak silap yg uruskan N check in tu Mr.Arman(asst front desk manager). Ramah sungguh. N tanya bilik dapat tak lakeview. Ikutkan tak dapat la tapi die carikan dan N dapat check in pukul 12 tenghari.Staff diorg  hantar N ke bilik. Nasib baik la staff dia hantar kalau x, confirm N sesat sensorang.

Dekat Pullman ni ade 4 wing - Lotus ( bangunan lobby, swimming pool, lounge dan bilik), Jasmine, Raflesia dan Bunga Tanjung. Konsep bilik pun berbeza ada China, India, Borneo dan Melayu. Bilik kami terletak di Bunga Tanjung wing berkonsepkan Melayu. Agak isolated dan privacy.Yealah, ada 3 bilik je dekat floor kami.

Sebelah kanan ada toilet yg besar dan air yg laju.Sebelah kiri ada almari complete iron, iron board etc.

Deluxe Room - First time hotel ada bantal besar camtu. 

With balcony dan lakeview. Tenang!Selfie sensorang la sementara tunggu encik B habis keje.

Balik dari appointment dah pukul 6ptg. Baru la seronok gambar berdua.;)

Pullman waktu malam dilimpahi lampu.

Seafood restaurant

To be continue cerita esoknye yea kita jalan2 dalam ni;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah